Followers

kampus life

tyra lee | 10:01 | 4Comments |
Views
Harini nak upload gambar je . malas nak cerita pepanjang sangat . haha . aku sangat selekeh . tapi , tape.. selekeh2 pun dah ade buah hati sayang.. hahaha



cop cop ni bukan buah hati aku . ni faiz . rakan sekelas . cewah . amik gambar pasal ktorang sama kuning . :D

time ni tengah tunggu kenji pegi amik kereta . 

agak-agak erin marah tak aku letak gambar ni ek? haha . 

sweet je nadia . :D 

syida . semangat nak amik gambar kat sofa . haha

kadang2 nampak muka ktorang macam tak jauh beza je . hahaha .

sonok kawan ngn korang . <3
www.tips-fb.com

Salam takziah

tyra lee | 06:20 | 1Comments |
Views

Takziah to my lovely friend . 
Nur Zarifah Sarah binti Mohd Za'ba
aka
Sarah Za'ba

his father caught by lung infection .
I'm sorry sarah . lambat dapat tahu about daddy . 
tiba-tiba rasa kehilangan jugak . 
even i met your father in a short period tapi...

rasa rapat jugak . 
hmm..
daddy's jokes . his smile . calm and warm . 

i still remember when he guess my name . 
" tyra kan? " 

then , his jokes about the frog . 
Dear God , 
tempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang beriman . 
amin..


564824_363975146972603_336389977_n.jpg (960×720)
sarah, sorry for the photo . i took frm yr fb.
www.tips-fb.com

ayat buat kemas .

tyra lee | 10:08 | 3Comments |
Views
harini khamis . gila tak sangka harini aku dapat tengok depan mata kepala , segamat banjir . ingat dalam paper jek . ni depan mata kut . after kelas pukul nam , hujan lebat .  nasib harini aku tak drive . aku tumpang kenji . pergi kelas pagi tadi pun ade satu lecturer ni tumpangkan . baik betul beliau . :D


then , malam , keluar ke bandar , teman merra hantar echa ke terminal . sekali dengan aini . :D then makan nasi lemak . :D sedap . pedas . liked ! 

drive kereta kak ina . sebab kereta mira dalam garage . so malas nak keluarkan . best jugak kereta kak ina . but kereta daddy lagi terbaik :D . on the way balik , singgah beli mandian . thanks aini sebab tolong amik gambar den . tiada unsur paksaan disini okay . :D

sukaaa.... ^.^






tak tahu nak pilih yang mana . sebab most of it cam best je . at last , amik yang warna merah . yeahhh... 

okay . tengok2 balik dalam pic , saya pendek . titik . -,-

tapi ada org ckp, pendek2 comel . yeke? haha
www.tips-fb.com

aku diam .

tyra lee | 03:35 | 3Comments |
Views
Alhamdulillah . sampai ke hari ni , life aku kat sini okay . aku sihat , aku kuat , aku ramai kawan . aku seronok . tapi ... aku rindu dia . seriously rindu dia . kalau dulu , kawan2 kelas , semua perempuan . so if anything , yang lelaki , just dia ... ajak keluar , dia... ajak dating, dia.... ajak shopping , dia... ajak tengok wayang, dia... dia yang datang amik . ni , aku yang terpaksa keluar sendiri .

kat tempat baru ni, ramai kawan2 perempuan . kawan2 lelaki pun ramai . bila tengok ada couple , aku rasa macam lonely . kalau lah dia ada kat sini... hem...

pagi tadi , aku rasa berdebar-debar sangat . sebab apa pun aku tak tahu . pasal tu kut aku asyik termenung . Erin ada tegur , aku nampak pelik sebab aku diam . eh, bising sangat ke aku hari-hari . hahaha . tadi kat bilik pun , ayu cakap aku diam . tak macam selalu . entah . aku rasa cam biasa . maybe mood aku tak berapa elok kot .


with famy a.k.a classrep . time habis class MKT420 . syida blanja cool blog . thanks syida . on that time , ada aku , syida , kenji , famy and adib . harini ktorang sama color . kuning + biru . so sweet . haha . 


these are my lovely housemate . Ayu , Aini and merra . malam semalam , pergi minum cool blog dengan mereka . hahak . gila cool blog . semangat keluar semata-mata nak minum cool blog . 


gambar cermin adalah wajib ye.. sekian . :)
www.tips-fb.com

Isnin lah sangat...

tyra lee | 07:51 | 1Comments |
Views

semalam kan ktorang bertungkus lumus siapkan FIN420 . then , famy dengan adib dah tempah awal2 suh jadi cikgu dyorang . aku pun noob , nak ajar dyorang pulak . haha . so , pagi tadi pergi kelas sangat lah awal since aku kelas pukul 12 tapi bertolak keluar rumah pukul 8.50 pagi . 

Harini aku naik bas...

saja.. ajar ika naik bas... :) sampai sampai ke uitm , aku jalan dengan erin . lupa langsung pasal ika . sedar dia dah hilang . haha . so , aku and erin straight ke cafe ibu . kat sana , aku jumpa dengan YDP , abang shahrul dengan NYDP . abang faiz . serious je muka dyorang berbincang . 

aku pandang abang faiz . tapi macam tak layan je aku , aku pun teruskan usaha aku ke meja makan . tengah sedap2 borak , tiba-tiba kena panggil . aku pun join the discussion . agak serious jugak lah . since event family day ktorang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu . this week , lecturer ade clash event dengan program selangkah ke uitm . 

tugas aku , ada dua . 

first , spread kan yang this week tak jadi family day . 
second , buat poster yang buat orang ternanti-nantikan  event tu . @,@

trrr......

aku dah spreadkan kat whatsapp semua , ada yang suka , ada yang kecewa . cewah . propa lah korang . haha . 

then , aku syida teman erin ke ptptn . aku plak pergi NR cafe . nak pergi jumpa anak murid , si famy and adib . dah la berbukit . nasib dekat dengan next class . sampai2 sana , ada adib , famy , kawan dia sorang . lama skit , faliq and the gang datang . so , aku tetiba feeling cam queen pulak . sorang je ratu tebuan kat situ . haha . 

by the way , dyorang sangat2 friendly . kira cam okay lah . aku selesa . tak serabut . jumpa one guy , kembar kening . haha . tapi aku lupa nak tanya nama dia . boleh pulak dia approach aku kat kawan2 semua "sama tak kening kitorang?" haha . most of friends tadi part 1 . 

_____________________________________________________________


balik rumah pukul 6 petang . lapar gila since aku tak makan seharian . aku rebus ubi . gila craving . teringat kat daddy .  daddy selalu makan . pastu aku masak ayam masak merah untuk merra . dia puasa harini . ^,^

lagi ape ye....oh , terlupa pulak . lepas solat zohor , aku berlari-lari nak ke bilik PA aku , puan niza . kebetulan , puan niza pun penasihat marketeers . aku call sebab nak mintak sign utk pengecualian credit (PC) . 

time aku sampai bilik dia , dia terus mintak paperwork. katanya dia belum dapat paperwork lagi . aku pun cakap la kat dia pasal event tangguh segala bagai tu . then aku terpaksa tinggal kan puan bersama dengan YDP sebab aku ada kelas . gila pack kelas aku harini . 
nak solat tu pun terkocoh2 . 

_______________________________________________________________

END OF THE DAY...
www.tips-fb.com

wayang pertama di segamat

tyra lee | 12:55 | 2Comments |
Views
Harini hari ahad . kerja sangat banyak . aku pulak bangun agak lewat . buat exercise FIN420 . dalam pukul 3 lebih , merra ajak pegi KFC . tapau lah kan . balik tu , syida n nadia bbm ajak keluar . tengok wayang . aku ajak buat fin sekali . kesian pulak aku kat ika . dyorang taknak aku bagitau ika yang ktorang nak keluar . dyorang tak suka perangai ika . 

entah lah dyorang . okay . sampai kat one segamat dah pukul berapa . ktorang beli tiket cerita OZ pukul 7.15 pm . sebelum wayang start ktorang pergi oldtown . makan , since erin pun tak makan lagi . sambil tu , ktorang siapkan exercise fin tu . 



syida ,, aku , erin

nadia , kenji

5 minutes before cerita start , ktorang gerak gi atas . and the story memang best! kelaka wey ! 


overall 4 bintang . hehe

cinema dia pun cantik jugak . takde lah buruk . selesa jugak . and syiling dia comel-comel . 
^.^

lepas habis tu , ktorang pergi kedai makan , order minum , but sambung buat kerja .
dah balik tu , aku cari2 purse aku .. takde ..
kelam kabut cari . 

call syida , call kenji . at last .. 
ada.. nasib baikk...
kalau tak, naya ..
www.tips-fb.com

Kemahiran Insaniah modul 1 (kenegaraan)

tyra lee | 12:24 | 1Comments |
Views
sabtu , 16 march 2013 . ktorang ada KI . pagi tu , ktorang ada ceramah kat masjid as-syakirin . bosan gila . cakap pasal media ape tah . pastu tunjuk video-video macam politik camtu . geram betul aku . ni la salah guna kuasa . Kemahiran insaniah mende camtu . 

dah tu , masuk group . aku dapat group 6 , syida dapat group 8 . erin tak datang . nadia 10 kot . kenji entah . time masuk group kelas , ktorang di inform yang lecturer ktorang tak datang . so ktorang kena pecah . aku dapat masuk group syida :D yeah.. ade ramai yang aku kenal . syida , faliq , dengan aliff . 

bahagi kecik2 lagi , aku satu group dengan faliq . overall , best lah.. bukan takat best lah , tapi best giler... group members yang sangat2 sporting . 


time bentang pasal negara , aku impressed kot kat faliq . hebat lah . and ni first time aku cakap depan2 dengan dia . biasa nak cakap pape , kat group whatsapp je . dia okay la . friendly . aku boleh get along dgn dia . 

yang paling tak boleh tahan , masa kena buat persembahan ikut budaya negeri . ktorang pilih johor . group ktorang buat zapin . kelakar kot . aku dah lama tak menari . macam siak je .

video

fasilitator pun sporting . normalawati bahrudin :D 

my group . korang terbaikk... :D


video

ni group syida . orang luar nyanyi lagu kelantan , memang pelik la cite dia . :D
www.tips-fb.com

Hari pertama yang penting .

tyra lee | 11:07 | 1Comments |
Views
Hari khamis , 14 march 2013 . semua budak2 marketing ada AGM . pukul doblas camtu . aku punya lah semangat pergi awal . time tu tade orang lagi kat dewan , aku dengan syida je . aku pun ape lagi.. bergambar lah cerita dia. haha . 


tak lama pastu , sorang demi sorang masuk dewan . ktorang macam blur jugak pasal tak kenal orang . kebetulan , Aini dengan Ayu (housemate/senior) jadi AJK mesyuarat tu . ktorang sempat la hai-hai bye-bye .  first tu , nampak aini lead . sebab dia MC . 

beberapa minit lepas tu , aku main-main handphone . tgk update . yelah , dyorang tengah nak lantik exco baru untuk tahun ni . suasana dah mula riuh dengan orang mencadangkan nama . ada la dalam 4 orang nama yang tercalon . syida pun tanya aku .

syida : kita nak sokong sapa ni?
aku : entah.. kita tengok dulu dyorang bagi ucapan camne . nampak cam berkaliber tu kita sokong la.. :D
syida :oke . oke .


Dalam syok-syok aku main handphone , ada lebih lima kali aku dengar orang belakang dewan sebut satu nama . fatira! ... fatira!... aku dengar camtu . eh , takkan aku kot... 

fatira part 2 ! jerit suara tu lagi . 

aku dah tak sedap hati . syida dah start siku-siku aku sambil cakap "kau la.. kau la.." aku pun blur-blur sambil pusing belakang , rupanya .. si housemate aku , Ayu yang suggestkan aku . hambek kau ! . 
aku dengar blur2 tak tahu nak buat apa. abang YDP duk ulang-ulang nama aku . aku pun keluar dari barisan , berdiri macam patung . 

then , aku kene kedepan pentas . cuak? tayah cakap beb . aku tengah layan twitter kot tadi . sampai depan ,  YDP suruh semua kenal kan diri . semua part 4 part 5. and aku sorang part 2 . aku super junior kot . baru seminggu masuk UiTM Segamat ni ha..

pastu dia suruh semua kenalkan diri kat pentas . aku pun tanya aini , apa yang nak kena bagitahu . 
Nama , Part berapa , then pengalaman . 

Pengalaman? aku mane ade pengalaman wei.. 


masa terus berlalu . senior-senior dah siap buat tugas dyorang . aku ? risau gila . aku tak risau pasal apa aku nak cakap kejap lagi . tapi aku risau dengan sahsiah rupa diri aku . dengan kemeja singkat , t-shirt kat dalam , casual gila kot . orang lain dengan baju masuk dalam , smart lah kan . 

sampai turn aku , aku bagi ucapan..

"Assalamualaikum , nama saya Nurul Fahtira binti Zulkifli . Part two . Sebelum ni saya dari kampus Jengka . Ni first time saya kat sini . terima kasih pada senior saya, ayu.. (sambil tunjuk kat ayu.. pastu semua tepuk-tepuk dengan gemuruh) . 
Saya belum ada pengalaman lagi sebelum ni . tapi insyaAllah kalau diberi peluang , saya akan buat yang terbaik . terima kasih.. (sambil orang tepuk-tepuk lagi )

Masa aku cakap "akan buat yang terbaik" , dua orang lecturer yang menilai , tengah tulis-tulis tu berhenti then angkat kepala pandang aku . terkejut jugak aku . wah.. impress lah tu . kah3 . 

tiba-tiba , macam tak cukup AJK , so .. dyorang mintak tambah lagi AJK . so ada la lagi dua orang AJK part two join . ellina dengan Priss . yeahh . Ellina tu satu kelas dengan aku yang MKT420 . kelas marketing . aku memang suka pun dia . cara dia present . 

dah siap kenal kan diri semua , kitorang tunggu kat luar . kat luar , semua macam ape je . bising-bising sebab kena pilih . aku diam je sebab shock lagi . cakap kejap2 dengan ellina dengan priss . lama lepas tu , ktorang masuk balik . dyorang kira-kira undi . and aku terkejut sangat sebab nama aku dapat undian tertinggi untuk perempuan . 


maknanya aku jadi setiausaha satu . ellina jadi setiausaha dua . terkejut beruk aku . tak sangka jugak ramai orang undi aku . Alhamdulillah ya Allah . 

orang ketiga penting dalam organisasi besar memang sangat mencabar . Masa perbincangan , entah macamana aku boleh terlepas cakap , bagi aku multimedia and tukar dgn ellina jadi setiausaha satu . mmg lah aku dah berpengalaman dalam bidang multimedia . tapi aku sepatutnya sahut cabaran untuk jadi s/u . tapi aku silap cakap . 

apa kan daya . terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya . :) 

malam tu , kami ada meeting . pasal family day hujung minggu depan . ktorang meeting pukul 9 malam . aku pinjam kereta merra since dia ade sticker . boleh parking dalam . aku takde sticker . so tak boleh parking dalam . 

aku kan rabun malam . terlepas simpang pulak malam tu. dammit~
balik pukul 11 lebih .. penat nak mati . 

esoknya pergi kelas , budak-budak kelas sebut S/U , S/U ...

segan giler..

yang paling tak boleh lupa , time aku nak keluar ke pentas tu , famy cakap " aku sokong kau" . pastu adib whatsapp "huyooo..huyooo.." . ayu cakap "jawatan ni bagus untuk markah KI"

apa-apa pun , terima kasih semua ,aku appreciated sangat . siapalah aku tanpa korang . I love u all .
www.tips-fb.com

keras hari .

tyra lee | 08:47 | 0Comments |
Views
KERAS HARI = HARD DAY .... IN MY LIFE .

satu dua hari lepas , aku rasa hari paling azab aku kat sini . why? sebab aku nak buat keputusan sama ada nak stay rumah tmn pelangi or tmn bunga raya . aku dilema . aku text senior kat rmh tmn bunga raya , aku cakap aku tak jadi pindah . then dia marah .

aku text daya . daya cakap , member dyorang yang dah bayar deposit rumah tu nak katil dia . and aku sangat2 serba salah sebab aku asalnya tumpang . tak kan bila aku nak stay , aku nak ambil hak dia. katil dia , bilik dia . kat sana just ada dua bilik . 1 bilik 2 orang . kalau termasuk aku dalam rumah tu 5 orang . aku rasa macam kacau dyorang je . memang la dyorang cakap dyorang ok . tak kisah . tapi sampai bila tak kisah tu . one day bila tengok rumah jadi sempit , barang orang lain semak dalam bilik kita . ada lah jugak terkesan .

semalam , aku dah confirm nak pindah taman bunga raya . Aku resah . sumpah aku rasa tak sedap hati . semua macam tak kena . then petang tu , tiba-tiba pakcik rumah sewa tu datang , cakap ada budak baru nak masuk . then dia tanya aku sama ada nak duduk bunga raya or taman pelangi . aku fikir2 lagi . bila aku terfikir2 pasal kene marah . aku tak jadi pergi taman bunga raya . aku stay kat taman pelangi dengan alasan , pakcik tu nak masukkan katil .

maghrib tu , kakak kawan serumah kakak senior tu datang rumah . kiranya bakal housemate aku lah . then bincang2 sekali dengan pakcik rumah sewa tu . sebab tetiba budak baru nak masuk tak jadi . dia dah ambil rumah sewa lain . argghhh.... masing2 menggunakan perkataan "takpe.." "tak kisah" then masing2 suruh aku fikir . aku pilih sendiri . aku tak tahu nak pilih ape . semua muka hadap aku . semua cakap tak kisah aku nak pilih mana . tapi riaksi muka nak aku duk ngan dorg .


Dilemma........


And akhirnya aku pilih taman bunga raya . Aku tak tahu samada aku buat keputusan ni betul or tak . tapi aku sedih sangat . sakit gila dada . malam tu , ma call tanya pasal rumah sewa . sebab malam sebelum tu aku dah seharian tak tido sebab fikir pasal rumah sewa . aku pun ape lagi... menangis sampai tersedu-sedu . buat malu je nangis depan daya . lama kut tak nangis sampai tersedu2 . gembira pulak rasanya . *tetiba*

em , malam tu . pakcik dan isteri dia dengan baik hati nak tolong hantarkan barang2 kat rumah sewa . malam tu pakcik belanja nasi goreng kampung . and aku belanja dyorang voucher percutian ke Gambang waterpark seramai nam orang . alang-alang . voucher last . aku bagi jelah . walaupun aku tahu gambang dan johor jauh . -,- stupidnya aku . dah la bukan musim cuti sekolah .

em , malam aku pindah . nothing happen . rumah besar . ada bilik sendiri , katil double decker . meja , washing machine , tv , peti ais . kira cam lengkap lah . kat tmn pelangi lengkap jugak . except bilik utk aku . em , semorang baik . cantik . hehehe . alim2 sikit . tapi aku suka . tapi 1 masalah . aku punya almari kain tu , hilang satu tiang . then macam orang cacat . tiap kali aku tengok almari senget aku tu , aku pesan pada diri aku . macam tu lah manusia kalau tak sembahyang.. mesti senget . sembahyang itu tiang agama .

hari ni , first class kat uitm ni . kls aku pukul doblas . tapi aku dah janji nak pergi awal degan kawan sebab nak jumpa KP . alih2 , aku pergi snooze kan dia . terlambat bangun . then tertinggal bas . aku tunggu bas dari pukul 9 lebih... pukul doblas something pun still tak sampai bas . aku sumpah sedih . duduk kat bustop macam orang bodoh . selama 3 jam . konon kawan aku nak pergi

kelas nak tumpangkan . tiba-tiba dia tak lalu depan rumah aku tu . dia lalu jalan lain . and aku sedih sangat . at last.. ada sebuah bas tambang lalu , dia tulis MUAR . aku tahan . aku tak pernah tahu muar tu kemana . lalu tak depan uitm . then aku tanya driver tu . pakcik tu cakap , dia lalu je . tak masuk pun pintu gerbang uitm . kalau nak dikira , dari tempat bas lalu dengan tempat pintu gerbang uitm , ade dekat 1km . tapi sebab aku dah lambat nak kelas . aku iya kan aje . yang penting sampai uitm .

sampai depan uitm , alih2 pakcik bas tu masuk ke uitm . means aku tak payah jalan 1km utk ke gerbang uitm tu . and aku kena bayar rm2 je . Aku punya lah bersyukur . semoga Allah murahkan rezeki pakcik . panjangkan umurnya ... amin..

sampai2 uitm , aku sesat tak tahu jalan . kawan2 semua dah masuk dewan . boleh bayang tak betapa sedihnya aku , aku keluar rumah dari pukul 9 untuk ke uitm . alih2 aku yang paling lambat sampai ke uitm . padahal kelas start pukul 12 . Aku down sangat . aku rasa tension . ptg tu aku lepak dgn bdak kls. erin, syida, dgn nadia..

ok lah... happy kejap . balik ptg tadi , saffar tlg hntar bf si nadia..


Alhamdulillah.......................... semoga Allah panjangkan umur mereka yang tolong aku... murahkan rezeki mereka.. permudakan perjalanan hidup mereka..
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers