Hi korangg, aku baru install apps 'blogger' kat handphone lenovo S850 aku. Phone lama with apps baru. Cool huh
Kebizi an melanda sebab ikut mertua pindah rumah dari merapoh ke gua musang. Yay, dapat satu bilik 😄.
Kitorang pindah hari jumaat, 30/9/16. Hari first dengan second masing2 sibuk mengemas, ayah tolong settlekan paip2, rak2, semua kerja pertukangan, dealing with astro untuk pasangkan area semua, uruskan mesin basuh, untuk sambung paip air dan aliran sisa air. Angkut barang2 dari rumah lama ke baru..
Ibu pulak susun2 atur dapur apa semua, pasang tikar getah, wrap rak yg dah lama, lipat baju, kemas baju. cakap pasal baju, tahu2 ajelah kan.. bertimbun2. Sangat penat, kesian ibu. Itu belum masuk keluar duit untuk beli barang dekat kedai DIY.
Aku n afiq, and adik2.. masing2 tolong apa yang patut. Macam aku, mostly lipat baju, masak and kemas dapur.The best part is, dyorg ni sangat ringan tulang. Aku bagi 5 bintang kat Azim. Afiq pulak, jenis yang common sense. Bila ibu ayah tak ada, pergi balik rumah lama untuk ambil barang, dia cepat2 kemas rumah supaya semua nampak okay, tak nampak sakit mata memandang bila ibu ayah balik. Tau ajelah bila dah pindah rumah, barang mesti berpack, duduk terkumpul di satu kawasan. Iman pulak, kadang2 membantu, kadang2 merosakkan barang. Haha macam vacuum rosak sebab dia. Habis semua marah.
What ever it is, Alhamdulillah... Walaupun mungkin ni kali ke tiga ibu pindah rumah untuk tahun ni.
Chronologi dia macam ni..
Memula tinggal di temerloh pahang. Ibu and ayah dua2 cikgu. Kemudian ayah naik jadi pengetua, pindah di merapoh, kuala lipis. Ibu duduk temerloh, ayah duduk rumah warden.
Tak lama lepas tu, ibu naik pangkat jadi GPK kanan kat skolah apetah kat kuala lipis, so adik2 semua ikut pindah sekolah ke lipis. Semua barang dari temerloh, pindah ke rumah sewa di lipis.
Kemudian, ibu tukar lagi masuk sekolah ayah. Pindah barang, duduk rumah warden sama². Adik2 pun pindah sekolah lagi. Kemudian, rumah tu kecik.. so cari banglo mcm kat temerloh dulu, jumpalah sebuah tapi dekat gua musang. Oh temerloh dgn gua musang sebelah je. Jadilah sekarang... Last kot pindah, harap2 lah.. dengar cerita ibu nak pindah balik ke temerloh, mengajar kat sana semula... matilahnakk Hahaha
Follow @RarraLee
0 00 org doakan tyra sihat:
Post a Comment