Followers

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

hari perjumpaan kembar .

Unknown | 02:21 | 5Comments |
Views

setelah sekian lama.. finally berjumpa jugak . haha . macam-macam rintangan nak kene lalui time nak jumpa . aku la punya hal . ktorang cuti mid sem seminggu . kononnya aku nak balik kampus 4 hari awal . 

nak study la konon . sebab after cuti ade kuiz . test . emm..

lastly , aku stay jugak kuantan . kira amik risiko la.. study2 jugak , perasaan orang kene jaga . kang study tinggi-tinggi takde orang nak susah jugak . haha . 

so , 26hb dengan 27hb ktorang keluar . hari jumaat tu datang pun dah dekat pukul lima . ktorang pun keluar la kejap . konon-konon nak tengok bola Phg lawan Felda United . siap suruh abg miji beli tiket lagi . at last tak pegi pun . nana pun tak jadi keluar sama sebab tokbah tak sihat . kesian tokbah excident . tak guna punya orang yang langgar lampu isyarat *emo jap...

So,
on that date , ktorang pergi makan kat Johnny

katanya nak makan besar . macam-macam kitorang pilih . haha
tapi daging yang paling best.. lembut gila...! 
kenyang sampai tak habis2 makan

sesuku daripadanya . haha . 

yang kedabang tu sotong . yummy-yummy .
pastu dessert yang sedap ni.. :D


BANANA SPLIT . OLE..OLE..OLE..

lepas dah kenyang-kenyang , ktorang pegi tengok wayang . cerita ironman3 . aku suka gila tony walaupun dia berlagak camtu . suka tengok bulu mata bawah dia . 


Tony= Awesome!!! - tony-stark Photo

oh , meltingggg~~ *dushumm. 
tengok wayang pukul 9 malam guna student card . haha . klaka pulak . 
pernah suatu masa dulu, tengok cerita ape pun aku tak ingat , first time guna student card . 
time tu orang kt counter tu suruh pilih seat . dengan muka slumbernya ktorang cakap "couple seat"
then dengan muka slumber jugak orang kat counter tu cakap "guna student card tak boleh amik couple seat" 
merah padam muka kami .. kah3.. 

kat atas ni baju perjanjian.. haha . beli lama dah.. then janji nak pakai tahun ni masa date . nah!
first time dalam seumur hidup aku pakai baju couple yang camni . haha . kemeja pulak tu . obvious gila . dengan color pun agak obvious . 

aku beli cutting lelaki pasai tadak yang pompuan . but okay la even nampak cam straight ja..  

ni muka excited dia.. da la pakai baju sama.. kah3...

Masuk mall , tebal semacam muka aku . yelah , muka da la nak sama , baju sama . ada yang selisih , cakap camni "eh, baju sama..." , " eleh.. sweet la tu? " , "ambik gambo.. ambik gambo.." and macam2 lagi . aku tengok afiq relax je.. tah dengar ke tidak entah . haha . 

ni pulak muka candid tak candid dia.. haha . 

aku update instagram cakap segan pakai baju sama . then kawan baik afiq boleh pulak cakap camni "dah besar-besar malu pulak kan pakai baju sama" . ngek je.. haha . yelah.. selalu kan kalau kembar , masa kecik-kecik pakai baju sama... :D kelako la korang ni..



omeyyy...
www.tips-fb.com

Hari pertama yang penting .

Unknown | 11:07 | 0Comments |
Views
Hari khamis , 14 march 2013 . semua budak2 marketing ada AGM . pukul doblas camtu . aku punya lah semangat pergi awal . time tu tade orang lagi kat dewan , aku dengan syida je . aku pun ape lagi.. bergambar lah cerita dia. haha . 


tak lama pastu , sorang demi sorang masuk dewan . ktorang macam blur jugak pasal tak kenal orang . kebetulan , Aini dengan Ayu (housemate/senior) jadi AJK mesyuarat tu . ktorang sempat la hai-hai bye-bye .  first tu , nampak aini lead . sebab dia MC . 

beberapa minit lepas tu , aku main-main handphone . tgk update . yelah , dyorang tengah nak lantik exco baru untuk tahun ni . suasana dah mula riuh dengan orang mencadangkan nama . ada la dalam 4 orang nama yang tercalon . syida pun tanya aku .

syida : kita nak sokong sapa ni?
aku : entah.. kita tengok dulu dyorang bagi ucapan camne . nampak cam berkaliber tu kita sokong la.. :D
syida :oke . oke .


Dalam syok-syok aku main handphone , ada lebih lima kali aku dengar orang belakang dewan sebut satu nama . fatira! ... fatira!... aku dengar camtu . eh , takkan aku kot... 

fatira part 2 ! jerit suara tu lagi . 

aku dah tak sedap hati . syida dah start siku-siku aku sambil cakap "kau la.. kau la.." aku pun blur-blur sambil pusing belakang , rupanya .. si housemate aku , Ayu yang suggestkan aku . hambek kau ! . 
aku dengar blur2 tak tahu nak buat apa. abang YDP duk ulang-ulang nama aku . aku pun keluar dari barisan , berdiri macam patung . 

then , aku kene kedepan pentas . cuak? tayah cakap beb . aku tengah layan twitter kot tadi . sampai depan ,  YDP suruh semua kenal kan diri . semua part 4 part 5. and aku sorang part 2 . aku super junior kot . baru seminggu masuk UiTM Segamat ni ha..

pastu dia suruh semua kenalkan diri kat pentas . aku pun tanya aini , apa yang nak kena bagitahu . 
Nama , Part berapa , then pengalaman . 

Pengalaman? aku mane ade pengalaman wei.. 


masa terus berlalu . senior-senior dah siap buat tugas dyorang . aku ? risau gila . aku tak risau pasal apa aku nak cakap kejap lagi . tapi aku risau dengan sahsiah rupa diri aku . dengan kemeja singkat , t-shirt kat dalam , casual gila kot . orang lain dengan baju masuk dalam , smart lah kan . 

sampai turn aku , aku bagi ucapan..

"Assalamualaikum , nama saya Nurul Fahtira binti Zulkifli . Part two . Sebelum ni saya dari kampus Jengka . Ni first time saya kat sini . terima kasih pada senior saya, ayu.. (sambil tunjuk kat ayu.. pastu semua tepuk-tepuk dengan gemuruh) . 
Saya belum ada pengalaman lagi sebelum ni . tapi insyaAllah kalau diberi peluang , saya akan buat yang terbaik . terima kasih.. (sambil orang tepuk-tepuk lagi )

Masa aku cakap "akan buat yang terbaik" , dua orang lecturer yang menilai , tengah tulis-tulis tu berhenti then angkat kepala pandang aku . terkejut jugak aku . wah.. impress lah tu . kah3 . 

tiba-tiba , macam tak cukup AJK , so .. dyorang mintak tambah lagi AJK . so ada la lagi dua orang AJK part two join . ellina dengan Priss . yeahh . Ellina tu satu kelas dengan aku yang MKT420 . kelas marketing . aku memang suka pun dia . cara dia present . 

dah siap kenal kan diri semua , kitorang tunggu kat luar . kat luar , semua macam ape je . bising-bising sebab kena pilih . aku diam je sebab shock lagi . cakap kejap2 dengan ellina dengan priss . lama lepas tu , ktorang masuk balik . dyorang kira-kira undi . and aku terkejut sangat sebab nama aku dapat undian tertinggi untuk perempuan . 


maknanya aku jadi setiausaha satu . ellina jadi setiausaha dua . terkejut beruk aku . tak sangka jugak ramai orang undi aku . Alhamdulillah ya Allah . 

orang ketiga penting dalam organisasi besar memang sangat mencabar . Masa perbincangan , entah macamana aku boleh terlepas cakap , bagi aku multimedia and tukar dgn ellina jadi setiausaha satu . mmg lah aku dah berpengalaman dalam bidang multimedia . tapi aku sepatutnya sahut cabaran untuk jadi s/u . tapi aku silap cakap . 

apa kan daya . terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya . :) 

malam tu , kami ada meeting . pasal family day hujung minggu depan . ktorang meeting pukul 9 malam . aku pinjam kereta merra since dia ade sticker . boleh parking dalam . aku takde sticker . so tak boleh parking dalam . 

aku kan rabun malam . terlepas simpang pulak malam tu. dammit~
balik pukul 11 lebih .. penat nak mati . 

esoknya pergi kelas , budak-budak kelas sebut S/U , S/U ...

segan giler..

yang paling tak boleh lupa , time aku nak keluar ke pentas tu , famy cakap " aku sokong kau" . pastu adib whatsapp "huyooo..huyooo.." . ayu cakap "jawatan ni bagus untuk markah KI"

apa-apa pun , terima kasih semua ,aku appreciated sangat . siapalah aku tanpa korang . I love u all .
www.tips-fb.com

Lawak | whats your speed?

Unknown | 00:51 | 4Comments |
Views

Интересные изображения и фотографии / inpic

time bawak kereta tu, refer lah yang ni . nak lagi best , tampal kat kereta . buat sticker . haha .

Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

jejak kekasih .

Unknown | 17:27 | 4Comments |
Views

Semalam ahad . sepatutnya aku keluar lepak dengan pia . tapi , demi nak ganti dating yang tertangguh , aku keluar dengan encik Afiq . kira cam jejak kekasih lah ni . lama kut tak jumpa . haha . so , encik Afiq yang terkenal dengan semangat yang yang tak mudah tu, bertolak dari Temerloh , ke Kuantan pukul 3 pagi .. eh, eh, silap.. pukul 8 pagi ..

sampai2 kuantan dalam pukul 10 camtu , aku tak siap lagi . baru nak iron baju . haha . dia datang dengan sweater hitam nya . ingat dia kacak ke ape . dah la musim hujan . ala2 korea gitu . (sambil bayangkan lee min ho) haha . 



sementara tu , aku tinggal kan beliau bersama angah dengan kaksue . masa tu aku iron baju bapak la faster nya . boleh kalah arnab dengan kura-kura . siap nangis lagi arnab tu sebab kalah. sambil2 tu aku curi-curi dengar apa yang diorang cakap . manalah taw ada kaitan dengan aku ke kan... tapi hampeh . boleh pulak dyorang discuss pasal cerita kartun . WALL-E . -,-' tak handsome langsung .

lepas sesi beramah mesra bersama family , ktorang pun gerak pegi bandar kuantan yang indah *sila rujuk gambar dibawah. (erk!)


indah la ni... nak apa lagi...

ehem..ehem.. (clear throat) oleh sebab awal sangat , ktorang tak tahu nak pergi mana . hajatnya nak pergi beli kasut encik afiq. at last tak beli pun . kasut aku je yang beli . ktorang pergi ECM shopping baju couple . 



hik2 . koya2 je buat gambar ber effect bagai . sekarang aku tengah gemuk . sila bandingkan gambar atas tu dengan yang ni . nampak gila pipi tembam . kannn~

lupa plak . sebelum tu, ktorang lunch kat Johnny . encik afiq blanje  :D Aku order nasi goreng thai pineapple . dia plak , ape tah . yang ada sambal belacan tu . tapi sumpah sedap . dua-dua sedap . *tapi craving steamboat..



aku order air aloe vera . encik afiq pulak fresh orange . korang pernah rasa aloe vera? rasa dia seriusly macam petai . haha . tak taw lah korang . aku yang rasa macam petai . haha . 


encik afiq tunggu nasik dengan muka lapar...
ARGGHH.. MAKAN BUDAKK..
*boleh pulak lepas amik gambar ni dia ckp..

"handsome jugak saya ni " O,o

Okeh encik , nasik dah sampaii..
tu kat atas tu belacan .

ni yang aku order . yang thai2 tu . dapp nye.. oh, satu lagi lupa nak amik gambar, ice cream..

lepas makan , time nak keluar tu.. buat muka berlagak je . yelah . kat depat tu penuh dengan orang ramai yang melepak . segan lah nak ketawa sana sini . so muka masing masing cam orang masuk kem tentera . ketat je..

kat bawah ni.. lagi, gambar fitting room . haha . time test kemaja couple . 


Ish.. cun jugak aku ni rupanya .. haha
tu pun after minus gemuk lah kan.. haha

ada lah memula nak naik kereta pagi tu , aku cam excited tengok camera atas dashboard . tengok jenama samsung . perghh.. samsung galaxy ke? punya lah aku excited . 


aku try angkat . ceh .. rupa2 nya mainan..-,-
kene gelak je lah..

nampak tak mainan...-,-
tension den tengok orang tu gelak .


aku ada bagi hadiah kat encik afiq.. konon2 anniversary yang ke 2 . tak sangka pulak dy letak kt fb.. malu lah i..

dah tu, dapat tahu lepas 25 like. ish3..


tak kurang juga, aku dapat hadiah dari bakal mak mertua..
terima kasih ibu... :D


suka sangat . cantik kot bag ni .. 

jangan jeles~~
www.tips-fb.com

Lawak | Alasan Cikgu

Unknown | 23:55 | 3Comments |
Views
www.tips-fb.com

Lawak | Why traffic jam is that common

Unknown | 19:35 | 6Comments |
Views
Why traffic jam is that common

haha.. ada siput rupanya...
www.tips-fb.com

Lawak | This was in the math textbook

Unknown | 09:13 | 0Comments |
Views

This was in the math textbook
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

aku bukan orang siam, kemboja, what so ever!

Unknown | 20:10 | 11Comments |
Views



haiyo .
haritu kat kedai kakak aku ade cerita pasal costumer ni datang kedai.
time tu aku takde kat kedai . dia cam biasa borak2 ngan ma .

dia tanya .
"kak, yang putih-putih tu orang kemboja ke?

kakak: yang mana?
costumer: yang selalu kat sini tu la.
kakak: eh bukan.. tu adik kite..

pastu dyorang gelak2 lah . dia ingat aku orang kemboja . muka lain dari adik beradik . -,-

------------------------------------------------------------

dulu aku pernah pergi pasar besar kat perlis . aku beli lah sabun susu beras kat sana . sebab murah kan . 
aku tanya pasal produk tu, produk ni . pastu pekedai tu tengok aku atas bawah.. cakap camni...

"dik, xleh kechek siam ko?"

HAMBEK KAU SEBIJIK! aku sepatah siam pun tak reti . setakat nbr 1 sampai sepuluh tu boleh lah kira . aku cerita kat daddy . daddy gelak je . daddy cakap . tu lah, guna produk siam . dah muka nak dekat sama ngan dyorang . 

-------------------------------------------------------------

semalam . oh lupa nak cakap . area kedai aku dah banyak orang kemboja datang . aku pun pelik . senang betul dia datang malaysia . dah la menganggur pulak tu . so, diorang datang lepak kedai aku sebab dekat dengan rumah dyorang. ada makcik sorang tu nak order . aku pun pergi kat dia .

aku : ya..?
makcik : e32u56%*&&()!(8r4wdfdjg......
aku: ha?
makcik : e32u56%*&&()!(8r4wdfdjg......
aku: goreng pisang? (aku hentam je. sebab tak faham)
makcik : goreng pisang lima ringgit . (jawab dia dalam bahasa melayu pelat. aku nampak muka geram dia )

adoiii... penat lah camni . aku memang tak paham lah makcik . 

moral of the story : tayah la pakai produk siam.. kang orang tertukar.. haha . *aku bukan putih sangat pun . tapi berbeza lah dari adik beradik yang lain .. :)

lastly...
aku bukan orang siam, kemboja, what so ever okay
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

Lawak | nak ngorat aweq guna mesin apa?

Unknown | 11:45 | 2Comments |
Views



Ada sorg mamat nie, 1st time pergi gym.. dia tengok ada banyak mesin;
treadmill, rowing machines, chest-and-back machines, stair climbers/steppers lah..
macam-macam, sampai dia pening.

Dia pun pergi tanya seorg brother badan ketul-ketul;
"Bro, kalau kita nak awek suka kita, nak guna mesin mana? "

Brother badan ketul-ketul pandang dia atas bawah sebelum jawab;
"Guna mesin ATM der!!".


Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

cara ajar anak kecil berjalan

Unknown | 19:46 | 2Comments |
Views

How to teach your kid to walk
haha!
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

Lawak | What women said, what men heard

Unknown | 18:58 | 0Comments |
Views
What women said, what men heard.
www.tips-fb.com

Lawak | Make up

Unknown | 18:12 | 1Comments |
Views
Annoying kids

Kurang asam punya budak . haha . 

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers