Followers

comic!

tyra lee | 02:09 | 3Comments |
Views


www.tips-fb.com

Kitab daddy | Anak yang tak kenang jasa bapa !

tyra lee | 01:02 | 3Comments |
Views
tumblr_m65vvkUrxM1qg39ewo1_500.gif (499×340)
Tersebut lah kisah . daddy cerita bukan untuk menyakitkan hati sapa-sapa pun sebab ni kisah benar. just untuk renungan bersama . cerita ni daddy cerita sempena hari bapa haritu . tapi ni dah lewat sangat-sangat dah ni . tapi, tak pe lah kan . sorry daddy .

cerita ni pasal keluarga Pakcik Ali (bukan nama betul) . dia kerja cam niaga sate ikan. alah, guna beca camtu . dia ada 3 orang anak . Isteri pakcik ali ni berniaga . berniaga kecik2 cam kuih2 camtu lah . lepas tu, Isteri pakcik Ali ni, buat pinjaman Mara . untuk besarkan bisness dia . tak ingat lah berapa ribu kan . okay, aku bagi contoh dalam rm20 ribu lah . eh, tak mahal ke? ke murah . entah la . aku tak ingat, daddy cakap .

images (275×183)

masa lulus pinjaman tu, anak last pakcik Ali ni baru lepas habis SPM . Pakcik Ali suruh anak dia kerja . tapi, isteri pakcik Ali tak bagi . dia suruh duduk rumah aje . yelah . duit hutang dah banyak kan.. separuh duit tu, diorang guna untuk renovate rumah. then, hari2 isteri Pakcik Ali ni bagi rm20 sehari kat anak dia ni . kononnye taknak anak dia ni bercampur dengan budak budak nakal .

Pakcik Ali pun  dah tak berniaga sate ikan dah . sebab dia tiba-tiba mengidap penyakit kulit . tak sedap pulak nak meniaga kalau orang nampak keadaan kulit dia macam tu . dia pun apply lah kerja security guard kat sekolah . sejak beberapa malam, daddy dapat tahu dari kawan-kawan, yang Pakcik Ali ni tak balik rumah . tido kat mana2 je . then, dapat tahu yang anak dia ni dah jadi gila ! nak bunuh Pakcik Ali.


Anak pakcik Ali ni sebenarnya dah jadi penagih dadah. dia mintak duit dengan mak dia. tapi kalau bukit pun, ditarah hari-hari, surut jugak . ni kan pulak duit yang macam air tu . bila mak dia tak bagi , dia ugut Pakcik Ali . sebab nak duit rm30 sehari . tahu ajelah, gaji security guard , rm berapa sangat lah kan . nak dijadikan kisah,  bila duit dah tak ada, dia guna motor beca pakcik Ali then pergi mencuri besi kat area perumahan .

ada lah penduduk yang ternampak . then call polis . bila polis kejar, dia tinggal kan beca - lari . Pakcik Ali nak pergi kerja, dah tak boleh sebab takde transport . motor tu dah ada kat balai polis . Pakcik Ali cuba nak discuss dengan polis sebab tu je harta yang dia ada . tapi, silap dia jugak sebab letak nama beca tu atas nama anak dia . kalau nak beca tu .. kena bawak pemilik asal beca tu . kesian pakcik Ali.. sekarang ni, aku pun dah tak tahu macamane keadaan pakcik Ali ni...

Moral of the story.. jangan manjakan anak korang dengan duit . then, kita sebagai anak.. tolong.. tolong.. dan tolong hormat ibu bapa korang . takde diorang, takde lah kita sekarang .

www.tips-fb.com

Tips tak nak mengantuk dalam kelas / seminar / ceramah / kat tempat kerja

tyra lee | 04:06 | 10Comments |
Views
Harini nak bagi tips terbaik dari jengka.. hahaha... apa cellopp jengka.. okeh, tanpa membuang masa anda2 semua . aku dengan rasminye merasmikan tips ni!.. ececeh.. saje je kan.. hehe . aku taw, bukan aku je yang biasa mengantuk dalam kelas ke ape kan .

so, boleh la follow tips aku ni .

images (198×254)
1. Tido Awal
alamak... ni tips biase la.. time kecik2 mak aku selalu cakap camni.. "adik, tido awal... esok skolah" . korang?penah tak? penah tak? sebab ape mak korang tak bagi tido lambat.. sebab tak nak korang mengantuk dalam kelas lah . heee... lagi pulak, dah tahu ada seminar, tak kan nak tido lambat pulak kan .

images (237×213)
2. Minum air pagi2/before pergi
yang ni aku dah try . memang jadi . tapi tak tahu lah jadi tak kat korang kan .  aku ni jenis yg selalu mengantuk dalam kelas . pastu satu hari tu, aku ada lah baca satu article tu . dia cakap , air mineral ni bagus minum pagi-pagi . aku pun ape lagi . try la minum . pastu , tak sangka pulak time dalam kelas. kawan2 yang selalu mengantuk cam aku still menguap cam biasa . tapi aku steady aje . segar lagi mata . haha. dyorang pulak pelik sbb aku tak mengantuk haritu.

images (277×182)
3. try tulis-tulis
yelah . daripada korang tido tak pun tersengguk2 dalam kelas ke, dalam seminar ke, tengah dengar ceramah ke, kat tempat kerja ke kan . baik korang tulis2 or lukis2 . aku biasa lukis sebab aku bukan rajin menulis pun . hehee . bila dah lukis-lukis , sekurang-kurang nya , masuk lah jugak satu dua apa yang orang sampaikan daripada korang tido . betul tak?

dah acaner? try lah yepp.. : D tak jadi, bagitaw aku . aku bagi tips, baekkk punye..okeh , chow..!

www.tips-fb.com

entry untuk korang :(

tyra lee | 02:43 | 6Comments |
Views
Korang... nak nangis.. sumpah nak nangis.. rindu kat korang . :''( 


Tiap hari ingat kat korang . yelah . kat sini takde line nak online . macam2 nak update . mm.. tak kan nak usung laptop kesana sini . tak best lah pulak kan . berat . bawak galaxy tab, tak puas hati. still rasa kecik utk menaip . agak lambat la nak taip tu kan . kalau pakai laptop, senang sikit.. sambil cakap, sambil taip . 

mmm... sory ek kalau lambat reply and segala bagai tu.. maap.. maap gilak2... 

nak bagi pesanan ni.. korang jaga diri leklok ek. aku syg korang . nanti aku free, aku update lagi . 
pastu pasal team amer tu kan . aku mintak sorry byk2. tak sempat jalan lagi .

owh... lg 1.. nak ckp thanks kat azwa.. sbb kasi pinjam laptop.. :)

www.tips-fb.com

gambar kelakar~ (4 gambar)

tyra lee | 11:21 | 10Comments |
Views
Entry panas2 dari kuali . hari ni nak share gambar2 awesome dan kelaka. :D alah. sikit je. tak klaka mane pun actually. hehe


comeynyeeeee !


bangang betul kan.. haha


ah sudah,, kereta dah jadi transformer dah..


rasa2 amaran camni, jadi tak ek? hehehe

www.tips-fb.com

Signature baru . si kepala harimau~

tyra lee | 06:44 | 7Comments |
Views
wah2 .  sekarang ni signature baru . baru tukar . :D yelah . saja2 nak tukar signature . signature sblum ni lambat loading sbb size pembuatannye sgt la besar . hehe. kali ni tukar buat kepala harimau yang cute ni .

tengok lah.. jangan jeles~~ 


www.tips-fb.com

hari tangkap gambar kelas . :D

tyra lee | 05:42 | 2Comments |
Views
Student UiTM, Jengka mesti taw pasal ni. skrang ni musim amik gambar kelas . semua excited dgn props nye kan . so, kali ni nak share gambar2 yang ktorang ambik sendiri before gambargrapher tu datang . :D

aku personally, sayang sangat kat korang . sayang gile2 . rasa taknak pisah2 sampai bila2.. dah la ni final sem . hope, semua boleh graduate same2.

first2 mestilah ade gambar aku kan :)
Shak, sarah, nana, zarith, mardiah,awin,shera,aina,tyra

Aina test the props

aku, nana dengan mardiah

aku si muka petak dgn nana si muka panjang

suka gambo ni

Sarah, Shak, Tyra Lee, Nana


Korang, aku sayang gile kat korang . tah kenapa rasa lewat sgt dapat rapat dengan korang . :(


Woi! dah kenapa nak menangis pulak dah mata ni!!! malu woi.. orang duk tengok hang ni ha...

www.tips-fb.com

Segment : Team Follow Back by AmerCorner

tyra lee | 09:15 | 30Comments |
Views

okay, dah selalu sangat terpandang nama AmerCorner ni . but kali ni baru berpeluang nak join his segmen . :D
korang ade jugak ke camtu? kalau camtu, ape lagi . sila la join cam aku . aku ni pun terjumpa ni kat blog sudin . ngape takde orang promote kat aku . aishh.. ni tak leh jadi ni . so, aku amik keputusan , follow Amer ni . senang sikit . next segmen , insyaAllah aku join lagi.. hehe

okeh, aku dah baca syarat2 nak join nye . syarat ke 4 , nak taw follower aku sekarang . so, follower aku sekarang 
ade 555 orang . Alhamdulillah . hope suatu hari dapat la 1k . jeles kot tengok orang dah ber K..K.. dah...  hee..

lastly, aku nak tag 2 member baek aku kat blog ni . 

woi, korang pon join lah.. kate nak follower kan.. hehe
last before 30 june 12
www.tips-fb.com

aku bagi penghargaan pada follower aku ! ( bhg.4)

tyra lee | 08:36 | 2Comments |
Views
jeng.. jeng.. follower bertuah kali ni bernombor 555 . sebab ape nombor tu? sebab nombor tu besttt... hehe .


ni ha.. follower bertuah tu...


ni bagi souvenir ni.. sorry.. sangat simpe.. 
tak dan masa .



so, boleh lah nak ambik letak kat sidebar ke, ape ke kan.. :) 

www.tips-fb.com

Cara menghadapi ayam berkokok. (Rahsia kokokan ayam)

tyra lee | 07:42 | 3Comments |
Views
Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah, rindu nye kat korang . serius rindu . tekanan perasaan betul kat Jengkalifornia tu. dah la line macam hape tah . (line kat Jengke Mahkota je lah) aku dah la rindu nak hapdet . macam2 story dah terlupa .

ni ha.. nak kongsi 1 rahsia pasal kokokan ayam . kalau terdengar kokokan ayam, digalakkan berdoa mohon kebaikan, rahmat ngan kurnia Allah sebab ayam ni ada kelebihan boleh nampak malaikat . Tahu?


tak tahu..? ni lah nak bagi tau.. hehehe

Nabi s.a.w bersabda " Apabila kamu mendengar kokok ayam. maka, mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada ganguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan. "
(HR Muslim)
Okeh, lepas ni . kalau dengar ayam berkokok , taw lah nak buat ape kan . heee.. tapi duk kat bandar tak dapat dgr ayam berkokok :(

note to all: perasan tak tade signature? terpakse buang kejap sbb line tade . loading lama . so.. sad ... www.tips-fb.com

tips | kenapa orang tak nak datang blog korang?

tyra lee | 09:28 | 2Comments |
Views
selamat malam . mungkin ni entry terakhir aku untuk cuti semester . yelah . esok aku dah bertolak balik ke UiTM , Jengka sebab aku kena berjuang lagi utk 1 sem . pastu , aku dah boleh graduate. hopefully korang baca ayat doa seterusnya ni dengan ikhlas ye.. (saya doakan Nurul Fahtira binti Zulkifli mendapat keputusan dekan dan saya harapkan dia dapat menghadapi segala dugaan dalam semester terakhir ini dgn tabah . amin .)
thanks .

okeh, back to our topic , kenapa orang tak nak datang blog korang?

1. Sebab blog korang berat .
blog berat? Ni yang aku paling tak suka . tak tau lah kalau orang lain suka kan . 5 minit nak tunggu blog korang tu loading . sebab banyak sangat widget2 yang tak penting . contoh macam letak jam lah , ikan lah , hamster lah , tulisan gerak-gerak . tak perlu kot nak over sangat . memang lah korang cakap blog aku , suka hati aku, tak pun, korang tak suka, boleh blah . (memang aku blah!)

tapi, remember this , selagi korang duk tinggal jejak kat blog org, then nak mintak org follow back ke, dtg ke blog korg, tolong kurangkan sikit selfish korang tu. kita kan baik2 belaka yek kawan2. <nak tau blog korang berat ke tak , klik sini>

2.sakit mata.
ooo...ooo... sebelum korang maki aku, aku nak bagitaw . sakit mata sebab font korang tu susah nak  baca . sama ada kecik , besar , or berkaler2 sangat . tak pun , background post korang tu terlalu terang color nye . aku shor kan pada korang , guna ajelah background putih . senang nak masuk dengan semua color . kalau ye pun suka color hijau (eh,tu aku) . tayah la sampai over sangat edit hijau kan . background hitam pun okay . tapi kalau nak edit, kena lah kena dengan caranya . so, tanya lah pada pakar .

3.Short Form
short form tak salah ye kawan-kawan . aku pun guna short form . tapi , tak de lah sampai nak seksa para pembaca semua . tapi biasa nya , blogger baru lah yang guna ni . still tak tahu asam garam dunia blogging ni . so, ni lah nak bagitaw ni.. :D kurangkan ye awak-awak . macam ahkak ni kan da tua~~ (tak paham bahasa canggih)

4. korang malas nak blogwalking
ini perlu.. yelah . korang nak orang datang blog korang, korang kena lah rajin2 jenguk2 blog kawan2 blogger ni . taktaw nak jumpe kawan2 kat mane? <tekan sini ada caranya> . okay? dah , settle .

lagi, lagi~~

5. salah letak url
yang ni biasa jadi . korang bukan main rajin ha, blogwalking . tapi tersalah bagi link . pastu , tuan blog tak dapat jejak . aku ni pun , selalu org tlis kat shout aku tu . tapi bila klik nama, takde link . cube korang try cam aku buat . before aku tinggal kan blog tu, aku test dulu link aku isi tu betul tak . kalau tak boleh klik , better korang type je kt situ url korang . cth: http://hijaulembut.blogspot.com . kan lagi selamat .
www.tips-fb.com

tutorial | cara nak timbang berat badan blog korang .

tyra lee | 09:26 | 0Comments |
Views
hoho . dah lama tak timbang berat badan blog . yelah . tuan blog dah makin gemuk . manalah taw, blog ni pun dah makin gemuk . so. tanpa melengahkan masa . korang buat senaman ringan dulu .

yeap! 1 , 2 , 3 ~~ !

1 . korang pergi ke website ni.. http://www.iwebtool.com/speed_test?domain=%0D%0A
2 . pastu , letak url blog korang dalam kotak tu .
3 . tekan check .

korang tengok lah size blog korang . lebih dari 150 dikira berat dah . so, ade ke kat sini berat blog dia lebih 200? kalau ade, sila lah buang apa yang tak berkenaan dalam tu . nanti jadi cam ni .<sebab orang tak nak datang blog korang>hehe~
www.tips-fb.com

kitab daddy | sebab sebenar anak dara xleh mkn leher ayam.

tyra lee | 05:58 | 4Comments |
Views
sejak akhir2 ni sllu buat entry srius. hrini nk buat entry sempoy sikit.. hehe..

pagi tadi ktorang pergi beli nasi. aku pun oder nasi minyak . kat sesetengah tempat tade jual nasi minyak . byk kali dah aku terkena. bila aku oder, dia ckp tunggu orang kahwin. xpe lah . mybe dia ingat aku perli dyorang kot. hehe .

tak kisah pun. pastu time nak pilih lauk untuk nasi minyak aku tu tadi, tokey kedai nak kasi aku leher ayam . daddy pun ckp camni . eh, orang zaman dulu2 tak bagi anak dara makan leher ayam . nanti time bersanding , kepala terteleng jek . pastu tokey kedai tu tambah . aah la.. betul tu . dulu time kite mude2 dulu, nenek marah betul kalau makan leher ayam . pastu dia nak cancel kasi aku leher ayam . eh2.. mane boleh...~~

pastu daddy gelak . daddy cakap.. tu semua tipu aje . orang tua zaman dulu sebenarnya buat macam2 cerita sebab nak takutkan anak kecik . contoh cam jgn duduk atas bantal . nanti tumbuh bisul . padahal, bantal tu bantal dia tido . so, taknak lah budak2 duduk atas bantal dia .

macam cerita leher ayam ni , jangan makan leher ayam . nanti bersanding kepala terteleng . padahal , dulu kalau nak dapat lauk ayam , macam susah je . kalau dapat pun macam terhad . anak-anak ramai . mak-mak dengan tok pun buat lah cerita camtu . so, anak2 yang tak kawin lagi ni pun tak berani nak makan leher ayam . untung2, budak2 ni , kalau terjumpa leher ayam , budak2 ni bagi kat mak2 or tok2 dyorang .

haa... camtu lah lebih kurang ceritanya.. emm.. banyak lagi cerita dari kitab daddy ni.. macam2 tajuk ada.. tapi belum ada masa nak update.. :)

www.tips-fb.com

korang pernah ke terasa dgn kwn lama?

tyra lee | 11:04 | 2Comments |
Views
korang pernah ke teragak-agak nak cakap dengan kawan lama? tipu lah tak pernah . nak-nak kalau nampak perwatakan kawan lama kita tu dah lain benor dari  masa kita kenal dulu . cam aku pun pernah jugak terasa dgn kawan-kawan lama aku dulu . kawan zaman sekolah rendah . hehe .

Aku ade 2 situasi .

situasi satu.

Apple dgn mak dia datang kedai kiwi . pastu mak apple turun dari kereta. kiwi ni pun ternampak apple dlm kereta dgn spek hitam nye , kiwi pun panggil la apple tu . dia mintak pekerja dia tolong serve kan mak apple kejap . kiwi pun panggil~ "apple! lama tak nampak kau .. turun lah jap..hehe.." kiwi senyum dengan lebarnya kat apple. yelah, best friend zman skolah rendah lagi kan. dengar2 cerita , apple dah kahwin pun skrg . pastu , apple pun turun dari kereta . tibe2 , apple terus pergi kat mak dia , tak pedulikan kiwi. tinggal kan kiwi terkulat2 sorang-sorang kat situ . kiwi tersentap tgok kiri kanan. :( orang lain pandang jek liwi yang macam orang gila ckp sorang-sorang .

situasi dua.


suatu hari , kiwi jalan-jalan kat bandar . tengah duk ushar-ushar barang , tetiba terserempak dengan kawan baik jugak lah . tegur lah kan . dengan sehabis ramahnya. ingat boleh la mesra-mesra macam zaman dulu . tapi hampeh! mentang-mentang duk taut tangan dengan boyfriend handsome , eh, tak kemane lah boyfriend hensem tu klau sebab dia , kau jadi sombong . ingat aku nak ushar bf kau ke ape . Pleaseee!


sedih taw korang . camni kawan-kawan lama buat kat aku . ni kisah pompuan . baik kawan lelaki pulak . ada kawan zaman sekolah rendah dulu . aku tak ingat pun dia , dia duk tegur . dari jauh lagi dah panggil . hehe . ni yang aku suka taw . tapi, klau jauh sgt, aku tak nampak . aku rabun wey. haha .

ade lagi . baru ni terjumpa fb member lama . lelaki lah kan . aku cam biase tegur lah . mula-mula , aku-kau je msg . ayat2 pun cam cover2 takut tersinggung jek . cth cam~ " kau belajar kat mane skrg? " ~"ambil course ape? " semua tu lah kan . dah lama2 text , dah balik macam zaman dulu dah . "mu-aku" cth: 'weh, mu kate mu nok kawin dulu ork" (ayat biase orang pahang guna_adaptasi dari bhsa terengganu) . fun gila rasa .

nilah baru member~ rindu zaman dulu.. sob.. sob..
aku tak taw la kawan korang camne pulak . ada ke macam kawan2 aku??
www.tips-fb.com

New! Zuhrah akan melintasi matahari lagi 105 tahun!

tyra lee | 23:13 | 4Comments |
Views
Okeh, tadi aku tengok berita . tak lama pun dalam 5 minit yang lalu . cewah! dia cakap kita just boleh tengok planet ni, setiap 105 tahun . its mean , next time kite boleh tengok adalah pada tahun 2117 . tu pun kalau korang still idup la kan . haha . tapi aku confirm dah yang aku tak sampai nye. ye lah . kesihatan tak jaga mane . makan jajan kuat pulak tu . KFC , Mcd , tayah ckp lah kan . haha .

okeh2.. back to our business . korang tengok la gambar yang super duper awesome ni . :D
jpeg (300×168)
nampak tak planet tu? yang titik hitam tu .
gambar ni, diambik masa 6 jun 2012 . 
planet zuhrah gambar melintasi matahari setiap seratus lima tahun 100 105 www.tips-fb.com

Kenapa Ramai 'Like' Status Facebook Anda.?

tyra lee | 08:37 | 8Comments |
Views
Pernah tak, baru je post status kat facebook, tak sampai 10 minit , dah berpuluh2 'like' yang korang dapat . pastu , post status buat kali kedua . pun ramai jugak yang like . tahu ke korang , ngape semua ini terjadi . cewah ayat aku~~ hehehe


sebab-sebabnya adalah~~

1.STATUS KORANG AYAT POWER


Ayat status korang tu power . contoh macam , ayat buku ke, ayat yang ade dari sape-sape ke . cth , (tyra lee, 2012) yang penting , maksud dia macam mendalam lah kan .  aku pun kalau jumpa , aku confirm like punye . hehe . nak2 kalau status tu datang dari member aku yang sengal2 ubi camtu . haha


2. KORANG CANTIK/HENSEM

Kalau korang seorang yang cantik, dagu runcing, pipi gebu, senyuman menawan, bibir mulus, muka bak artis korea,..korang post apa je kat status FB, konfirm.. memang konfirm berlambak 'like' yang korang dapat.:) nak2 sekarang ni kan demam kpop~cam member aku lagi best . edit gambar jadi muka korea terus . haha


Status 'fuhh', berpuluh like.. Status "letihnya rini" berpuluh like.. status "hari ini makan nasi lauk ikan bilis".. berpuluh like.. Kenapa ramai like.? Sebab korang kan cantik .:)

kalau lelaki hensem.. Tetapi aku rasa lebih ramai yang like pada status perempuan cantik berbanding lelaki hensem.:)



3. KAWAN KORANG SUKA KLIK 'LIKE'

Kawan2 kat FB macam2. Ada yang suka komen, ada yang suka like, ada yang suka baca dan macam². Kalau member yang suka like tu, kalau boleh semua status korang dia nak like. Reply komen pun nak like. haha . Kalau sekali dua tu normal la. Ini habis semua nak sapu.ha3


Aku rasa kalau 'like' tu boleh klik banyak kali, mungkin beratus korang dapat like dari kawan korang yang kejanya memang suka klik 'like'.:)

Hint: Ada juga yang like ni kalau berlainan jantina, makne nye~ dia suka korang.:)



4.KORANG NI SELEBRITI

korang dikenali ramai. Bukan je artis, maybe korang selebriti kat tempat kerja korang, maybe selebriti kat sekolah korang, selebriti kat universiti korang. Senang cerita korang ini seorang 'selebriti' lah kan.


Pun sama, update sahaja apa status, ramailah yang akan like. Kalau selebriti sebenar, jangan cakap la.:)

5. KORANG ADA RAMAI KAWAN FB


Contoh:

X ada 500 orang kawan dalam FB
W ada 5000 orang kawan dalam FB.
Katakan, 1% dari kawan yang ada akan like status.

X akan dapat 5 'like'
W akan dapat 50 'like'

Impression status di feed juga bertambah. So lebih ramai kawan, kemungkinan dapat 'like' lebih banyak adalah lebih tinggi.:)


BONUS
Bilangan 'like' status anda adalah sentiasa lebih satu. 

Persamaan jumlah like, Y = X + 1

X adalah jumlah kawan² anda yang like status anda.
1 adalah jumlah like yang pasti kerana anda suka like status anda sendiri.:)


(Aku jenis tak suka like status aku sendiri..:)

--------------------------------------------

Masih ragu² kenapa bilangan 'like' status facebook korang banyak?.
Atau korang ada sebab lain selain di atas.?:)

www.tips-fb.com

Segmen : Ain nak review blog korang

tyra lee | 23:28 | 9Comments |
Views

selesai bagi watermark kat ayeen , jenguk2 lah jugak kan blog comey ni . then baru tahu yang dia tengah buat segmen . tengok tarikh last , esok . sempat lagi nih! so, ape lagi join kan lah diri.. hehe

nak tag :

p/s : terharu tengok ayeen pakai watermark tu as signature . sob.. sob..
www.tips-fb.com

Contest : blog paling Awesome

tyra lee | 22:54 | 2Comments |
Views
(klik banner kalau nak join)

Okay , first nak cakap thanks kat AFIFAH DALILIEY . sebab ape? sebab harini jek dah 2x datang singgah blog CT . then letak comment kat shoutbox .  dan 2x jugak la aku pegi blog dia . niat hati nak join membuak2 tak kala syarat2 yang simple awesome . :)

rasa nak menang la~ sebab ape? sebab aku rase blog aku tak kurang awesome ape~ dah la cantik , comey pulak tu . siap ade hijau2 lagi . hahak. (masuk bakul angkat sendiri) bak kata daddy~ kalau perasan, tak dapek den nak nolong.. yang penting, semua edit sendiri taw. hahak .

kalau tak silap , sebelum ni, ade je yang comment kate blog ni tak lama pun loading .. Harap2 betul lah tu..
mm..dekat sini , hamba nak mengistihar kan .. contest ni awesome sebab tajuk dia pun dah awesome . 

 masuk contest ni dengan ikhlas taw. bukan sekadar nak menang . tapi, kalau menang~
nak cakap : "ALHAMDULILLAH~~" kuat2.. :D
www.tips-fb.com

Creative gila lah mereka nih ! (12 picture)

tyra lee | 22:02 | 4Comments |
Views
Harini nak share gambar yang aku rase awesome gilak ! jumpa kat blog LZ













www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers