Followers

Showing posts with label karangan. Show all posts
Showing posts with label karangan. Show all posts

Nafas baru

Unknown | 05:23 | 0Comments |
Views

Hai geng! Alhamdulillah aku still bernafas. 

sekarang aku dah semester ke empat degree . fuh. macam kejap pulak . rasa macam semalam baru masuk degree. 

ape je yang aku nak cerita, secara kasarnya, aku dah pindah rumah , aku dah naik pangkat dalam persatuan aku, pastu lagi... aku dah bertambah berat badan sebanyak 5kg. hahaha (perlu ke?) lecturer pun dah makin kenal aku tapi dengan nama tyra. nama uyu dah selamat dikebumikan. biarlah dalam persatuan lama aja nama tu. 

Tadi AGM marketeers. first meeting tahun 2014. ada video untuk last and very last event. damn seriously air mata keluar. rindunya dekat semua. Ell pun dah letak jawatan. aku hormat keputusan dia but , im gonna miss her. kita dah macam family kan. 

petang tu, jumpa madam shahniza. she's good . sangat2. sometimes rasa macam kakak , sometimes rasa macam mother. :) still ambil berat pasal marketeers walaupun dah letak jawatantapi still mintak update. siap nak tolong dapatkan juri utk next sem punya aktiviti. okay, roughly this semester kita akan buat tiga event . first "save the earth" dekat port dickson yang diketuai oleh Jue, then teambuilding kat JB by alip, pastu program hi-tea by ikin. tu secara kasarnya. 

secara tak kasarnya, tunggu lah kalau aku rajin, aku update. hahaha.  

secara lagi halus dan terperinci, gambar atas tu salah satu gambar kat sungai mekong, vietnam . hoyeah.
www.tips-fb.com

Trip to Cambodia (Part 4)

Unknown | 01:42 | 0Comments |
Views
sambungan dari trp to cambodia part 3, 

kami pergi ke tempat qurban pertama di Kampung Pray Pis. First time datang sini, aku rasa sebak, penduduk-penduduk dia kalau nak bandingkan dengan Malaysia jauh sangat. honestly lah, aku pernah gelakkan pekerja mak aku pasal pakaian dia. tapi kalau nak bandingkan pakaian pekerja mak aku dengan orang sini, sumpah tak tipu pekerja mak aku tu dah kira taraf 'orang kaya' bagi dorang. 




sampai aja kami kat sana, ktorang disambut dengan air kelapa. sedap air kelapa. aku pulak dah lama tak minum air kelapa.

kat bawah ni, ahli2 yang buat qurban tu. first time aku tengok orang buat qurban betul2 depan mata. dulu masa kecik2 aku pernah mabuk darah then sampai sekarang aku tak berani nak tengok orang buat qurban. tapi time ni aku tak mabuk darah pun. syaf and shahrul ckp cara diorang buat kasar, tak macam kat Malaysia. 

part yang sedih, aku tengok diorang ramai-ramai duduk bawah rumah, tak beralas apa pun, slumber aje. kitorang duduk kat kerusi, teratak yang diorang buat. yang buat aku lagi terasa bila aku tengok makcik2, nenek2 duduk kat bawah, pandang kitorang macam mengharapkan sesuatu. nak aje aku panggil diorang duduk atas, biar aku duduk kat bawah. 

Tapi kebanyakannya aku berdiri je kat belakang sebab aku rasa tak appropriate je nak jalan2 depan diorang. shock pun still rasa. 


masa kitorang bahagikan bantuan pakaian, masing-masing berebut nak dapatkan pakaian. 

kalau lah aku tahu macam ni susahnya diorang, aku punggah banyak2 baju2 aku yang tak pakai kasi dorang. personally aku kasi. (amboi kau.)


kawasan rumah diorang. cantik, kampung betul.

Masing-masing berebut nak dapatkan bantuan duit. setiap orang kitorang kasi 2000 riel. Aku budget2 ade lah dalam rm10 xpun rm5 sorang kan. sebab kasi dua keping 1000 riel kan. pastu diorang siap buat tangan macam india buat tu after dapat duit, cam bersyukur gila. tapi bila aku dah mahir tukar-tukar duit ni, baru aku tahu 1000 riel tu bersamaan dengan 80 sen Malaysia. so kitorang kasi diorang dalam RM1.60 seorang aje! 


ramai je budak budak yang berkaki ayam.



kat belakang tu, ada makcik or pakcik yang sama trip dengan ktorang blanje dorg ice-cream. kira macam orang ice-cream tu kasi je semua kat situ, pastu ktorang bayar . tak sampai beberapa minit dah licin dah dalam tangki dia. tengok la macamana kena serbu kat belakang tu ha.. kalau aku pun nak niaga camtu . tak sampai stgah jam dah licin.. haha

to be continue...
next part, pasal misi kemanusiaan & qurban kat kampung kedua.. 
www.tips-fb.com

Marketeers Appreciation Night (9 December 2013)

Unknown | 00:54 | 0Comments |
Views
post melalui draft lama. haha

Malam dinner yang agak penat. bukan agak je.. sangat penat . since aku dapat satu jawatan baru yang memang cool . Biro Decorasi . dulu pernah dapat jawatan ni masa organize event diploma part three tapi aku bukan ketua. aku just orang bawahan.

Siapa cakap biro decorasi senang wey, susah... susah nak mati.. memula budget ktorang rm100, then kena cut RM50. bila discuss balik dengan Ketua program, aku dapat tambah lagi rm30 . so total rm80 . okay lah kan.

Aku tak banyak ambil gambar deco pasal aku busy gila. then terlupa bawak handphone. pape pun, aku just nak share gambar dinner okay . tema dinner ktorang masquerade. 


kat entrance. pape pun mmg aku suka hotel ni, dia punya hall tu best and cantik.


yang frame tu, aku yang buat. thanks kat aku punya subordinates, si Mai dengan Nabila. good job sebab dapat cari gabus tu. diorang ada buat topeng besar guna gabus tapi tak ada photo la..

The King of the night . abang Syaf kita . 
Mantan Ketua Persatuan Marketeers kita, Shahrul 
orang kuat Marketeers UiTM Segamat tahun 2013, Shahrul, Rashid, Putra, Syaf and Tyra. sumpah suka gambar ni. Lady liked.
my classmate, payal and pamy. payal menyanyi malam ni. sumpah sweet. pamy plak bahagian multimedia. aku salute kerja dia. sangat lah berbakat. aku pulak jadi pelakon time tu. dapat watak perampas. haih, aku yang muka baik nak mati , boleh dapat watak jahat pulak. 
ikin, payal, tyra and pamy. crop gambar ikin and payal, tinggal gambar aku dengan pamy, then post insta, confirm issue. hahaha
with props yang aku buat. banyak woi, ada dalam 50 pieces aku buat, aku ingat senang, penat nak mati, dah la leceh nak gunting2, cellotape bagai, nasib lah exco lain tolong jugak. thanks guys.

with my lady, my classmate, my trip mate, and bagai2 , elena .  
with my junior, wanie . Ya Allah sumpah tinggi, tanak diri sebelah dia, aku rasa rendah diri. aceceh . ahhaha 
ni pulak shahrin, aku punya classmate. sempoi, klaka. gila pun ya jugak. haha
okay, ni pulak time tengah potong2 benda alah tu. tapi aku suka pic ni.. without makeup, 3 minggu berturut2 kekal sebagai DP bbm aku . hahaha
ni gambar after shooting drama . bergambar dengan crew . yang ell tu, datang hantar kek coklat je . acah2 he. hahaha. 
gambar hall before event. seharian ktorang kat hotel tu, turun naik hotel, nak siapkan bagai. 
ha, nampak tak mask tu. macam2 jenis ada. nice jugak la tema ni. 
aku suka pic ni . dari kiri, ika, mel, tyra, madam, jue . aku menang cabutan bertuah. bertuahnya aku. hahah
beautiful . bukan yang depan, yang blakang tu. hahahaha. 
king and queen of the night. no doubt la menang . mmg cantik wey . 
classmate, bukan whole subject, tapi classmate in certain subjects . nice one :)

aku enjoyed . sangat-sangat . rasa berbaloi spend time kat sini . :)
www.tips-fb.com

melepaskan batuk ditangga

Unknown | 13:07 | 0Comments |
Views
uhuk2... 

hai peeps~ im just feeling uneasy. so its your lucky day to meet me! yay!!

now aku nak melalut. i hope korang tak baca lah . sebab aku rindu sangat dengan one of my best friend, nana. haha damn! taip je nama nana terus berair mata. and i hope dia tak baca jugak sebab nanti aku segan. 


Dulu.. hari-hari aku borak dengan dia. bangun pagi tengok dia, nak tido pun tgk dia. dah macam adik beradik. masuk aje bilik, ada je nak borak, ada je nak share sebab bagi aku dia dunia aku. aku nak share semua kat dia. nak dia tahu pasal aku , nak dia faham aku. dalam masa yang sama aku nak kenal dia, aku nak tahu pasal dia, aku nak dia willingly shared masalah dia kat aku. 

aku sayang sangat dia. time susah, ktorang susah sama-sama. time senang pun sama-sama. part aku demam paling tak lupa. dia jaga baik sangat. sampai tolong lapkan badan aku dengan kain basah. siapkan makanan. no one can replace you nana. 

and until now memang takde sorang pun macam awak nana. awak tahu bila saya sedih, saya happy. our jokes yang hanya kita je faham maksud nya. bahasa2 pelik yang saya ajar awak. miss that moment. i wish you were here. always dengan saya. 

maybe awak rasa saya tak selalu text awak maybe saya dah sambung belajar lupa awak. no i dont. awak pun tahu saya sangat cerewet dengan kawan kan. maksud saya, saya tak share something dengan orang yang sembarangan. until now saya still tak jumpa orang yang sy boleh percaya. yang saya akan cari dia untuk share ape2 macam awk. 

saya boleh je text awak tapi saya tanak bebankan awak dengan share life saya kat sini. lagipun awk tak kenal orang2 sekeliling saya.  saya harap saya boleh jumpa sorang kawan yang macam awak. cukuplah sorang kawan untuk degree yang boleh teman saya. 

yang boleh layan kebodohan saya ni. yang boleh tahan kegilaan saya ni. yang boleh faham bahasa saya, yang boleh gelak dengan lawak saya, yang boleh bahan saya, and yang boleh buat hidup saya happy. saya sangat tak happy sekarang. rasa tanak balik rumah sebab dekat rumah saya takda kawan macam awak. 

to be conclude, diploma life waktu yang banyak untuk saya enjoy, gelak2. waktu degree adalah waktu yang paling banyak saya menangis. i just need you nana. 


www.tips-fb.com

pengalaman dan pengajaran~ (sehari sebelum wedding day)

Unknown | 07:20 | 0Comments |
Views

petang 13 december, aku still kat segamat sedangkan esoknya kakak aku kahwin and aku adalah pengapit sebab ada test penting. OPM533 . fuhh, killer subject. after test, aku mintak tolong haiqal hntarkan kat terminal. time tu pukul 4.30pm, 1 jam awal before bas aku bertolak (5.30pm). Time tu ada Haiqal, faiz, shamil and TMJ. 


utk membunuh masa, haiqal pi hntr potong sluar dulu, then park kat OS. yang klaka tu, paiz baru first time datang OS. sumpah lawak. after park, dorg beria2 ajak aku makan, diorang cakap, klau tanak makan, minum pun takpe. lagi lawak bila tmj cakap "kau tanya hati kau, kau nak ikut ktorang makan ke nak pergi sana" time tu aku tengok jam, lagi 20 minit before pukul 5.30pm. 

Aku ni lurus bendul jugak ek sebab aku tak pernah or jarang naik bas express bagai2 ni.. first time aku naik bas express time diploma, tu pun dengan kawan. ni pulak sensorang. mana nak berani. kalau driving sendiri berani gila.. kat tiket tulis kena tunggu awal 10 minit. 

so, aku pun cam teragak-agak nak follow diorang or nak pergi je terminal. bila aku berkira2, lagi 20 minit, tolak nak kena sampai 10 minit awal kt terminal, nak tunggu order lagi, nak siapkan lagi pasal ktorang ramai kan. so aku ambil keputusan utk tunggu je kat terminal. so tak follow diorang. tunggu punya tunggu, bas tak datang. 
http://ts4.mm.bing.net/th?id=H.4882708992100411&pid=15.1
Dari pukul 5.10pm, ke pukul 6.00pm, bas pun tak nampak. Erin yang bas pukul 6pm pun dah datang. aku ingat aku kena tinggal bas. pergi kaunter tanya, dia cakap bas lambat. dalam pukul 6.30 sampai. aku cam hangin jugak lah. lambat. Dah la lapar. erin pun dah bertolak ke melaka. aku yang datang awal bas pun tak nampak lagi. tunggu punya tunggu, pukul 7 pun still tak ada bas. pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 baru sampai. bayangkan, tunggu bas dari pukul 5 sampai nak dekat pukul 8.

ramai gila berbulu time tu. sorang perempuan tu, byk kali jugak naik turun kaunter. sumpah menyesal tak ikut haiqal and the gang. dah la lapar dari pagi tak makan. kalau aku mati kelaparan time tu, salahkan bas CEPAT EXPRESS yang super lembab!! 

dulu pernah naik bas dari kuantan ke segamat. ambil masa 5 jam wey. aku drive boleh sampai 2 jam je. nak patah pinggang aku kat dalam bas tu. dah la lama gila berhenti kat muadzam. Aku and Erin memang dah boikot dah bas ni. after ni, aku sanggup tak balik dari dapat service yang super bangang.
Now dah tahu pasal ape budak kelas aku ramai present pasal service bas. ni lah salah satu sebab dia. good job marketeers! 

Aku sampai2 kuantan, dalam pukul 11. nasib jugak aku tak sempat habis mainkan mp3 aku. kira driver ni bawak laju lah jugak. sampai2 kat terminal kuantan, angah tak dapat ambil pasal dia ada kat rumah tok kadi. kakak aku tgh nak nikah. 

Time tu, aku lepak dengan sorg makcik ni.. sumpah kesian. aku tak kenal pun. tapi dia baik. aku panggil dia makcik, tapi dia biasakan diri dia nenek. tak nampak tua sangat pun. pipi still cantik, pakaian pun kemas, kecik je orangnya. pakai spek. bawak banyak barang. aku tanya lah makcik nak pergi mana. dia cakap dia nak pergi rumah anak dia kat alor akar pasal anak dia suruh tolong jagakan cucu dia. tapi time dia sampai tu anak dia dah takde kat rumah. anak dia pergi temerloh.
Gambar hiasan
Macam kesiannya.. dia duduk situ dari pukul 6.00 petang! dari aku kat segamat tadi tu haa... so tak ada orang nak pick up dia. umur dia 70 tahun tapi ingatan dia superb! dia boleh cakap anak berapa org, cucu berapa org, longrat melaka still ada. dia cakap ada keturunan hang tuah. tak jauh atas dia. tapi cara dia cakap macam baba n nyonya cakap sikit. dia cakap, bas dari melaka takde nak ke pahang, so dia dari melaka pergi KL then dari KL dia naik bas ke kuantan.

gigihnya lah makcik ni. time tu aku perasan makcik ni macam sakit, aku tanya dia ok tak, dia cakap siang tadi dia jatuh time kat monorail. ada cina langgar dia dengan bag besar, langgar kaki dia. dia jatuh then guard yang tolong angkat dia. kesiannya T.T . tapi dia cakap boleh jalan lagi..

Banyak barang yang dia bawa tu buah2, bawa untuk anak cucu. tapi banyak jugak dia dah kasi orang dalam bas, pasal banyak kan. Ya Allah kesiannya.. nak nangis pun ada.. sampai sekarang aku still fikir, mana makcik tu sekarang, pergi mana, siapa pick up dia. dia siap bagi aku rambutan lagi.. besar gila buahnya. tak macam size rambutan biasa. and rasa dia super manis... sedap wey... 
gambar hiasan

time tu, abang aku, a'ji yang datang ambil aku. bila a'ji sampai, aku salam makcik tu and ckp terima kasih utk buah rambutan. berat jugak nak tinggalkan dia. Dalam kereta aku cite la kat a'ji pasal makcik tu, aku macam nak tolong htrkn dia ke kan, tapi sama jugak, rumah anak dia takde org. nak bawak balik rumah, rumah aku baru lepas banjir. 

a'ji comment la, ape la anak dia tu. kuantan-temerloh bukan lama pun, sejam lebih je. paling lama 2jam. takkan la tak boleh balik ambil mak dia. dari pukul 6 smpai pukul 11 wey, aku yang dari pkul 5 sampai 7 lebih pun nak mengamuk, nak nangis bagai, ni kan pulak makcik tu.. aku teringat makcik tu cakap "kalau tak pun, esok pagi pukul 8 pagi, makcik naik bas semula balik melaka" . takkan dia nak tidur terminal, takkan dia dah susah2 dtg sini pastu balik camtu je. Aku cerita kat ma and dady. ma cakap kenapa tak ajak je.. time orang susah, kita kene tolong..
What do you expect bila seorang mak bangun awal pagi, sanggup ambil 2x bas semata-mata nak datang rumah anak dia wey..

dengan bekalan buah2 untuk anak cucu, sumpah wey, time taip ni aku sebak gila. Aku confirm la, time dia nak bungkus kan buah2 tu, dia mesti fikir yang anak cucu dia gembira tengok dia bawak buah2, boleh makan sama2 ke pastu sekarang dia terpaksa bahagikan kat orang2..

Nak aje aku pergi balik kat tempat tu.. cari makcik tu, tapi apekan daya aku.~~. www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers