Followers

The problems are.....

tyra lee | 19:59 | 3Comments |
Views

okay, i admit it . aku janji nak update sehari selepas entry sebelum ni kan . pasal aku kat uitm johor . tapi.. aku minta maaf sangat pasal lappy aku tetiba rosak . rosak ape ? entah . aku pasang plug macam biasa . tapi tak kluar lampu . antara dua , kalau tak lappy yang rosak , wire yang rosak .


balik rumah , aku mintak daddy check . daddy cakap , fius plug still function . so maybe lappy aku yang problems . then tadi , aku geram , aku try cucuk wire kat lappy banyak banyak kali . then dia cam keluar lampu sikit . aku pusing2 wire tu . and NAH! still berlampu . and ni lah masanya~~ hehehe


akhirnya.. dapat jugak aku on blog . i missed a lots of things . rugi betul tak dapat update pasal rumah sewa .


4 hari aku kat segamat . 3 hari aku happy . terutama dengan daya . my new housemate . suara dia , sebijik macam member amg aku dulu , atiqah izni . perwatakan dia , sebijik macam kakak angkat aku , ana . and.. aku selesa sangat sangat dengan dia .  wanna see her? tada!!


Aku ni jenis tak klaka dengan orang orang . tapi , bila ada satu kuasa selesa dalam diri aku , automatically orang tu akan cakap aku ni klaka . even aku tengah serious . haha . pelik tak? pelik tak? haha . ape? tak pelik....? korang memang~~

-,-'

tiba-tiba rasa tanak pindah . dyorang pun cakap jangan pindah . aku sekarang dilema . antara nak dekat ke nak selesa . kalau dekat , mesti lah rumah kat bunga raya tu dekat . tapi kalau nak selesa , mesti lah selesa kat taman pelangi ni . 

beratnya hati... ToT


p/s: thanks to kawan2 yg bagi kata2 smangat.. betul cakap korang . mungkin ada hikmah disebaliknya . sorry tyra tak boleh nk check out blog korang . condition lappy tak membenarkan . ni pun taip sehabis laju . takut dia terpadam . terpadam . really sorry and I'm really appreciate your concerned . love u all . semoga Allah swt membalas budi baik korang.. amin..
www.tips-fb.com

Pendaftaran aku ke Uitm Johor.

tyra lee | 08:09 | 3Comments |
Views
*maaf entry tanpa gambar . 

salam satu negara . haha . aku tension betul la . dah la nangis siang tadi . haha . seriusly aku nangis . citer dia camni . pagi pagi tadi aku bertolak la dari rumah kat kontan . dalam pukul nam camtu . sampai pun dalam sembilan lebih . tapi masalah kat sini bukan pasal masa . korang tayah la beria nak faham sangat masa tu . haha

Aku dah la sorang sorang . seumur hidup tak pernah pergi johor . sedara mara takde , tetiba tercampak sensorang kat sini ! nak lagi tragic , sekor kawan pun aku takda . 

Problem aku start kat RUMAH SEWA

aku benci uitm johor sebab tak kasi aku duk asrama . kau gila first time nak hidup kat tempat baru , tetiba tak kasi tempat tinggal ? Aku macam patah kaki . (masa dapat surat tu lah ) . then aku usaha giler sampai aku jumpa rumah sewa . aku deal dengan senior yang aku pun tak pernah kenal . haha . Alhamdulillah dapat .

Happy lah aku..... :D

tapi ku sangka panas ke petang , rupanya hujan ditengahari . seperti yang dijanjikan , aku sampai depan rumah , then aku call pakcik (tuan rumah) . tiba-tiba, dia cakap "awak datang dengan kawan awk tu ke?" (refer to senior) . memang tak lah . senior tu tengah menghabiskan sisa2 cuti sem dia kat rumah . 

Then pakcik tu cakap semua kunci rumah pada senior . dia takde simpan tu . Rumah da la takde orang . semua cuti sem . takkan aku nak kerah senior datang johor pulak . aku text senior , dia pun tak tahu yang pakcik takde spare . appeda . 

Aku pun tergamam ! acane ni? 
Then pakcik tu suggest kan duk kat rumah sewa dia satu lagi . kat taman pelangi . rumah sewa aku tu taman bunga raya . aku masuk2 , still takde orang kat rumah . kesumbatan melanda . 

masalah dia ... bapak jauhhhhhhhhh.........
kampus tu dengan tmn bunga raya pun nak dekat 9km . 
ni dgn taman pelangi... 15km . 
dah la tak de transport . mm..
aku tumpang dulu kejap . seminggu .

setelah sejam daddy , ma , aku dan kaksue borak borak dengan pakcik . 
kitorang pun pergi shopping kat tangkak . 
lepas tu lagi balik semula rumah sewa tumpang . 
lepas tu , jumpa dengan housemate . Azu nama nya . tua setahun . dia suruh panggil kak . hik2 . owh , kakak azu stay sini jugak . jaga azu ke ape? 
emm, ptg sikit , sorg lagi masuk , bella namanya . 
okay la  . macam boleh ngam . tapi dia tak tido sini malam ni . dia balik johor . bella satu bilik dengan aku . 

lepas je ma , daddy, kaksue balik .. aku sedih . sedih yang keluar air mata punya . sedih yang tambah2 flashback sikit . yang color agak2 retro tu ...

aku nangis... kenapa aku pilih marketing... aku tanak pun... aku nangis kenapa aku dapat johor.. aku nangis.. kenapa rumah sewa jadi camni ... aku sedih sebab orang lain dah boleh kemas2 barang . aku? tengok jela yang mampu . dah la sorang sorang . seriusly aku takut . sebab esok tak tahu nak pergi dgn ape . dgn sapa .

malam tadik , pi makan dengan akak and kak azu . melintas jalan nak cari kedai makan . makan kedai mamak la... aku dah la tak berapa berkenan mamak punya masakan . tadi just makan roti cheese special . tu pun tak habis . emememe...

aku nak update lagi esok . sebab aku tengah tension . lagi pun , aku dah 3 kali tertido sebab nak taip entry ni . oleh sebab aku malas , harini aku tak melukis dan tak kasi korang gambar pun . 

tq to gula hati . sebab kasi semangat . :D
www.tips-fb.com

Lawak | whats your speed?

tyra lee | 00:51 | 4Comments |
Views

Интересные изображения и фотографии / inpic

time bawak kereta tu, refer lah yang ni . nak lagi best , tampal kat kereta . buat sticker . haha .

Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

jejak kekasih .

tyra lee | 17:27 | 4Comments |
Views

Semalam ahad . sepatutnya aku keluar lepak dengan pia . tapi , demi nak ganti dating yang tertangguh , aku keluar dengan encik Afiq . kira cam jejak kekasih lah ni . lama kut tak jumpa . haha . so , encik Afiq yang terkenal dengan semangat yang yang tak mudah tu, bertolak dari Temerloh , ke Kuantan pukul 3 pagi .. eh, eh, silap.. pukul 8 pagi ..

sampai2 kuantan dalam pukul 10 camtu , aku tak siap lagi . baru nak iron baju . haha . dia datang dengan sweater hitam nya . ingat dia kacak ke ape . dah la musim hujan . ala2 korea gitu . (sambil bayangkan lee min ho) haha . 



sementara tu , aku tinggal kan beliau bersama angah dengan kaksue . masa tu aku iron baju bapak la faster nya . boleh kalah arnab dengan kura-kura . siap nangis lagi arnab tu sebab kalah. sambil2 tu aku curi-curi dengar apa yang diorang cakap . manalah taw ada kaitan dengan aku ke kan... tapi hampeh . boleh pulak dyorang discuss pasal cerita kartun . WALL-E . -,-' tak handsome langsung .

lepas sesi beramah mesra bersama family , ktorang pun gerak pegi bandar kuantan yang indah *sila rujuk gambar dibawah. (erk!)


indah la ni... nak apa lagi...

ehem..ehem.. (clear throat) oleh sebab awal sangat , ktorang tak tahu nak pergi mana . hajatnya nak pergi beli kasut encik afiq. at last tak beli pun . kasut aku je yang beli . ktorang pergi ECM shopping baju couple . 



hik2 . koya2 je buat gambar ber effect bagai . sekarang aku tengah gemuk . sila bandingkan gambar atas tu dengan yang ni . nampak gila pipi tembam . kannn~

lupa plak . sebelum tu, ktorang lunch kat Johnny . encik afiq blanje  :D Aku order nasi goreng thai pineapple . dia plak , ape tah . yang ada sambal belacan tu . tapi sumpah sedap . dua-dua sedap . *tapi craving steamboat..



aku order air aloe vera . encik afiq pulak fresh orange . korang pernah rasa aloe vera? rasa dia seriusly macam petai . haha . tak taw lah korang . aku yang rasa macam petai . haha . 


encik afiq tunggu nasik dengan muka lapar...
ARGGHH.. MAKAN BUDAKK..
*boleh pulak lepas amik gambar ni dia ckp..

"handsome jugak saya ni " O,o

Okeh encik , nasik dah sampaii..
tu kat atas tu belacan .

ni yang aku order . yang thai2 tu . dapp nye.. oh, satu lagi lupa nak amik gambar, ice cream..

lepas makan , time nak keluar tu.. buat muka berlagak je . yelah . kat depat tu penuh dengan orang ramai yang melepak . segan lah nak ketawa sana sini . so muka masing masing cam orang masuk kem tentera . ketat je..

kat bawah ni.. lagi, gambar fitting room . haha . time test kemaja couple . 


Ish.. cun jugak aku ni rupanya .. haha
tu pun after minus gemuk lah kan.. haha

ada lah memula nak naik kereta pagi tu , aku cam excited tengok camera atas dashboard . tengok jenama samsung . perghh.. samsung galaxy ke? punya lah aku excited . 


aku try angkat . ceh .. rupa2 nya mainan..-,-
kene gelak je lah..

nampak tak mainan...-,-
tension den tengok orang tu gelak .


aku ada bagi hadiah kat encik afiq.. konon2 anniversary yang ke 2 . tak sangka pulak dy letak kt fb.. malu lah i..

dah tu, dapat tahu lepas 25 like. ish3..


tak kurang juga, aku dapat hadiah dari bakal mak mertua..
terima kasih ibu... :D


suka sangat . cantik kot bag ni .. 

jangan jeles~~
www.tips-fb.com

Balas dendam kat Cikgu Mastura .

tyra lee | 07:37 | 7Comments |
Views

Seriusly aku tak suka kat cikgu mastura . cikgu nuzi yang pernah cubit lengan aku sampai seminggu lebam kes tak buat kerja sekolah pun aku tak benci macam aku benci dia . Aku student aliran sains tulen kat sekolah dulu .

Cikgu mastura selaku cikgu kelas aku , mengajar subject BM ( Bahasa Melayu) . Dia memang dah lama tak puas hati dengan aku kes aku selalu rosak kan record kelas . Yelah . kelas terbaik , kelas terpandai . terhebat . semua nya ter bagi dia . Aku pula ? apa yang tak kena dengan aku? aku kononnya pelajar bermasalah . selalu datang sekolah lambat . kadang2 tak datang terus . 


dalam kelas, jangan harap nak pandang aku . dia ada favorite student . yelah . student yang pandai2 . yang naik kan nama kelas . ada apa2 je , terus tanya budak pandai . Pernah suatu hari aku datang lambat, dia cakap " seumur hidup saya . saya tak pernah jumpa pelajar seteruk awak! " dengan muka tension dia tu . dengan kerut2 kat dahi tu . korang ingat aku tak sedih ? aku student . aku orang . aku pun ada hati . 


dia pernah concern pasal aku . boleh dikira concern lah jugak . walaupun DENGAN SERKAP JARANG! . apsal aku cakap serkap jarang? cuba kalau korang dituduh curi telur ayam makcik kantin . korang nak mengaku ke? memang tak lah . so kat sini aku bukan nak cerita pasal telur makcik kantin . mahupun cikgu tuduh aku curi telur . tapi dia panggil nak jumpa aku . kalau tak salah , time tu on the way balik kerumah .



dia tuduh aku tak datang sekolah sebab aku melencong ke lain . mak bapak aku hantar aku ke sekolah , tapi aku tak masuk sekolah . aku lepak2 kat luar sekolah . (sebab zaman aku tu, memang famous kes budak lompat pagar , lepak kat kedai makan luar sekolah) . then dia tuduh aku datang sekolah lambat pasal aku lepak kat kedai makan . aku cakap kat dia aku tak pernah pun lari dari sekolah walaupun sekolah memang tak boleh kejar aku . Aku cakap aku tak pergi sekolah, aku duduk rumah je . tapi dia keluarkan statement "tak payah tipu lah.. kawan-kawan awak dah cerita dah semuanya ." 

Panas hati tak? sampai sekarang aku ingat ayat tu . kawan mana pun aku tak taw . -,- 

sumpah demi Allah . aku tak pernah lari dari sekolah . kadang2 breakfast pn tak sempat. ni kan pulak nak lepak kat kedai makan . aku bukan saja-saja nak datang lambat . korang tak faham . cikgu pun tak faham . aku pindah rumah . rumah aku lebih kurang 15 km nak ke sekolah . 


rujuk map .

kalau nak pergi sekolah , 45 minit nak ke sejam awal dah kena bertolak dari rumah . bangun pukul 5 pagi . tu waktu biasa . tapi pagi , paham-paham la degan traffic jam nya . dah banyak kali aku kena merit . kadang2 aku buat kerja amal , kemas surau , tolong cikgu sebab nak demerit . nak2 aku dah tahun akhir . nak pindah sekolah pun tak boleh . nak spm kan .

 Aku tak datang sekolah sebab aku nak selamatkan merit demerit aku . bila pagi2, berebut bilik air . jam sangat lah cemburu . kalau salah sorg lambat, mungkin sampai kat sekolah nak dekat pukul 8 . sapa nak kasi kau masuk sekolah? bukan sekolah bapak aku. nak masuk kelas pun dengan muka tebal. cikgu yang mengajar subject first pandang dengan tak puas hati . macam aku mintak dyorang blanja kefsi bucket besar . huh!



tapi cikgu mastura tak faham . dia ingat aku ponteng kelas . ingat aku tak guna sangat . kalau aku tak guna , aku tak layak masuk kelas sains tulen lah cikgu . and... aku jugak down sebab awal-awal form 4 dulu , aku pernah mintak tukar dengan cikgu mastura . aku cakap aku tak boleh bawa subject sains . aku nak tukar kelas account . dia tak bagi . dia suruh aku stay . time tu , dia dengan cikgu roslina ( if im not mistaken) . masing2 tak bagi aku tukar kelas . now rasakan lah bila sains aku tak pernah dpt A. 

lepas habis sekolah , facebook cam still baru . aku add kwn2 , cikgu2 . aku pernah tegur cikgu kat fb. dia langsung tak balas. kawan klas aku yang baik dengan dia comment kat bawah post aku, elok je reply. xpe lah.. siapalah aku dimata cikgu .



Aku dah balas dendam dengan buktikan aku tak seteruk yang dia sangka. Aku berjaya sambung blajar ke university . aku berjaya habiskan diploma dengan keputusan yang cantik . aku jugak berjaya sambung blajar peringkat degree . dan aku janji , aku akan buktikan kat cikgu mastura yang aku tak seteruk yang dia sangka . dia cakap aku pelajar yang paling teruk dia pernah jumpa . dia tak tahu . dia adalah cikgu yang paling teruk aku pernah jumpa . aku tak teruk . tapi nasib aku tak berapa baik beberapa tahun lepas . 

keluarga aku ada krisis kewangan . aku sama-sama tolong berniaga . homework? bila masa aku nak sentuh. balik malam , esok pagi pagi nak bangun awal . 

Ada kawan bagitau aku pasal reaksi cikgu bila dapat tahu aku dapat sambung belajar peringkat diploma dulu . dia terkejut habis . (nampak sangat dia memang pandang rendah kat aku ) . tapi, Alhamdulillah ya Allah... kau beri aku peluang untuk 'balas dendam' ...

sekian.. 
www.tips-fb.com

Lawak | Alasan Cikgu

tyra lee | 23:55 | 3Comments |
Views
www.tips-fb.com

Aik? aku yang terkena .

tyra lee | 20:20 | 3Comments |
Views
pagi tadi hujan . lebat gila . so, on the way ke kedai mak aku , jalan sangat lah sesak . jalan berbukit pulak . aku dengan tak nampak jalan nya . kena focus . handphone aku pulak sama sibuk nak buat bising . aku buat donno jek . lantak kau lah . kang aku cium bontot kereta depan kang, tak pepasal . 

dah sampai kedai , aku check handphone . ohh... kawan aku call . tiba2 dapat satu idea jahat , nak kena kan dia . baik punya aku testing suara nak kenakan dia, konon nak call dia guna nombor ma .cakap aku dari syarikat apa apa kan . tapi baru je aku nak tekan call , tiba2 nombor office call aku . aik? tak kan dia nak kena kan aku pulak .

caller : hello, saya dari Uitm Segamat . ni cik Nurul Fahtira ke? 
aku : haah . 
caller: sebelum tu nak tanya , saya pernah call ke? 
aku : err.. belum . (dengan muka kaget gitu)
caller : adik kene datang buat pendaftaran 23hb february 2013 . 25hb pulak ada program pemantapan siswa . 

aku pun reconfirm semua . then sedih . 

terus mati nak kenakan kawan aku tu . -,-'

23 haribulan tu aku ada date dengan encik Afiq da... nak pegi tengok bola . janji nak dating dari bulan 10 tahun lepas lagi . ape? tahun lepas ? betul lah tu.. lama dah . 
at last , tak jadik jugak . 

aku pun call encik Afiq . ada jodoh , minggu depan ktorang hang out . kalau tak jadi jugak . postponed lagi lah jawabnya..

p/s: (ayat2 conversation yang aku guna bukan original . tapi aku tak ubah maksud asal ok)


woi... sedey woi...

www.tips-fb.com

Review | Green Apple Refreshing Hand Cream

tyra lee | 06:00 | 2Comments |
Views

today was a lucky day for Sasa . For the first time , aku jejak kaki kat sasa . haha . sebelum ni aku cam tak teringin nak masuk . bukan sebab apa . sebab aku tak suka promoter promoter yang suka bersidai depan kedai . aku nak masuk pun cam malas . 

Then tadi , aku tergerak hati nak cari lips tint . tapi , lain aku cari , lain yang aku beli . haha
(biasalah tu.. tyra kan~~ -,-')

so, aku beli
Green Apple Refreshing Hand Cream

ape menatang tu?
Cream untuk tangan korang . nak kasi lembut2 sikit . moisturizing gitu . 
ma cakap tangan aku cam orang jantan . -,-'
sob . sob . sampainya hati ma..


comel kan? bentuk apple .

cream dia lembut and wangi.. bau green apple . 
sangat puas hati . rasa macam nak makan je . aum!

tengok harga dia . RM12.90 satu kan? 
cuba teka aku beli dua dapat berapa....
kalau betul, aku bagi korang satu.. haha










|
|















cop...cop.. aku tipu je . malas aku bagi korang . kalau nak beli la :D
so jawapan dia..
 aku beli dua , harga dia RM14.90 je .
Murah tak? murah tak?
tambah RM2, dapat dua :)
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

Lawak | sapa pernah buat?

tyra lee | 09:12 | 8Comments |
Views
www.tips-fb.com

Reunion 5 saksama 2009'

tyra lee | 13:59 | 2Comments |
Views



Gila penat... Harini . ada reunion . kat TC . also known as  Teluk Cempedak . Rushdan la semangat gila ajak.  dia lah mastermind semua ni . Aku pulak dah alang2 nak lepak2 dengan best friend aku si Pia , Aini dengan Farah . so join lah...

sampai sana dalam pukul 3 even time yang betul pukul 2 . biasalah , janji melayu kan . haha .
sampai sana, borak2 , lepak , makan kfc , buat cabutan bertuah , hadiah rushdan sponsor :D amik-amik gambar semua, jalan2 , borak lagi . gelak2 . Then berpisah .

Aku , Farah , Pia , Aini ngan lyn 1 kereta . so kitorang tak berhajat nak balik lagi . so, kitorang melencong ke ECM . ape tu ECM? tak taw ke? East Cost Mall lah . jalan, shopping . tu yang penat tu . hehehe.
Aku malas nak story lelebih , aku nak upload gambar .

sebenarnya byk lagi gambarnya . tapi pada aini . yelah , dia pakai iPhone . aku pakai blackberry . mana sama taraf . so xboleh bluetooth . nak whatasapp pun , dia takde line . haha


ketenangan (Peace)


Sofia , Tyra , Fazlin . Aku tetiba terasa comel sebab aku kat tengah2 . haha


Pandangan TC dari jambatan


The JAMBATAN


The ROCK


The RANDOM


The PAKCIK


The MODEL (haha)

The EXCITED

The DAINTY 

The WINSOME me!


The MOTION . (style sekarang memang ambil gambar ala-ala gerak ) haha


The BLOODLESS

The DARK SIDE OF ME.

The TRIO


The CHIC 


The BEAUTEOUS 


The ARTIFICIAL CHINESE . hehe


The MOCK MEETING


The PRESENT FROM RUSHDAN :)
as you can see, pia's expression. LOL

The DOT .
i got the bird statue .

The LAST STAND

The VOYAGE 

ME + MY BFF

XOXO

again~

Going back .

Reunion 5 saksama 2009' SMK PAYA BESAR KUANTAN
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers