Followers

Lewat datang bulan 18 hari

tyra lee | 06:01 | 0Comments |
Views

eh, ini pon nak cerita?

Takkk

Sebenarnya kalau korang nak tahu lambat datang period or datang bulan ni memang jadi isu besar untuk orang yang baru kahwin atau masih belum mempunyai rezeki anak. Aku pula baru je kahwin (baru la sangat) and tidak merancang. So, kalau ada rezeki baby tu, alhamdulillah. Hehehehe

So, aku pakai apps OvuView untuk pantau aku punya datang bulan, dari sebelum kahwin lagi aku dah pakai. memang elok apps ni.

Dari app ni, aku dapat tahu exactly tarikh aku datang bulan sebab dia memang akan mark bila expected date kita datang bulan. Biasanya aku memang ngam-ngam tarikh datang bulan sama dengan app tu. Pernah beberapa kali je lewat sehari dua. Hehehehe nak check waktu subur pon boleh, kalau yang betul-betul nak baby.

Just sejak akhir2 ni aku pelik sikit, sebab kalau ikut cycle, aku dah lebih 18 hari tak period. Aku dah beli pregnancy test masa dua minggu (14 hari) lewat period tapi negatif. Aku pelik.

Tunggu lagi...

Sebab aku google dia ckp, tak smua org boleh dapat detect HGC awal. Aku takut aku ada masalah hormon je sekarang tapi perasan mengandung. Hahaha

Iyelah.. time kita anak dara bukan main tak kisah kalau tak datang bulan sebulan. Sekarang tak sangka pulak jadi issue. Aku pulak tengah gemuk teruk, makan serius tak cover. asyik lapar je.. aku rasa masalah hormon ni.

Apps ni jugak siap ckp aku mungkin pregnant sebab lama xperiod. Lawak. Haha
__________
*Sambungan*

Last aku dtg period 17/10/2016.. harini dah 10/12/2016.. nak dekat dua bulan dah ni. Minggu lepas check guna pregnancy test pun masih negatif.

Aku malas nak beria, takut kecewa.. yelah sebelum ni pernah keguguran.. so aku decide nak jumpa doktor 17/12/2016. Cukupkan tarikh dua bulan. Bukan apa, memang takut lewat sebulan je kan..

Aku share dengan afiq, dia bukan main lagi mengada usik2 aku. Pegang perut, cakap ada baby lah apelah.. klau dapat rezeki je, dia akan cakap "Alhamdulillah.. reeki anak" pastu gelak2.. sakai haha

Masa last week aku pergi lawat member baik aku bersalin, echa nama dia.. mak echa tanya pasal keguguran tu. Lepas dah habis borak, Kemudian aku bagitau yg aku tak period sebulan dah. Mak dia bukan main suruh aku hati2..

jaga diri, jaga makan, jgn angkat berat semua sebab yelah.. kakak echa pernah keguguran sebab angkat berat. Afiq pun bagus.. nampak aku makan pelik2 sikit dia tegur. Hahaha

Dia cakap "mana boleh makan tu.. tak elok" air gas dengan gula2..

Apa pun aku harap adelah rezeki ktorang. Aku dah nazar kalau ada rezeki anak, aku nak puasa. 

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers