Followers

Tempahan cover photo Facebook and poster

Unknown | 08:50 | 0Comments |
Views
okay, beberapa minggu lepas aku dapat tempahan cover photo facebook. even busy, berjaya lah jugak curi-curi masa utk buat kerja sampingan ni ha.. okay, kalau korang nak free franchise store, pegi kat fb dia. go! go! go! hee


next, poster. tema dia child abuse . 


tak power lagi. tak boleh kalahkan budak AD. :'(
btw, thanks to alip, thanks sebab tunjuk ajar. 

www.tips-fb.com

Trip to Kg. Bangkinang Batu Kikir Negeri Sembilan

Unknown | 09:38 | 0Comments |
Views

Seperti yang aku bagitau korang, aku ada program seperti dibawah

Program: OPKIM
Tempat: Laman Bangkinang batu kikir, Negeri sembilan
Hari: Sabtu-Ahad
tarikh: 23-24 November 2013

Okay, program aku ni dua hari satu malam. Sapa tak tahu ape tu OPKIM sila angkat bahu banyak kali. haha. okay opkim ni cam program anak angkat camtu. 

memula la kan, aku cam berat hati nak pergi sebab 22hb tu cuti hari hol. kengkawan pun ramai tarik diri, nak balik, ada yang cakap bosan lah dan sebagainya. aku memula pun macam tak dapat pergi pasal kena bayar rm50. duit dah banyak short tapi nasib lah daddy aku sponsor .


Daddy aku memang suka sangat aku join aktiviti-aktiviti kampus bagai ni. katanya - pengalaman tak boleh dibeli dengan duit, jauh perjalanan luas pemandangan. ambik kau. haha aku dah start dah peribahasa nya. 

okay-okay. aku teruskan cerita aku. Pagi tu aku bertolak ke UiTM dengan abu, dalam pukul 6.30a.m sebab pukul 7.00a.m. dah nak bertolak dah. Time tu muka abu bapak la tak bermaya. yelah, memula semua kengkawan ktorang nak join kau tahu, tetiba dorg tarik diri. yang exco plak, adib xpe lah, tarik diri pasal nenek dia sakit, emergency. Pamy tarik diri pasal ape tah. wedding. 

dalam bas, ktorang berborak aje lebih. 


sampai sana dalam pukul berapa tah, aku pun tak ingat, tapi menarik jugak la tempatnya. time ni briefing pasal aktiviti. ketua kampungnya Pak Dollah or Encik Abdullah . sumpah klaka wey. setiap dia cakap tu aku gelak aje, habih nafas. haha.
bulan 12 ni dia bersara (katanya). 


View dia cantik wey, kalau orang yang minat kampung macam aku ni, memang berbaloi la datang sini. try tarik nafas dalam-dalam.. pergh, rasa nak terbang. haha. 

dah klaka2, ktorang dibawa ke tpt buat bahulu, alah aku takde gambar lah pulak . tu dalam gambar tu, abu pegang bahulu. tapi best gila bahulu dia, lembut, rangup, manis, pergh.. time taip ni still rasa lagi bahulu dalam mulut. (padahal tengah makan bekal bahulu) . time ni lah bergambar bagai nak rak. banyak lagi gambar tapi pada photographer. sok sok dah dapat aku upload.

 Muka bahagia memasing sampai sini. haha

Da siap semua, maksud aku pembahagian kumpulan bagai, ktorang pun bertolak ke rumah parents angkat. Aku dapat Puan Azah. dengan lagi 18 orang adik beradik. mak ktorang yang paling ramai pasal ada dua rumah . orang lain dalam 5-10 orang anak angkat aje. 



Pengangkutan awal ktorang. nek van. pastu adik angkat ktorang yang hantarkan dah pergi and balik. kesian dia, kakak angkat ramai, bertrip-trip dia hantar. dalam 10 minit jugak perjalanan dari rumah ke rumah ketua kampung :D nama adik aku Izhar, now 18 tahun. this december dah nak masuk u dah. ha, nampak tak ciri2 kakak camne. haha. biasa lah first time. haha


nasib kau lah dik dapat aku jadi kakak ha.. haha. petang tu, after zohor, pergi semula ke tempat berkumpul. kat rumah ketua kampung. tiba-tiba pulak hujan. tapi tak jadi masalah. kitorang belajar menari kot. sumpah lama aku tak menari. last time menari time skolah rendah. wakil pahang kat shah alam. naik skolah menengah, aku masuk kawad. habis keras badan. haha

kitorang dibahagikan kepada 7 kumpulan, setiap kumpulan kena fight. menari lagu Endang. memasing bukan main ha atur transformasi.

Aku group 4, dengan putra, afiqah, fiqah, anis, dayah, lily, syafiq and wawa. best team ktorang, bonding sangat! 
Time ni bukan main lagi ha kitorang rancang, laka laka la. 
Credit to Puan Shahniza utk gambar ni. best moment kot. haha

sambil2 tu, ktorang diajar buat dodol . sedap weyy.. rugi tak amik banyak. haha.
aku pun kacau gak. 

Dah siap berlatih menari dengan kacau dodol, tengok abu dengan wan practice lawan bantal. 


bukan main suka lagi main air ha.. 

 on the way back to rumah mak.

malamnya, kitorang kena persembahkan tarian kumpulan memasing. sumpah cuak wey, ktorang dah la kumpulan pertama. aku pulak konon2 jadi puteri dalam kumpulan ktorang. aku depan, aku hancur, aku habis. kbai. haha. 


With madam shahniza. havoc you. :D 

Abang amin, yang ajar ktorang menari tu cakap, antara yang pernah datang kat situ, ktorang yang paling havoc, paling creative. boleh dah buat achievement gantung kat situ tu. hahaha. pastu ape lagi, ktorang yang first dari UiTM Segamat. pastu, pastu, abang amin puji puteri (aku la konon2nye) hikhok.

Para Juri yang comments. last2 dorang yang kena paksa menari. :D


okay. esoknya, kitorang buat warming up. bukan warming up biasa2, kitorang menari lagi. memang aku suka. (tetibe dah jadi suka. lol) hahaha. berpeluh tahap gaban. punya lah eksaited. sampai dah siap tu, dia still pasang lagu poco-poco, kitorang willingly buat poco2 beramai2 tanpa disuruh. sukaa!
After menari-menari bagai, ktorang ada sukaneka. lama gila tak bersukaneka bagai ni. kalau tak salah aku last aku bersukaneka ni sekolah rendah. sekolah menengah ada gak. tapi tak macam ni. lain sikit. 

First, ktorang ada tarik upih. best wey.. first time dalam hidup main tarik upih ni. dah la aku yang kene naik bukan kene tarik. haha


next, ktorang main ape tah nama permainannya. ktorang kena naik buluh, leader pandang depan, yang follower kene pandang belakang. group ktorang kalah pasal jatuh. 

lepas tu ktorang kena main tolak rim.(nama aku kasi) haa.. penah dengar? mesti tak kan. haha mainan dia, korang akan dapat rim dengan 1 roll, korang tolak lah dia sampai sampailah. haha


Aku last2 baru jadi. teringat daddy pernah cerita cara daddy main ni dulu masa kecik kecik. hehehe

next, bowling kelapa. ktorang menang tempat pertama. 
 Lagi, ktorang main ni ha.. isi air dalam botol . kalah kau. orang lain main tipu. haha. 
tu nampak tu aku bersungguh-sungguh tu. haha

next, main belon. nama permainan dia "semakin jauh semakin sayang" haha. pasal kita kena baling pstu makin jauh, makin jauh, tak boleh pecahkan belon. ktorang dapat tempat kedua. 


second last, tak dilupakan.. ni ha, tiup gula-gula dalam tepung..

Okay, paling last... yang lawan bantal tu, korang kena lawan atas batang pinang, pastu pukul lawan dengan bantal. berat kot. kekabu kalau tak salah. kalau kena air lagi berat. 

Dah busuk-busuk main sukaneka, kitorang dibawa ke......
JERAM TENGKEK

best woo... air terjun
Buat khidmat masyarakat :P

Tapi sayang tak dapat mandi.. cuti perempuan :'(

Balik tu adik amik kan. :) balik rumah mandi semua, mak masak gulai terung, ikan goreng. simple je. tapi 2 pinggan tambah. haha. oh, hari first mak masak gulai lomak cili api. second day, pagi mak masak nasi goreng, mee goreng. walaupun  anak angkat mak ramai, makan pun buffet. still seronok. makan ramai2 sama2 sambil berborak2. sonok oh. 







pastu ada majlis penutup, salam2 mak angkat semua, bergmbar (tapi dalam kamera). 

On the way back dalam bas, tak habis2 borak2 dengan abu, ell, ikin . first time nek bas duk ngn abu. aku actually concern pasal dia bukan pasal ape, pasal aku yang influence dia join OPKIM. aku risau sangat dia tak suka or dia tak happy. sebab kalau dia tak happy, aku serba salah. 

Tapi Alhamdulillah dia lagi happy dari aku. lagi famous dari aku. hahaha. balik dalam kereta pun dia cakap dia tak menyesal join OPKIM. and aku lah orang paling bahagia... aceceh.. hahaha

lagi gambar..












www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers