tak sangka daddyku seorang STALKER !

pagi tu, dalam pukul 8 camtu, aku bertolak dari rumah garden nak pergi rumah river hantar ma kat kedai . aku dah pelik dah, kenapa daddy macam duduk tak senang aje .pagi tu dia tolong angkat2 barang ma then muka macam tengah fikir something . 

lepas dah siap masukkan barang dalam kereta.  ma masuk kereta . daddy pun panggil aku kat kereta dia . aku pergi la kejap ...

daddy : Iera pergi dulu lah . kereta daddy tak de roadtax . nanti kalau ade roadblock, call daddy . kalau ada je lah . kalau takde tak payah call . 

aku pelik dah . apsal pulak takde roadtax . setahu aku, kereta daddy tu mane penah tade roadtax . lagi satu sejak bila pagi2 buta jalan nak ke river tu ade roadblock . tapi dah daddy sendiri cakap camtu, aku dengan muka happynye jawab . .

tyra : okeh daddy cool ! (muka senyum habis lebar dah )

sebenarnya daddy ade agendanya yang tersendiri (?) ade program lain .tapi aku je yang tak tahu . kenapalah aku tak tahu . ish3 . kesian ma .

aku bawak macam biasa . tade roadblock pun, aku tak call la daddy . borak2 dengan ma je . happy sangat . suka tengok ma gelak2 . ma suka sangat bila aku crita pasal aku dengan incik afiq . 

tyra : ma .. ma nak tahu tak, haritu kan . adik dgn afiq lepak bawah pokok . tetibe dia  kena berak dengan burung . 

ma : HAHAHAHA ! habis lah kene berak dengan burung ^,^ adik jangan gelak kan dia . tak baik .

tyra : aik ! mane adik gelak . ma gelak . booo . hahaha .


hehe . *crita tu aku bg contoh je k . incik afiq suci lagi ye. ta penah kene berak ngn burung tahu . hehehe .aku dah berjalan nak dekat 3/4 perjalanan dah . tiba-tiba nak masuk simpang, aku ternampak kereta daddy . selang sebuah dari kereta aku kat belakang . aik? apsal kereta daddy ade dekat sini? 

kan tadi dy kat rumah . mane gerak lagi . dy duk follow kereta kancil biru . aku pun berdebar-debar ! kenape? kenape? kenape daddy buat macam ni . kenape daddy tipu ! aku pun bagitahu ma . ma pun tengok belakang . 

ma : aik?? pelik . 

aku da debar2 bawak kereta . aku pegang stereng pun ketar2. gelabah2 . macam2 aku fikir . sampai tersalah msuk gear . ish . ok baiklah, aku dah tahu kenapa dia duk follow kereta biru tu . korang tahu kenape?? tak tahu ? sebenarnye daddy stalker aku !!! cih . dia dah follow aku dari rumah lagi . tapi tade la dekat sangat . selang beberapa buah kereta sampai aku tak perasan . kereta biru tu kebetulan aje . hehe . 

huhuhu . sampai hati daddy tak bercaya aku lagi . tapi korang pikir la, cemane daddy nak nampak aku okay drive kalau aku tahu je daddy ade kat sekitar aku time aku drive, aku dah jadi tak betul . jadi cam debar2 . ketar . gelabah semacam . sesuai la dgn nama blog aku "menggelabah la tyra" huhu . daddy tu kalah ketua JPJ . dia duduk sebelah pun aku rasa lagi berdebar dari aku test JPJ dulu . kalau aku tak tahu daddy ade okay je .

hum . balik tu ape lagi . kene bebel la sebab masuk simpang, follow kereta dekat sangat . daddy cakap, buatnye orang depan brek tetiba, CONFIRM langgar . tapi alhamdulillah tade pape . korang yang bawak kereta tu, aku nak bebel kat korang cam daddy bebel kat aku . 

tyra : nak follow kereta depan , korang kena pastikan jarak antara kereta korang dengan kereta orang depan tu cam boleh muat kereta kancil sebijik . faham tak? tak faham? humm . camni . korang anggap lepas kereta depan korang tu, ade kereta kancil then baru kereta korang . biar lah org lain tak nampak pun kancil tu . cmtu la jarak dia .. the end ..


ni ade tips hon !

kepada yang selalu bawak keter tuh kan.......pahamkan erti bunyi HON ini.....

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
...
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

11 comments:

  1. erk ada syarat2 erk hon pendek n pjg erk??

    hehehe

    ReplyDelete
  2. mr. syazwan

    tu la pasal . hehe . selalu jugak tengok daddy buat . tahu tak tahu je la . :D

    ReplyDelete
  3. sikecilmirmo

    selalu cina tilam lalu kawasan perumahan tyra . haha

    ReplyDelete
  4. tilammmmm tilammmm..kalo polis buat hon mknenye????

    ReplyDelete
  5. widiea azira

    kalau polis hon tu, tandenye dia nak mintak nbr hp la tu.. hehehe

    ReplyDelete
  6. hakhak.. ade jgk yer jenis bunyi hon..

    ReplyDelete
  7. @equrlz :

    tu la.. baru tahu.. hehe

    ReplyDelete
  8. surat khabar lama..haha best2

    ReplyDelete
  9. @biqa hatmin

    aha .. ade jugak !

    ReplyDelete