Followers

pengalaman dan pengajaran~ (sehari sebelum wedding day)

tyra lee | 07:20 | 0Comments |
Views

petang 13 december, aku still kat segamat sedangkan esoknya kakak aku kahwin and aku adalah pengapit sebab ada test penting. OPM533 . fuhh, killer subject. after test, aku mintak tolong haiqal hntarkan kat terminal. time tu pukul 4.30pm, 1 jam awal before bas aku bertolak (5.30pm). Time tu ada Haiqal, faiz, shamil and TMJ. 


utk membunuh masa, haiqal pi hntr potong sluar dulu, then park kat OS. yang klaka tu, paiz baru first time datang OS. sumpah lawak. after park, dorg beria2 ajak aku makan, diorang cakap, klau tanak makan, minum pun takpe. lagi lawak bila tmj cakap "kau tanya hati kau, kau nak ikut ktorang makan ke nak pergi sana" time tu aku tengok jam, lagi 20 minit before pukul 5.30pm. 

Aku ni lurus bendul jugak ek sebab aku tak pernah or jarang naik bas express bagai2 ni.. first time aku naik bas express time diploma, tu pun dengan kawan. ni pulak sensorang. mana nak berani. kalau driving sendiri berani gila.. kat tiket tulis kena tunggu awal 10 minit. 

so, aku pun cam teragak-agak nak follow diorang or nak pergi je terminal. bila aku berkira2, lagi 20 minit, tolak nak kena sampai 10 minit awal kt terminal, nak tunggu order lagi, nak siapkan lagi pasal ktorang ramai kan. so aku ambil keputusan utk tunggu je kat terminal. so tak follow diorang. tunggu punya tunggu, bas tak datang. 
http://ts4.mm.bing.net/th?id=H.4882708992100411&pid=15.1
Dari pukul 5.10pm, ke pukul 6.00pm, bas pun tak nampak. Erin yang bas pukul 6pm pun dah datang. aku ingat aku kena tinggal bas. pergi kaunter tanya, dia cakap bas lambat. dalam pukul 6.30 sampai. aku cam hangin jugak lah. lambat. Dah la lapar. erin pun dah bertolak ke melaka. aku yang datang awal bas pun tak nampak lagi. tunggu punya tunggu, pukul 7 pun still tak ada bas. pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 baru sampai. bayangkan, tunggu bas dari pukul 5 sampai nak dekat pukul 8.

ramai gila berbulu time tu. sorang perempuan tu, byk kali jugak naik turun kaunter. sumpah menyesal tak ikut haiqal and the gang. dah la lapar dari pagi tak makan. kalau aku mati kelaparan time tu, salahkan bas CEPAT EXPRESS yang super lembab!! 

dulu pernah naik bas dari kuantan ke segamat. ambil masa 5 jam wey. aku drive boleh sampai 2 jam je. nak patah pinggang aku kat dalam bas tu. dah la lama gila berhenti kat muadzam. Aku and Erin memang dah boikot dah bas ni. after ni, aku sanggup tak balik dari dapat service yang super bangang.
Now dah tahu pasal ape budak kelas aku ramai present pasal service bas. ni lah salah satu sebab dia. good job marketeers! 

Aku sampai2 kuantan, dalam pukul 11. nasib jugak aku tak sempat habis mainkan mp3 aku. kira driver ni bawak laju lah jugak. sampai2 kat terminal kuantan, angah tak dapat ambil pasal dia ada kat rumah tok kadi. kakak aku tgh nak nikah. 

Time tu, aku lepak dengan sorg makcik ni.. sumpah kesian. aku tak kenal pun. tapi dia baik. aku panggil dia makcik, tapi dia biasakan diri dia nenek. tak nampak tua sangat pun. pipi still cantik, pakaian pun kemas, kecik je orangnya. pakai spek. bawak banyak barang. aku tanya lah makcik nak pergi mana. dia cakap dia nak pergi rumah anak dia kat alor akar pasal anak dia suruh tolong jagakan cucu dia. tapi time dia sampai tu anak dia dah takde kat rumah. anak dia pergi temerloh.
Gambar hiasan
Macam kesiannya.. dia duduk situ dari pukul 6.00 petang! dari aku kat segamat tadi tu haa... so tak ada orang nak pick up dia. umur dia 70 tahun tapi ingatan dia superb! dia boleh cakap anak berapa org, cucu berapa org, longrat melaka still ada. dia cakap ada keturunan hang tuah. tak jauh atas dia. tapi cara dia cakap macam baba n nyonya cakap sikit. dia cakap, bas dari melaka takde nak ke pahang, so dia dari melaka pergi KL then dari KL dia naik bas ke kuantan.

gigihnya lah makcik ni. time tu aku perasan makcik ni macam sakit, aku tanya dia ok tak, dia cakap siang tadi dia jatuh time kat monorail. ada cina langgar dia dengan bag besar, langgar kaki dia. dia jatuh then guard yang tolong angkat dia. kesiannya T.T . tapi dia cakap boleh jalan lagi..

Banyak barang yang dia bawa tu buah2, bawa untuk anak cucu. tapi banyak jugak dia dah kasi orang dalam bas, pasal banyak kan. Ya Allah kesiannya.. nak nangis pun ada.. sampai sekarang aku still fikir, mana makcik tu sekarang, pergi mana, siapa pick up dia. dia siap bagi aku rambutan lagi.. besar gila buahnya. tak macam size rambutan biasa. and rasa dia super manis... sedap wey... 
gambar hiasan

time tu, abang aku, a'ji yang datang ambil aku. bila a'ji sampai, aku salam makcik tu and ckp terima kasih utk buah rambutan. berat jugak nak tinggalkan dia. Dalam kereta aku cite la kat a'ji pasal makcik tu, aku macam nak tolong htrkn dia ke kan, tapi sama jugak, rumah anak dia takde org. nak bawak balik rumah, rumah aku baru lepas banjir. 

a'ji comment la, ape la anak dia tu. kuantan-temerloh bukan lama pun, sejam lebih je. paling lama 2jam. takkan la tak boleh balik ambil mak dia. dari pukul 6 smpai pukul 11 wey, aku yang dari pkul 5 sampai 7 lebih pun nak mengamuk, nak nangis bagai, ni kan pulak makcik tu.. aku teringat makcik tu cakap "kalau tak pun, esok pagi pukul 8 pagi, makcik naik bas semula balik melaka" . takkan dia nak tidur terminal, takkan dia dah susah2 dtg sini pastu balik camtu je. Aku cerita kat ma and dady. ma cakap kenapa tak ajak je.. time orang susah, kita kene tolong..
What do you expect bila seorang mak bangun awal pagi, sanggup ambil 2x bas semata-mata nak datang rumah anak dia wey..

dengan bekalan buah2 untuk anak cucu, sumpah wey, time taip ni aku sebak gila. Aku confirm la, time dia nak bungkus kan buah2 tu, dia mesti fikir yang anak cucu dia gembira tengok dia bawak buah2, boleh makan sama2 ke pastu sekarang dia terpaksa bahagikan kat orang2..

Nak aje aku pergi balik kat tempat tu.. cari makcik tu, tapi apekan daya aku.~~. www.tips-fb.com

Shooting Outdoor yang melebih lebih (14 December 2013)

tyra lee | 22:23 | 0Comments |
Views

hai chuolls.

kenapa shooting outdoor yang melebih-lebih? sebabnya... ni sebenarnya shooting outdoor untuk wedding kakak aku haritu tapinya aku and encik Afiq yang melebih-lebih. hahaha.

bukan apa . dia kan dah ada official photographer. so biarlah dia dengan photographernya.. aku and Encik Afiq pula buat photoshoot sendiri.



























www.tips-fb.com

Selamat Pengantin Baru Suriyati Zulkifli (14 December 2013)

tyra lee | 20:45 | 0Comments |
Views
Macam tak percaya je cerita ni. kakak aku dah kahwin wey.. gengster kampung pisang dah kahwin. kah3..



Aku just nak share pictures pastu sikit2 cerita yang boleh la buat kenangan kan.. 




Majlis sanding bagai-bagai ni pada 14 december 2013. hari yang sama birthday my best friend, farah najihah mohd faisal and my good friend nur Azreen daud. haha. but until now aku tak wish birthday kat nana. On that day, aku busy gila. sumpah ingat, even 2 hari after pun still ingat. tapi dah terlambat utk wish. sorry nana..



Ni sepupu aku kak dila dari KL. 



Pengapit of the day. Penat gila hari ini. Family aku dah la jenis tak suka bergambar . kesian kakak aku duk panggil semua adik beradik untuk bergambar bersama. 


Dengan rasa penuh tanggungjawab, aku dengan encik Afiq terus kumpul adik beradik bergambar bersama ma and daddy. just angah je tak nak join. sebab dia sibuk kat dapur, baju pun dah bertukar. tak senada dah. Time nak panggil diorang tu, aku siap buat ayat sentap lagi bila dorang taknak bergerak ke pelamin. aku cakap:

"nilah gambar kita satu keluarga. kang mulalah sedih kalau tengok gambar tak ada. langsung tak ada kenangan bersama"


aku harap time aku kahwin nanti semua pun boleh berkumpul satu family dalam satu gambar. 


Gambar family. tak clear. tapi tunggulah gambar dari photographer ek nanti. haha


Gambar dengan Wan (Nenek) ktorang


Gambar dengan ayah saudara (Ayah mbong)


Dari kiri: Ma, Mokni, Tyra, Kakak


gambar tak clear sebab aku time ni pergi snap pakai candycam punya apps. menyesal :(

 

gambar makan beradap. Encik Afiq ambilkan. hikhik

 


gambar last paling rare pasal sebenarnya time ni musim banjir. baru lepas banjir sebenarnya. so sebelum aku and encik afiq teman pasangan sejoli ni photoshoot outdoor, ktorang teman diorang ke bengkel kereta. untuk cuci kesan lumpur kereta kot. entah aku tak tahu. just tinggal kereta situ then ktorang terus shoot ke shooting outdoor. 


 shooting outdoor, next entry :))











www.tips-fb.com

Malang yang berbau~

tyra lee | 19:29 | 0Comments |
Views
Minggu ni aku dapat banyak sangat masalah. Ujian yang Allah bagi . Tapi alhamdulillah insyaAllah ada hikmah disebaliknya. 

Memula aku punya phone blackberry rosak. asyik hang, then restart, kadang2 tanak hidup terus. then aku format. nasib keluarkan memory card. just contact and certain file yang hilang. sakit sikit lah nak call org.


Hari sabtu. Lappy aku tak boleh on. ape lah masalah dia aku pun tak tahu. asyik restart2, file corrupt lah ape lah. aku dah sedih giler, assignment berlambak, nak kene buat design kad jemputan lagi kan. Then aku tanya Alip, sebab dia kan pandai bab2 komputer. Then dia suruh kasi dia buat.



Esoknya berjam2 jugak lah nak siapkan lappy aku, macam2 cara dia guna at last kena format. All my assignment gone! report, slide, hmm.. kene buat baru, pakai rangka2 yang still ada kt email. haih~ nasib design utk kad jemputan, dia tolong buatkn.


then, dua2 rumah aku kat kuantan kene banjir and my parents kena duduk kat pusat pemindahan. sedihnya. yang paling sedih, aku tak ada duit and parents aku tak boleh transfer duit pasal bandar kuantan 50% tenggelam. barang2 tayah cakap lah~



kena tipu kat bank islam. Aku teman jue pergi claim cheque dia. sambil tu aku pergi ATM nak check tkut2 parents ada transfer duit kan. dah pergi kt jue, then si pekerja kat situ tanya aku dah buat kad baru ke, aku ckp dah. then yang buat banking kat phone tu. aku ckp belum. jue ckp free, aku pun buat la. jue pun buat balik pasal nak renew dia punya.



tiba2 kena bayar RM10 . damn! kalau aku tahu aku tak buat lagi. dah la takde duit ni. aish, sakit pulak hati ni. apsal org bank tu tak warn padahal dengar je conversation ktorg.



kemuncak dugaan aku bila kereta aku rosak! tengah aku tunggu kat dalam bank Islam tu tadi, aku tinggalkan erin and syida dalam kereta. tiba2 dalam pukul 4.25pm (7minit kmudian) erin call, cakap kereta aku meletop. Aku pun ape lagi, berlari keluar bank, pergi kat kereta. jauh sikit aku park kereta dari bank pasal tak ade parking. 

Sampai kat kereta, kereta aku berasap. air dari bonet kereta keluar2. Aku ingat daddy pesan, kalau nak bukak depan tu, tunggu dia sejuk dulu kalau tak dia meletop tak pun air panas naik kat muka. Aku pun ajak syida and erin pergi bank dulu sementara aku and jue settle ktorang punya sim card. Sambil2 tu erin dgn syida dah bebel2 pasal orang datang kat kereta nak tengok ape yang meletop, dia tak boleh keluar kereta lah, ape lah kan. 

Aku pun rilex jela. pastu dyorang bebel kat aku lagi pasal aku cam tak risau. kalau orang lain dah gelabah. haih~ nak gelabah apsal, aku pun tak tahu problem dia. haha. 
Nak call daddy tak boleh, sebab aku tak ada credit. credit still ada rm3 tapi maxis gila sebab ada tarikh luput after seminggu. -,- sebelum ni takde pun. dah topup tu, Aku call daddy. tapi tak dapat. takde batery kut. byk kali call tak dapat. Aku check kereta, hos aircond tercabut. aku check hos dia tak pecah tapi ats engine penuh air color karat. aku pun call abu. dia dalam kelas (kelas yang aku skip ) then dia cakap dia tak boleh datang tp adib ada kat rumah so dia suruh aku mintak tlg adib. 

Aku pun call adib and cerita sikit2 pasal keadaan kereta tu. then aku tunggu dia datang. sambil2 tu, aku call angah aku, tapi handphne dia rosak. jatuh dalam air banjir. Aku call mak aku, tapi tak dapat. maybe takde batery kot. kan kat pusat pemindahan banjir. 

Then aku call kaksue, finally dapat! tak sia2 hafal nbr phone family. kan handphone kene format haritu. Call kaksue, then dapat cakap dengan Angah. Daddy takde. cte camtu camni, Angah ckp, pasang balik hos dia then isi air. Aku pun ape lagi, kerah la budak2 ni pi beli air. tapi diorang cerdik sikit dari aku. cari air paip. hahaha. 

tidak lama kemudian, hero pun sampai, si Adib. dia tengok2, baiki hos tu, sumpah ketat sampai kene pakai player. nasib kereta aku lengkap. masuk air bagai, explain-explain pasal kereta pastu tetiba abang proton datang. dia cite2 pasal kereta. pasal cuci yang depan tu pasal air karat kan, then nak suggest kat aku tpt kawan dia, rm70 camtu. aku tolak la baik2. yelah, tengah kering kot. 

Dah settle semua, aku punya temperature kereta pun okay, Adib cakap aku punya tayar takde angin. plus aku bawak 3 makhluk Allah bersama dengan barang2 penuh kat bonet. diorang ni mangsa banjir. haha konon2 nak pindah kolej kat UiTM tapi tak dapat. haha

Aku tak tahu nak pam tayar then mintak adib pam kan. Adib bawak pergi Petronas. jauh~~ pastu sampai2 sana tak boleh pam pasal ade banyak kereta park kat depan pam tu. tak sampai wire ke kereta aku. then, ktorang u-turn balik, pergi ke Petron depan CIMB. 

Sampai sana, tiba2 angin makin berkurang. bukan makin bertambah. makin lama makin berkurang. Adib dah guna macam2 cara tukar tu, tukar ni, tapi still tak masuk. sampai tayar aku leper betul. Time tu nampak la berpeluh si adib ha, kesian pulak aku dah susahkan dia. then dia pulak yang mintak maaf kat aku. dia cakap tadi boleh jalan skrg langsung tak boleh. 

Dia pegi tanya abang yang kerja situ, dua orang try, dua2 tak berjaya. rupanya pam angin dia rosak. punya lah tak guna. dyorang suggest pergi kat shell depan tu, tapi hancur lah tayar aku nak golek dengan keberatan kereta tahap gaban. 

Then Adib suggest, cabut tayar then bawak tayar pergi pam kat shell depan sana. Tapi dia takde jet kereta, abu pinjam pasal tayar kereta abu pecah beberapa hari lepas. kebetulan time tu, irfan nak datang sebab nak ambil barang dari jue, so adib pinjam jet irfan padahal aku pun ade. lagi besar. haha.

dyorang pun bertungkus lumus nak buka nat tayar tapi tak berjaya. pakai spanar T pun tak boleh. then aku teringat daddy pernah bagi aku something utk buka tayar. tapi masalah dia, aku letak kat dalam bag. bukan dalam kereta. and time tu, aku tak pakai bag tu. alahai~ kene gelak dgn Adib.

dyorang pun dah berpeluh2 dah nak bukakkan tayar kereta. at last, adib hantar aku balik rumah, ambil yang daddy kasi tu, baru lah boleh buka tayar. Adib suggest, dia pergi pam tayar tu sat then tinggal jela kereta xde tayar kejap. tapi irfan cakap, pasang je tayar spare, bawak kereta pergi sana. dah siap pasang tayar spare, rupa2nya tayar spare aku pun takde angin. choi!

aish kereta baru beli second hand, takde ape yang aku tahu. rindu kereta season aku. ish.

then adib teruskan niat dia hantar tayar aku pergi pam. seriusly jauh nak u-turn bagai2 tu, serba salah gila kat dia. irfan time tu nak tanggalkan balik tayar kereta aku. tiba2 satu kereta lagi sampai, dekat 5 orang keluar. Abu, haiqal, shamil, zakwan, dengan Halim. sumpah terharu wey, rasa macam ape je. then abu tolong settle kan pasal irfan ade test malam tu. lagipun time tu dah dekat pukul 7 dah. test pukul 8. gila lah. dia cakap dia tak baca pun. aku doakan dia boleh jawab, lulus. tu je..
dak2 reramai datang boleh buat klaka2. erin, syida and jue kepenatan. yelah, dari pagi dengan aku, tetiba tersadai macam tu pulak. dah siap semua tu, aku ktorang pun balik... fuh, penat betul sampai tertidur terus.
with erin. 

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers