Followers

18sx : perempuan bertukar menjadi lelaki..

tyra lee | 11:44 | 3Comments |
Views

zaman sekarang ni kan, dah macam-macam pesen aku tengok .

lelaki nak jadi perempuan , perempuan nak jadi lelaki ..

aish! tak bersyukur lagi ke ape ..

kat DM (dining room ) ade la jugak aku perasan .. perempuan2 yang dah berupa lelaki .
kadang-kadang meleleh jugak air liur aku tengok 'kecomelan' dyorang . haha . aku dengan kawan-kawan mula la nak cop-cop . ni aku punye . ni ko punye . macam2!

ehm! tapi aku straight ok =,="

ok , berbalik pada tajuk yang aku tipu 18sx tu ..
ni kat bawah ni , aku nak share gambar sorang perempuan yg dah bertukar jadi lelaki ..
 korang jangan terkejut ya..



















jeng.. jeng.... jeng..!!!









1


2


3


TADA !!!





hohoho~ sebelah kiri menunjukkan muka perempuan sebelum dibedah, manakala disebelah kanan menunjukkan muka lelaki.^,^
punye la tak pandai nak menipu.. baju pakai pun baju sama . haha.
wajah perempuan beliau sebelum bedah siasat.. eh slap.. bedah2 lah kan..

ni plak after... :) nampak tak kejantanan misai beliau..

aceli . harap2 korang tak cam la tu aku kan . haha (padahal saja je nak bagi tau ni.. )

aku tention jawab final paper icom (interpersonal communication) .. tu yang jadi camni tu . haha .
sekurang-kurangnya dpt gak aku gelak2 tengok muka sendiri. haha...

skrang ni korang gelak kan aku ke ape? ha? =.="

aku tunjuk kat incik afiq, dy gelak.. pastu dia suruh delete.. 
katanya dah macam lelaki..dy geli~ hahaha..

ape pun .. just enjoy the picture .. :D


www.tips-fb.com

awak~ kejap je kan masa berlalu~~

tyra lee | 15:35 | 4Comments |
Views

kejap je masa berlalu..

rasa macam baru semalam saya tengok awak main futsal..
rasa cam baru semalam awak add saya kat mukabuku..
rasa macam baru semalam saya jatuh cinta kat awak..
and macam baru semalam jgk saya rasa awak ckp i love u kat saya..

awak~
still ingat tak setahun yang lepas..

zaman kita muda-muda..
saya selalu dapat sakit sebab awak..
saya sakit angau..

awak ingat tak dulu.. 
awk pun dah slalu angau kat saya.
finally, kita sama-sama angau..

time study week camni la.. kita 24 jam bersama..
bangun pagi then kluar study sama2 .
study sampai petang. then balik mandi, solat and sebagainya.

malam, kita keluar lagi. sambung study kat library, kat kelas.
time loceng library bunyi, kita pun balik bilik masing2.
awak selalu hantar saya kat depan kompleks kediaman.
saya suka sangat. sebab awak comey. :)


lepas balik, kita calling2..
kita cakap telefon lama gila..
berjam-jam sampai pagi semula..

gila kan kita..

sekarang kita masih rasa macam dulu-dulu kan..
bezanya..

kita tak lagi keluar study sama-sama..
just calling-calling..

saya selalu wish gud morning kat awak..
awak selalu call saya sebelum awak tidur.
saya suka sangat~
saya rasa macam dihargai..

awak~
awak tahu tak awak adalah kenangan paling manis dalam hidup saya?
saya nak hidup dengan awak sampai bila-bila..
keputusan saya untuk terima awak sebagai teman hidup saya,
mmg tak sia-sia..

saya rasa sangat BODOH bagi orang yang tak tahu menghargai awak..
awak ada segala ciri-ciri yang saya nak.

awak~
saya tak sempurna~
saya tak sebagus mana pun .
tapi awak . saya cuba untuk jadi yg terbaik untuk awak.
sebab saya sayang awak~

setahun lebih kita bersama, tapi....~
tarikh paling bermakna kita couple 010111..

lagi beberapa hari, genap 9bulan~
saya harap kekal dengan awak sampai akhir nafas saya.

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG!



saya hadiahkan kek penyu untuk awak~


atas tanda penyu kita.. :')
www.tips-fb.com

bala menimpa~

tyra lee | 07:09 | 0Comments |
Views



argghhh...

A: saya tak tahu ape dah jadi.. semuanye secara tiba-tiba..

B: TAK! semuanya salah awak.. awak yang bertanggungjawab atas semua ni. ni tentang masa depan awak, awak tahu tak?

A: eh, betul ke?

B: betul lah!! 

( hanya ilusi penulis.. haha)


sebenarnya.. bertarikh 25 september 2011, aku ade test CTU (cam subject agama ) lah kan. aku sampai tak tidur semalaman sebab nak study.. stiap helai buku text tu aku baca. memang dah khatam dah.  Korang tanye je pasal ape, semua boleh jawab. (time tu lah kan =.=) 


test aku tu start pukul 2:15 ptg.  pukul 1 lebih aku dah gerak dari bilik. biase la.. kan confident aje boleh jawab smua.  then aku duduk kat susur gajah sebab nak tunggu geng yg tak siap lg..


test aku tu kat DSG (dewan serba guna@dewan sejuk gile)  koya dengan sweater bulu2 lagi nak standby tkut sejuk.. tibe2, mber aku kluarkan barang2 nak bawak masuk DSG.. aku pun same.. TIBA-TIBA~~


-

-

-

-

-

-


-




*********************************************************************
aku: wey.. cemane ni...aku tak bawak slip exam..

kechik, nana, fiqah(aku pun tak ingat sape ckp) :  ko biar betul... serius ni?

aku: betul la~~ cemane ni.. (time tu jgk KP buat pengumuman sruh masuk dewan)

kechik: pergi balik amik.. cpt sikit.. berlari..

nana: pergi kat HEP je,, amik kat unit peperiksaan..

*********************************************************
aku tak tahu ape nak buat.. nak balik.. jauh oo... dah lah tadi dtg elok aje naik bas.. then aku pun masuk then ditemani kechik, ktorg tanye pengawas peperiksaan samada aku bleh masuk ke tak. pengawas tu cakap, tnye KP(ketua pengawas).. aku pun kluar.. time ni aku dah sorang2 dah.. semua budak kelas da masuk.  

aku:  saya tertinggal slip exam.. boleh masuk tak?

KP: tak boleh,, dah memang peraturan macamtu.. you must have it to take your exam..

aku: tapi.. dah tak sempat...~~

KP: sempat lagi.. you bleh balik ambil kejap or print baru..sempat lagi.. setengah jam lepas waktu exam baru tak boleh masuk..

*******************************************************
aku pun tinggal kan sweater bulu2 aku kat luar dewan.. aku bwk purse and aku jalan cepat2 pergi koop seberang jalan.  aku tanye kakak koop tu, bleh print tak. dy ckp bleh print..tp tak ade internet. aku pun baru teringat yang dalam beg aku ade broadband. aku pun cepat2 blik smula kat DSG, amik broadband.


sampai smula kat koop, tetibe ade tiga orang student tgh guna. aku mintak nak guna dulu. tapi tak jadi sbb mybe lmbt nak tgu install maxis broadband sgala bagai. aku pun berlari nak ke bangunan HEP dalam 1km (1 km cmpur dgn penipuan ).. kasut flat biru aku time tu plak susah nak lari. aku pun cabut kasut then lari pergi bangunan HEP.  orang pandang, aku dah tak heran. yang aku ingat sekarang aku nak slip exam.


sampai aku kat bangunan HEP, aku pun masuk dengan mengah2. aku tengok kat unit peperiksaan tu tutup. aku tanya pak guard kat situ.. dia cakap harini ahad. tutup. aku tergamam. then dia suruh pegi kat unit kaunseling. aku pun pergi situ.. tanye orang dalam tu, dia cakap bukan kat sini.. dia suruh aku pergi library..


aku lupa time tu pukul berapa, tapi sumpah aku rasa nak menangis..


aku berlari ke library.. sampai kat library, tetiba aku tengok pc rosak. nasib pakcik tu cakap pc no.2 boleh print.  lima kali aku print.. tetap tak boleh print.  aku dengan berpeluh.. berdebar.. menggeletar.. and many more lah..  then pakcik tu tgk2 mesin printer. rupe2nye.. dia tak tekan kertas tu.. aish!! geram betul.. =.=


aku pun login balik.. after that.. berlari semula ke DSG. tanggal kasut lagi..dah tak ade orang pun kat luar. aku  tak tahu berape lama aku lambat.. tapi mybe tak lama.. aku tengok orang sebelah dah jawab esei sampai page dua.. then aku nama pun tak tulis lagi!! aku rse cm hidup dah nak berakhir dah time tu.. gelap aje.  pengawas exam tu tenangkan aku.. dy cakap.. relax.. relax.. Ya Allah.. dugaan apa ni..


tapi aku redha.. dengan berpeluh-peluh, otak aku macam fresh.. mungkin Allah makbulkan doa aku. sebab malam exam tu aku berdoa yang aku nak tak rasa sejuk dalam dewan exam esok...


pape pun, aku nak ingatkan kat korang semua.. tolong la jangan tinggal exam slip.. nanti jadi macam aku.. sambil tu aku nak ingatkan diri aku sendiri jugak.. ^.^


www.tips-fb.com

kesian..

tyra lee | 05:40 | 0Comments |
Views





aku benci dan kesian..

how to describe that ya? hum.. pernah tak korang jumpe orang gila talak? ha! cam pompuan ni la.. dah ludah nak jilat balik. yurckk! such a freak la..

for your information, aku tak kan lepaskan dia ok. :) tak payah tunggu. tak payah bazir tape dalam otak kaw nak ingat dia. tak payah nak buat-buat baik sebab aku tahu engkau tu tak baik pun.  ko better cari orang lain la.  ko kan suka mamat kacak.  kesian kat ko kan.. maaf la.. first time emo2 camni kat sini.

terus kan je lah KERJAYA ko yang ko ckp bahagia sgt tu.. haha. serius aku kesian. =) tak pernah jumpe org kesian cam ko. you are lucky number one my dear.. haha..

by the way..
aku doakan ko dapat ciri2 orang yang ko inginkan..
kehendak ko tu tinggi sangat macam kat rumah ko dah xde cermin kan.

www.tips-fb.com

AKU SEBAGAI PELAKON DRAMA MANDARIN..

tyra lee | 03:43 | 0Comments |
Views
haha.. kerek aje bunyi title tu.. aku nak cerita kat korang ni pasal satu drama lakonan aku. cewah.  tak dapat bayaran pun.. sebab drama tu cam assignment ktorang la untuk subject MANDARIN (BMD101). ktorang kan OM (office management). mandarin kire cam bahasa ketiga ktorang la.

sumpah susah oo nak buat drama.  Nasib la kawan2 group aku bagi kerjasama yang terbaekkk punye.  sat lagi aku bagi korang tengok no.. Smua dari A-Z aku yang sunting.. sampai tak tidur malam wa cakap lu.. aku ingat buat kerja cincai je sebab dah nak dekat subuh.  Tapi Alhamdulillah la semua puji..  first pujian aku dapat dari kechik. kembang aku dengar. haha.

nak aku cerita ke kelemahan drama ni? um.. tak payah la kut.  just satu je boleh bagi taw, harini ktorang nak shooting, dekat site baru ktorang hafal dialog. haha . mmg tak lah nak dapat hasil terbaik kan. tapi pape pun, aku dah lega sebab semua dah siapp. dalam masa tak sampai seharian pun :D siap boleh tayang kat mak aku lagi. .


MAA..... ADIKK BERLAKON CRITE CINEE..... HAHA


riak kan. berlakon entah pape je. cine tengok pun comfirm gelak. haha. by the way.. enjoy the movie..




www.tips-fb.com

kalau awak ditakdirkan utk dia.. saya redha..

tyra lee | 08:15 | 0Comments |
Views
Aku harap ini bukan dejavu.. bukan juga nyata.. aku harap ini mimpi semata-mata... cerita bermula apabila aku habis menguruskan satu majlis semi-formal disalah sebuah hotel disekitar bandar kuantan.

semasa menunggu majlis habis, aku mengajak rakan-rakanku dalam 3-4 orang berbual di luar hotel. kami berjalan sambil bergurau-gurau. sedang aku berjalan di depan salah satu bilik mesyuarat, tiba-tiba..

"Bulk!!
alamak!

************************

aku terlanggar seseorang...

oh! sorry.. kataku ringkas....

tiada jawapan daripadanya.. aku pelik...

aku segera mengangkat mukaku kearahnya...

aku :  er... err... errrr.... [sambil memandang kearah wajah seorang lelaki yang mungkin ku kenal.]

lelaki muda itu berbaju kemeja hijau, berambut rapi dan becermin mata  memandangku.
dia juga hilang kata-kata.

aku :  zzz..... zzack?

dada aku berdegup kencang.  aku dalam percaya dan tidak.  aku tenung wajahnya. adakah dia pemuda yang ku kenal itu? zack.. bekas kekasihku dulu.  Cinta pertamaku. seorang yang berimej nakal, kelakar, seorang yang penuh gaya, jiwanya hanya untuk enjoy, kini berpakaian kemas lagak seorang pengurus.

Dalam keadaan itu, semakin ramai orang yang keluar daripada bilik mesyuarat itu.. mungkin perbincangan mereka sudah selesai. ketika itu, ramai yang memandang kami dan dia bersuara...

dia  : erm..encik zack sambil menghulurkan tangan...

aku tergamam.  rakan-rakanku telah memberikan isyarat bahawa ingin menungguku diluar hotel dan aku hanya mengangguk.. aku juga ingin segera beredar kerana merasakan suasana menjadi kurang selesa dengan perasaan yang tidak keruan ini.  tetapi tiba-tiba sepasang suami isteri berhenti diantara perbincangan kami dan dengan sepantas kilat zack menarik tanganku dan memperkenalkan aku kepada mereka....

zack :   ****, ni isteri zack...

aku tergamam.  berderau darah aku mendengar kata-kata zack.. aku bagaikan boneka. aku menyalami tangan wanita yang dalam lingkungan 50-an itu tanpa disuruh.  dan berdiri seperti batu.  tiba-tiba zack bersuara kepadaku..

zack : kenal tak siapa ni?

aku : err...sambil menggeleng kepala lambat-lambat.

zack : ni.. mak dengan ayah zack...

aku lagi lah terkejut... aku ingin menerangkan kepada mereka yang aku bukan isteri zack.. tetapi ayah zack yang berwajah bengis terus memotong...dengan nada yang agak tinggi..ayah zack memberikan nasihat..

ayah zack : dah jumpa ni,alhamdulillah lah.. ayah tak nak gaduh-gaduh lagi.. duduk elok-elok.. jangan berpisah lagi.. ayah dah tua.. masing-masing tolong jaga hubungan masing-masing.. bla..bla..bla...

aku dalam tergamam tanpa disangka mengalirkan air mata.  mungkin kerana terkejut dengan adengan yang tak disangka ini. sudahlah aku tiada kena-mengena dengan mereka. ramai orang disitu memandang kami. aku berasa malu.

aku terus menangis.. teruk juga aku menagis.  zack membawa ku ke taman berdekatan untuk menenangkan aku. katanya, ayahnya mempunyai penyakit. jangan ambil hati. Dalam esakkan ku, dia mengeluarkan dua keping kad kepada ku.. kedua-duanya telah lama dan dakwatnya sudah kembang.

zack : dah lama zack simpan kad ni.. ingat tak ni kad yang tyra pernah bagi zack dulu..(sambil menunjukkan salah satu kad kepadaku) dan yang ni kad yang zack tak sempat bagi pada tyra.. minta maaf, zack tinggalkan tyra. zack bawa kad ni kemana sahaja zack pergi.  zack dah nekad.. kalau ada jdoh.. kte boleh jumpa lagi.. aku terus menangis teresak-esak.  perasaan terharu juga menebal dalam diri. rasa dihargai..

suasana sepi...

************************

zack : em..tyra.......

aku : hum....

zack : sudi tak tyra jadi isteri zack..

aku : ha?

zack : dah lama zack cari tyra.. tunggu tyra...dah bertahun...

aku : ??? sambil tersedu-sedu..

aku dah ada pegantinya.. aku lagi cintakannya..aku lagi sayangkannya.. Muhammad Zul Afiq Kamarudin.. mmg la cinta pertama memang sukar dilupakan.. tapi, aku dah lupakan kisah kami...aku nak bina kisah baru dengan cinta baru.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

****************************

tuuutttt.. tuuuutttt.....

tuuutttt... tuuutttt......tttttttuuuuuttttttttt......

handphone aku tiba-tiba berbunyi.. aku mencapai handphone ku yang tertera jam 6:00 pagi..

eh? mimpi ke??

aku terus bangun dan mendapati aku betul-betul menangis.. aku mula terfikir.. kenapa aku mimpi orang yang dah pergi.......

jiwa aku tak tenteram.. setelah mandi, aku terus menceritakan tentang mimpiku kepada afiq...

*************************

aku : bla..bla.. bla... (ringkasan diatas)...

afiq : kalau awak ditakdirkan untuk dia.. saya redha... awak syg lagi kat dia lah tu.. sebab tu awk menangis sbb dia..

aku : (tahan nak nangis....)tapi saya sayang awak....

afiq : hehe.. jgn risau lah.. biasa lah tu mimpi... sya pun pernah mimpi kawin dgn awk jugak...

aku : ^_^  oh, yeke.. harap2 mimpi awak tu jadi kenyataan... saya taknak mimpi saya ni jadi kenyataan..

*************************
p/s : segala cerita dalam blog ini hak milik tyra uyura... semua yang diatas ni adalah mimpi dan juga ditokok tambah sendiri oleh beliau untuk keselesaan korang membacanya.. sory la kalau ending dy cam biasa2 aje.. nak kejar masa ni.. ade job.. :D

www.tips-fb.com

sakitnye foot binding!!

tyra lee | 05:40 | 2Comments |
Views


argh!! tahu tak pasal tradisi org cina dulu-dulu? biasa dengar tak pasal "bound feet" ataupun kaki dibalut? sakit wo.. tengok pun sakit, ni kan plak kalau kaki kte yang kena camtu..



bound feet
Bagi jejaka-jejaka China satu masa dulu, kaki yang kecil tu teramatlah seksi. Dan kebanyakkan yang suka tu pulak ialah LELAKI KAYA ORANG BERADA RUMAH ATAS BUKIT MANDI SWIMMING POOL AMBOI.


Semakin kecil kaki, semakin tinggi hantaran. Kaki yang paling sempurna bersaiz 7 sentimeter (3 inci) diberi nama Teratai Emas. Bila kanak-kanak perempuan mencapai umur 3 atau 4 tahun, terus mak diorang bantai balut kaki anak-anak diorang.




Tulang kanak-kanak tersebut akan patah. Mereka tak boleh berjalan mahupun bermain! Proses ini selalunya akan dilakukan oleh ibu mereka atau ahli keluarga perempuan yang lebih tua.


Tapi, bagi golongan yang lebih kaya, mereka akan mengupah Tukang Balut Kaki Professional. Golongan mahir ini akan membalut kaki kanak-kanak tersebut tanpa belas kasihan. Selepas kaki mereka dibalut, mereka tidak boleh berehat. Mereka akan dipaksa berdiri dan berjalan untuk menekan tulang mereka bagi mendapatkan saiz yang diinginkan!


X-ray kaki mereka. Bengkok habis!


Tukang Balut tidak akan mempedulikan raungan dan tangisan mereka. Tapi, kanak-kanak tersebut akan mendapat kaki yang PALING IDEAL bila dewasa. Bila mereka dewasa, kaki mereka akan patah berulang ulang kali. Tambahan pulak kalau tengah remaja, tulang mereka lembut. Tapi, bila meningkat tua, tulang mereka akan lebih kuat dan tidak akan patah. Namun begitu, mereka akan selalu jatuh dan mengakibatkan tulang pinggul dan tulang peha patah!


Seorang perempuan tua di China yang masih hidup dengan kaki kecil.



Kenapa lelaki China suka perempuan berkaki begini?


Pada Zaman Dinasti Qing, terdapat 48 garis panduan seksual untuk bermain dengan kaki perempuan yang berbalut begini. Suami mereka juga teruja melihat mereka berjalan dengan berhati-hati dengan gaya yang kemas. Walaupun begitu, kebanyakkan suami mereka tidak pernah dan tidak mahu langsung melihat kaki mereka. Well, kalau tak pakai kasut buruk gila kot.


Kasut khas.


Tapi, mereka suka melihat isteri mereka memakai kasut yang comel comel tu. Perempuan yang berkaki begini tidak akan melakukan kerja rumah. Kerja membasuh mengemas memasak semuanya akan dilakukan oleh orang gaji. That's why dorang akan selalu berkahwin dengan orang kaya.


A lady with her bound feet.


Selain itu, wanita yang berkaki begini tidak dapat keluar rumah dalam jarak yang jauh kecuali didukung. Mereka cuma boleh berjalan dengan satu dua langkah dan itu sangat menyakitkan. Mereka berjalan menggunakan lutut. Takkan nak jalan pi uptown seret lutut kot? Duduk rumah baik-baik. Jadi, mereka dianggap suci. Ini juga menggambarkan penguasaan lelaki terhadap isteri mereka. Kerana sudah tentulah wanita ini akan bergantung penuh terhadap keluarga mereka.


Walau bagaimanapun, tradisi begini telah diharamkan di China. Lebih lanjut di sini.

kredit to: superman's girlfriend..


OLEH ITU MARI HARGAI KAKI KITA !
Walaupun saiznya sama seperti skrin netbook. T_T

www.tips-fb.com

ape akan jadi kalau ikan yu bergigi cam manusia.

tyra lee | 08:34 | 0Comments |
Views
ikan yu

haha.. cuba tengok gambar ni.  klaka kan. orang pun dah tak takut kat ikan yu lagi.  nak pergi menyelam tepi dia pun okay aje kan.. hehe

p/s: comey jugak.... <3
www.tips-fb.com

teringat J221 !

tyra lee | 01:18 | 3Comments |
Views
time kemas2 bilik, terjumpa 1 kotak.. dalam tu aku simpan segala benda2 kenangan.. :D
antara yang aku nak kongsi kat sini ialah, biodata and ucapan dari roomate pertama aku kat J221..

*******************************

sara, ana and wawa.... SAYANG KAMOOOO!!

tengok ni..tyra still simpan ucapan terakhir korang sebelum kite berpisah....

*******************************





www.tips-fb.com

reply comments for my OMD10B '2010

tyra lee | 00:08 | 0Comments |
Views
aku budak OM! ape tu OM? OM tu Office Management. dulu time kelaz PD (Personal development) dulu.. ktorang kene pakai cantik2 then dalam satu kelaz tu, orang yang bertuah dipilih and kene berdiri kat depan..then, kawan2 sekelas akan comment pasal pakaian kita, pasal make up kita and banyak lagi lah.  now, aku tak tahu still ade lagi ke tak tradisi ni.

********************

aku nak tunjuk kat korang comment2 dari member aku dulu.  Kebetulan time tu kelas PD petang, so make up dah cair. tdung pun selekeh aje.. aku tak perasan tdung tu dah mnampakkan leher aku.haha.. sampai skarang aku tak tahu sape yang comment tu.. kalau ade antara korang yang bace ni tahu sape2.. share2 la kat aku.. haha...

*******************

ni sebelum kena comment. tdung kemas lagi..

(dulu aku freehair. rambut pun perang)

thanks too unknown.. hehe


baiklah.. tak seksi dah.. :)

time ni xde slendang ungu.. hehe

yg ni tak nampak sgt..
tapi dia tulis "kening tebal.. hahahaha"

okay.. bereh.. hehe

tak prasan le tdung nmpk leher..
time ni tak ramah sebab baru masuk U.. tak kenal orang lagi. hehe

lalala... tq2..

ye.. ye... tahu.. tdung selekeh..

terime kasih.. :D

yang ni aku kenal.. nana tulis.. hehe

klau tak salah aku, najah ni.. btul tak?

ok.. skrg dah tak serabai kan.. hehe

skrg dah byk pkai tdung bawal.. hehe

yeke? kim salam kat adik.. hehe

hakikatnye mmg tak cantik.. hehe

thanks nadiah.. hehe.. :D

make up dah cair.. hehe

ok... thanks.. :D

yg ni kechik tulis. tapi dulu, roomate aku dah terkenakan air. so, hbis dakwat padam.
antara yg dia tulis:
"ko anggun la wei.. baju ko cantik.. kasut ko cantik sangat beb.. mata ko menggoda la.. cair la.. make up ok. tapi muke ko mmg comel so nampak kewanitaan ko..

matrix card baru dpt.. mmg le cntik.. hehe

yang ni miss mas'udah yang tulis. dia jek satu2nye kertas warna kuning.

yang ni aina tulis. aku kenal sbb cara lipat dia. haha

aku simpan dalam ni smua cmnt ni.. :)


 thats all from me.. thank you... :D


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers