Followers

Header baru sempena dah jadi budak degree LOL

tyra lee | 10:11 | 2Comments |
Views
kalau korang update dengan aku , tu pun kalau lah , korang mesti perasan yang header aku kaler dia lebih2 kurang je . paling tak pun pusing2 , color sama je . tapi korang jangan tak paham . sebenarnya jadik camtu pasal aku tak pernah tukar background aku . 

memang agak lama jugak la. makan tahun . 10x tukar header , background still tak tukar . domain dah nak habis bayar dah , background still nama hijaulembut lagi . haha . kali ni aku buat header versi degree . versi degree aku lah . 


yang atas ni yang aku dah tak pakai dah . bosan dah . haha .
 sebelum tu , aku nak story sikit pasal gambar header baru kat bawah ni . sorry la pada art and design punya kaki . sebab tak kemas sikit , aku buat ni tergesa2, anak sdara datang nak tekan-tekan lappy . haha . gambar ni sebenarnya diambil masa karnival mesra segamat. ktorang sumua organizer, bawah UiTM segamat . 


kalau korang jumpa baju camni pastu ade logo M cam MIG david teh o tu, sah la tu budak marketing, UiTM Johor.  satu fakulti pakai baju ktorang taw . hehe baju ni custom made by department aku. si Aliff. Tu budak yang paling tinggi dalam gambar tu .



Gambar di  atas juga sebenarnya gambar time ktorang masuk pertandingan makan . tak sangka menang tempat kedua kalau tak salah , muka aku sedikit masam tiime tu sebab tengah fikir cemane aku nak habiskan ice cream cair tu secepat mungkin . Tapi group ktorang mmg super laju wa cakap lu . rindu pulak dah . hehe (padahal kat karnival tu baru kenal-certain lah)

okay , kalau aku rajin aku tukar lain . tak smooth je aku tengok grrr.... ape pendapat korang dengan header baru aku ni?

KLIK LINK NI KALAU NAK TENGOK HEADER YANG AKU PERNAH PAKAI SEBELUM NI.
www.tips-fb.com

cerita kenapa aku tak update blog

tyra lee | 14:45 | 2Comments |
Views
Assalamualaikum orang kampung . haih lama bebenor tak update . disebabkan kemaluan aku terhadap osmet (housemate) aku . yelah, mane tak malu , dia dah la stalk blog aku . dah tu siap tanya aku pulak pasal entry aku tuh . kalau stalk diam-diam , takde lah aku segan nak meninggal ni . haha


seminggu yang lepas, aku nak update dah blog . tapi tetiba pulak nenek kucing aku nak bersalin , terpaksa lah aku tangguh . yelah, nyawa kucing lagi penting dari update blog kan . nasib jugak aku ni penyabar orangnya . kalau tak , mahu mahu saja aku tinggal kan nenek kucing tu bersendirian . amboi bermadah berhelah pulak ^.^


empat hari lepas, aku dah tekan suis wifi dah . baru jek nak login blogger , tetiba anak jiran ajak aku main batu seremban . aku cakap dah , batu seremban takde . batu kuantan mungkin ada . tapi dia degil ya ampun . so aku terpakse lah main batu kuantan ala2 batu seremban . aku harap dia tertipu lah dengan batu kuantan tu . 


tiga hari lepas,  aku dah rilex-rilex dah nak buat entry pasal lauk berbuka . tetiba pulak aku terlekat kat depan drama korea , puas jugak aku tarik-tarik tangan sendiri agar tak terpengaruh dengan kehenseman mamat-mamat korea tu. tapi ternyata usaha ku gagal . so tak berupdate lah entry lauk berbuka ku . 


dua hari lepas , aku online tengah malam .  konon konon nak curi-curi online lah . bukan main lagi aku online dalam gelap . pup! tetiba xboleh search . rupanya daddy tutup wifi -,-' aku pun mengambil keputusan untuk duduk bersila sambil cari jalan untuk bukak balik wifi yang ada dalam bilik daddy sampai tertido haa...


semalam , aku cuba nak online blog . aku bukak je lappy , aku taip fb , twitter and last skali blog . time bukak fb aku amik masa 5 minit. bukak twitter ambil 3 jam . nak bukak blog , aku dah malas . so aku pun tak update blog . 


tadi aku bukak lappy , aku pun taip-taip .  sedar-sedar dah sampai sini . okay , sebab tu aku berjaya publish entry ni.. kah3... terima kasih kerana gigih membaca :D
tepuk tangan "applause"
www.tips-fb.com

Ke Tangkak dengan Ma, Daddy dan Kaksue. (06 July 2013)

tyra lee | 22:04 | 0Comments |
Views

Pada 6 July 2013, 

Ma daddy and kaksue dapat ambil aku kat rumah sewa aku di Taman Bunga Raya, Segamat.
nak pergi Tangkak pun sebab nak survey sebelum beli kaksue punya barang hiasan hantaran dengan buat bunga hantaran. kaksue seperti selalu, taknak masuk gambar. aku pun tak tahu kenapa. Aishh!







www.tips-fb.com

Sebenarnya saya bukan ex tunang dia

tyra lee | 12:47 | 2Comments |
Views

Cerpen lah sangat

Penatnya perjalanan dari Segamat ke Melaka. aku dengan empat lagi kawan aku singgah makan kat satu kedai makan masakan melayu. Masuk-masuk kedai makan semua pekerja kat situ muka terkejut. Eh, ktorang pakai pelik sangat ke harini? nak ckp dah tutup, elok je pakcik tu ajak pelawa masuk tadi. 

Then ktorang duduk sambil tunggu nak order. time tu aku rasa tak selesa betul . kdai da la lengang. sebab hampir-hampir nak tutup kedai. sambil-sambil tu, aku jenguk lah lauk pauk kat tray tu. then orang kedai tu pandang-pandang. ish,  mesti dia ingat aku nak panggil order . 

Aku pun bangun nak pegi mintak nasik. time nak pegi amik nasi, disapa seorang kakak. "Aah.. sama la.. sebijik.." persoalannya apekah yang sebijik? sebijik buahkah?
Kawasan ambik nasi menjadi gamat, aku disapa semua pekerja restoran. tetiba entah dari mana keluar seorang lelaki agak bergaya, berkemeja biru menyapa. "muka awak sebiji ex tunang saya" aku dengan terkejut cuba senduk lauk kepinggan, lauk yg tak pernah2 aku makan, aku ambil . 


pekerja silih berganti bertanyakan soalan. aku cuba menjawab dengan ramah.  Aku cari lelaki berkemeja berkaca mata itu, tapi dia dah kedalam semula. pkerja bertanya samada nama aku syikin ke. Aku cakap bukan . kakak tu ckp, adik akak baru putus tunang. muka awk sebiji muka tunang dia. akak tu pun menambah, 'pelanduk dua serupa agaknya"

Aku pun dengan semangat ingin tahu, trus tanya samada ade gambar ex tunang dia tu tak. Nak tengok gak pelanduk dua serupa. akak tu pn pnggil semua lelaki berkemeja biru tersebut. keluar2 dia cakap 'muka awk mmg sebiji dia . aku tnya pasal gambar. dia ckp dia dah deleted semua .


aku faham la. mybe dia baru ptus tunang so xnak la ade gbr ex dia tu. sepanjang makan, tak selesa gila. rasa macam semorang tgh pandang aku. terutamanya si 'tunang'. time terpandang, aku senyum jelah . takkan nak marah pulak. kebanyakan aku pandang pinggan jela bersama nasi yang hidup segan mati tak mahu tu.

time aku gerak nak cuci tangan, lelaki berkemeja biru dtg menghampiri. sambil menghulurkan nota.
aku terkejut, smbil dia berkata ' tu nama dia.. awk check sndiri kat fb dia..' riaksinya agak serius. aku terkejut tapi sambut notanya. aku tak terus buka.. aku selitkan dia dalam bag. sambil mata mencari kelibat lelaki itu. tapi ternyata dia pergi..

terngiang2 satu ayat 'muka awak macam muka ex tunang saya.. terkejut saya awk masuk tadi' yg pasti sorang daripada 7 orang pelanduk dua serupa aku dah dapat dikesan disekitar melaka. mesti mlm tu aku jadi issue kat rumah dorang kn.. kah3.. kbai..

Cerpen hasil nurkilan Tyra Lee (woi ni kisah benar woii)
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers