Followers

Showing posts with label kitab daddy. Show all posts
Showing posts with label kitab daddy. Show all posts

Kitab daddy | Asal Usul Musang King

Unknown | 09:12 | 3Comments |
Views
Pagi tadi , before pergi kedai ma , aku borak-borak dengan daddy pasal durian yang angah beri kat aku semalam . sempat lah aku buat balik dua biji ke rumah kasi ma and daddy merasa . walaupun drive kira-kira pukul 12 malam . sambil disapa makhluk yang tidak berkaki di jalan yang separa siap .


aku tabah beb! haha . dah la drive sorang sorang . sekali imbas je . pandang kali kedua dah hilang . oh, iklan kejap . berbalik pada musang king . apa musang king tu . korang tak taw? ish . ish . ish . meh aku tambah kan pengetahuan korang supaya dapat lah jugak saham aku kat akhirat nanti kan . haha . Musang king tu sejenis durian ...ni ha..


Nampak tak isi durian tu . ni lah durian yang paling mahal kat Malaysia . dengan harga Rm15.00 sekilo . sekilo kau . bukan sebiji . ada yang mencecah rm60 sebiji . semua bergantung pada berat buah lah . 

Aku : daddy, sedap ork buah durian semalam . Angah cakap tu durian musang king . (padahal aku bukan kenal pun jenis2 durian ni.. haha)
Daddy :  Musang king memang lah sedap . buah takde biji.. biji kecik . tapi isi tebal . 

Daddy pun start terus cerita dia . Asalnya, pengasas yang mula-mula hasilkan musang king ni orang kelantan . (kata daddy dengan penuh bangga . dia orang kelantan kan . haha) orang yang hasilkan musang king ni nama dia Awang Butir . sebab ape? sebab kat bahagian dahi dia ada biji-biji . mybe kutil kut . orang kelantan panggil butir . Awang ni asalnya orang Gua Musang . 

Awang ni mula-mula dia makan durian kat tempat dia, asyik dapat biji je . isi buah tu sikit . tapi sedap kalau tak salah .  Then durian dekat Thailand pulak Isi tebal tapi tak sedap (mungkin ada unsur tokok tambah kat sini sebab aku terlalai reply tweet time ni . haha ). Awang pun try buat balik benih tu , tapi tak boleh hidup kat Malaysia . dia pun kacuk kan durian dia dengan durian thailand ni . 



Bila ada orang rasa , mula lah tersebar kesedapan musang king ni . Musang king pun diambil nama sempena nama tempat tu gua musang . king tu pulak melambangkan raja buah . Kata daddy, ada orang cina datang beli buah then ambil baka, Dia jual secara besar2 . nama awang butir terus tenggelam disebalik nama besar yang baru tu . Wallahualam . Just sharing :D salah, sila betulkan .
www.tips-fb.com

Kitab daddy | Jom Latih gerak hati

Unknown | 20:48 | 3Comments |
Views
Daddy aku sekarang dah 59 tahun . tahun depan dah 60 tahun . dia punya instinct ataupun gerak hati sangat bagus . Aku pun kadang-kadang terkejut .

cuba bayangkan, aku, ma and kakak tengah borak2 . cerita pasal tu, pasal ni.. then cerita2 lah sikit2 pasal daddy . tak berapa lama lepas tu , daddy balik rumah . then dengan muka slumber tanya ma "awak cerita apa pasal saya tadi " kitorang pun gelak2 . cakap daddy bela hantu . haha



1 perangai daddy yang aku tak suka , bila nak pergi mana-mana , kalau kami keluar rumah lambat . means dia tunggu lama dalam kereta . dia marah betul . aku kadang2 bengang jugak . macam lah tak boleh tunggu sekejap . Then kalau aku tertinggal barang , mati-mati dia tak bagi masuk balik rumah terutamanya kalau pintu dah kunci wlaupun aku tertinggal handphone . pelik kan?

Rupa-rupanya.. daddy ikut nasihat orang-orang tua . daddy belajar dari nenek dy . means moyang aku . Orang zaman dulu rumah kampung , dalam hutan , kalau nak keluar ke pekan ke, kena lalu hutan . Kalau instinct tak kuat, mungkin mati kena baham harimau . so, mereka latih instinct mereka . maknanya, kalau kitorang keluar rumah lambat, dia takut jap lagi rasa tak sedap hati. antara step yang daddy ajar ,
1. sebelum keluar rumah, biasanya kat "bendol" rumah bagi rumah-rumah zaman dulu, kalau kita sekarang, depan pintu rumah je, kita check nafas . letak jari dekat hidung . tahan nafas sekejap, then lepaskan perlahan-lahan 3x. nafas dari lubang hidung kanan tu namanya "nafas jantan" . nafas dari lubang hidung kiri tu namanya "lindungan ibu" . kalau nafas dari belah jantan kuat, kita boleh teruskan perjalanan . kalau lindungan ibu lagi kuat, tunda dulu sekejap . duduk rehat sekejap, minum air segelas ke . Then baru bertolak.

2. kalau zaman dulu, mungkin ditunda sehari selepas . tapi kalau kita , tak kan nak skip pergi kerja pulak kan . so, kalau ada hal-hal kecemasan misalnya, kita boleh teruskan jugak perjalanan kita tu , dengan bertawakal . kita baca "bismillahi tawakkaltu 'Alallahhi Lahaulawala Quwwata Illa Billah Hil 'Aliyil 'azhimm.." caranya :

a) Baca Bismillah.................Langkah Kanan
b) Baca Tawakkaltu 'Alallahhi......Langkah Kiri
c) Baca Lahaulawala Quwwata Illa Billah Hil 'Aliyil "azhimmm..................Langkah Kanan

InsyaAllah boleh mengelak dari terlibat kemalangan . korang tak percaya ke? aku percaya . sebab pernah jadi kat aku . meh nak cerita kejap .

Cerita ni pasal kemalangan . Masa aku kerja kat bandar . aku bawak kereta . time ni aku tak belajar lagi step2 ni . bawak kereta pun konon2 pandai je . padahal hampeh . tapi haritu time aku balik kerja, aku rasa macam tanak lah balik jalan ni . padahal aku memang hari-hari lalu jalan tu . aku pun ikut jalan jauh . Tiba-tiba esok tu, keluar berita, jalan yang aku biasa lalu tu ada 3 buah kereta excident . waktu yang sama aku nak lalu malam tu . Alhamdulillah . aku rasa, kalau aku tak pedulikan gerak hati aku, mungkin aku pun terlibat . 



Nasihat daddy , ambil hal sekeliling . contohnya, kalau time nak keluar rumah , tiba-tiba tersepak selipar, terlanggar something , mungkin ada alamat tertentu . sama jugak macam rasa nak pergi satu-satu tempat then hati berdebar debar . so, rileks jap sampai hilang debar, boleh teruskan perjalanan . 

Dia ada dua kategori pulak . tapi nanti aku update lagi . panjang sangat nak buat dalam 1 entry. aku bagi pengalaman sekali.. :D

Yang ayat memula tadi tu pun dikenali sebagai doa keluar rumah taw. amalkan eh . 
Dari Anas bin Malik, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ قَالَ « يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ ».
“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah”(Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya), maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga”. Setan pun akan menyingkir darinya. Setan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
www.tips-fb.com

Pantang larang keturunan aku.

Unknown | 22:28 | 17Comments |
Views
Y.D.P Agong Negara

Daddy pernah bagitau pasal keturunan daddy.
keturunan kami tak boleh makan ikan kekacang.


Syed Hussein Jamadil Kubra, moyang kepada moyang kepada moyang daddy pernah bersumpah.
dia haramkan makan ikan kacang sebab ikan tu pernah selamatkan nyawa dia dulu.

*********************************
"Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya."
http://kingofjembal.blogspot.com/2010/03/larangan-makan-rebung-buluh-dan-ikan.html
*********************************

*pasal rebung, daddy cakap tak boleh makan rebung buluh betung. 

Asalnya kami berketurunan Raja Jembal. iaitu raja kelantan. tapi nama aku dah tak ada raja or tengku or wan or nik , che and yang sama waktu dengan nya. rasanya, semua keturunan jatuh belah perempuan sebelum daddy. 

ada keturunan kami yang makan ikan kacang mendapat tulah. gatal-gatal kulit, kulit pecah-pecah berdarah, demam yang boleh mengakibatkan kematian, muntah-muntah berdarah, dan banyak lagi.



Aku ada jugak teringat masa daddy cerita,
Masa mak aku bersalin kan kakak sulung aku, nak masuk 1 hari mak bidan tunggu mak aku nak bersalin. tapi masih susah nak bersalin . mak bidan penat menunggu, tertidur . dalam tidur tu, mak bidan tu bermimpi ada lelaki berjubah putih, rentap rantai emas bidan tu. bidan tu pun terjaga. 

Bidan tu terkejut then tanya mak pasal salah silah keluarga. mak cakap, tak ada apa-apa pantang larang. pastu, tanya daddy. daddy pun cakap tak ada. bidan tu macam pelik . sebab dia dapat alamat . lama daddy fikir, then daddy teringat masa daddy kecik-kecik dulu (daddy anak sulung) , masa wan (mak daddy) bersalin kan adik daddy, tempat nak bersalin tu, di lapikkan dengan kain kuning . 

daddy terus bagitaw bidan tu. hampar aja kain kuning, Alhamdulillah ma terus bersalin . masa kakak aku bersalin pun sama . wallahualam.. semua kuasa Allah SWT. 

p/s:
Pada keturunan Raja Jembal, jangan makan ikan kekacang atau dalam dialek kelantan "jange make ike kace" . sila tanya orang yang lagi tua dari anda . supaya tak jadi tulah sedangkan anda sendiri pun tak tahu pasal ni . 

Pengalaman menarik dari keturunan yang sama.


www.tips-fb.com

Kitab daddy | Anak yang tak kenang jasa bapa !

Unknown | 01:02 | 3Comments |
Views
tumblr_m65vvkUrxM1qg39ewo1_500.gif (499×340)
Tersebut lah kisah . daddy cerita bukan untuk menyakitkan hati sapa-sapa pun sebab ni kisah benar. just untuk renungan bersama . cerita ni daddy cerita sempena hari bapa haritu . tapi ni dah lewat sangat-sangat dah ni . tapi, tak pe lah kan . sorry daddy .

cerita ni pasal keluarga Pakcik Ali (bukan nama betul) . dia kerja cam niaga sate ikan. alah, guna beca camtu . dia ada 3 orang anak . Isteri pakcik ali ni berniaga . berniaga kecik2 cam kuih2 camtu lah . lepas tu, Isteri pakcik Ali ni, buat pinjaman Mara . untuk besarkan bisness dia . tak ingat lah berapa ribu kan . okay, aku bagi contoh dalam rm20 ribu lah . eh, tak mahal ke? ke murah . entah la . aku tak ingat, daddy cakap .

images (275×183)

masa lulus pinjaman tu, anak last pakcik Ali ni baru lepas habis SPM . Pakcik Ali suruh anak dia kerja . tapi, isteri pakcik Ali tak bagi . dia suruh duduk rumah aje . yelah . duit hutang dah banyak kan.. separuh duit tu, diorang guna untuk renovate rumah. then, hari2 isteri Pakcik Ali ni bagi rm20 sehari kat anak dia ni . kononnye taknak anak dia ni bercampur dengan budak budak nakal .

Pakcik Ali pun  dah tak berniaga sate ikan dah . sebab dia tiba-tiba mengidap penyakit kulit . tak sedap pulak nak meniaga kalau orang nampak keadaan kulit dia macam tu . dia pun apply lah kerja security guard kat sekolah . sejak beberapa malam, daddy dapat tahu dari kawan-kawan, yang Pakcik Ali ni tak balik rumah . tido kat mana2 je . then, dapat tahu yang anak dia ni dah jadi gila ! nak bunuh Pakcik Ali.


Anak pakcik Ali ni sebenarnya dah jadi penagih dadah. dia mintak duit dengan mak dia. tapi kalau bukit pun, ditarah hari-hari, surut jugak . ni kan pulak duit yang macam air tu . bila mak dia tak bagi , dia ugut Pakcik Ali . sebab nak duit rm30 sehari . tahu ajelah, gaji security guard , rm berapa sangat lah kan . nak dijadikan kisah,  bila duit dah tak ada, dia guna motor beca pakcik Ali then pergi mencuri besi kat area perumahan .

ada lah penduduk yang ternampak . then call polis . bila polis kejar, dia tinggal kan beca - lari . Pakcik Ali nak pergi kerja, dah tak boleh sebab takde transport . motor tu dah ada kat balai polis . Pakcik Ali cuba nak discuss dengan polis sebab tu je harta yang dia ada . tapi, silap dia jugak sebab letak nama beca tu atas nama anak dia . kalau nak beca tu .. kena bawak pemilik asal beca tu . kesian pakcik Ali.. sekarang ni, aku pun dah tak tahu macamane keadaan pakcik Ali ni...

Moral of the story.. jangan manjakan anak korang dengan duit . then, kita sebagai anak.. tolong.. tolong.. dan tolong hormat ibu bapa korang . takde diorang, takde lah kita sekarang .

www.tips-fb.com

kitab daddy | sebab sebenar anak dara xleh mkn leher ayam.

Unknown | 05:58 | 4Comments |
Views
sejak akhir2 ni sllu buat entry srius. hrini nk buat entry sempoy sikit.. hehe..

pagi tadi ktorang pergi beli nasi. aku pun oder nasi minyak . kat sesetengah tempat tade jual nasi minyak . byk kali dah aku terkena. bila aku oder, dia ckp tunggu orang kahwin. xpe lah . mybe dia ingat aku perli dyorang kot. hehe .

tak kisah pun. pastu time nak pilih lauk untuk nasi minyak aku tu tadi, tokey kedai nak kasi aku leher ayam . daddy pun ckp camni . eh, orang zaman dulu2 tak bagi anak dara makan leher ayam . nanti time bersanding , kepala terteleng jek . pastu tokey kedai tu tambah . aah la.. betul tu . dulu time kite mude2 dulu, nenek marah betul kalau makan leher ayam . pastu dia nak cancel kasi aku leher ayam . eh2.. mane boleh...~~

pastu daddy gelak . daddy cakap.. tu semua tipu aje . orang tua zaman dulu sebenarnya buat macam2 cerita sebab nak takutkan anak kecik . contoh cam jgn duduk atas bantal . nanti tumbuh bisul . padahal, bantal tu bantal dia tido . so, taknak lah budak2 duduk atas bantal dia .

macam cerita leher ayam ni , jangan makan leher ayam . nanti bersanding kepala terteleng . padahal , dulu kalau nak dapat lauk ayam , macam susah je . kalau dapat pun macam terhad . anak-anak ramai . mak-mak dengan tok pun buat lah cerita camtu . so, anak2 yang tak kawin lagi ni pun tak berani nak makan leher ayam . untung2, budak2 ni , kalau terjumpa leher ayam , budak2 ni bagi kat mak2 or tok2 dyorang .

haa... camtu lah lebih kurang ceritanya.. emm.. banyak lagi cerita dari kitab daddy ni.. macam2 tajuk ada.. tapi belum ada masa nak update.. :)

www.tips-fb.com

Cerita dari Kitab daddy~ (parok nisan pado puluk)

Unknown | 12:54 | 2Comments |
Views
Bismillahirrahmanirrahim~

kitab daddy : Parok nisan pado puluk (versi kelantan )
terjemahan : (dalam konteks ayat) habis nisan dari pulut.
maksud : salah laku~ (buat kerja terbalik)

eh2, ade ke yg kerut kening tu? apa kaitan nye pulut dengan salah laku ek? camni.. Pagi tadi , tgh on the way nak pergi kedai, adalah kancil sebuah ni.. bawak kereta bapak la lembab . tapi duduk lane kanan . daddy pun cam bengang je . 
images (242×209)

daddy: macamane la bawak kerete. ni... parok nisan pado puluk ni..
CT : parok nisan pado puluk tu ape daddy?
daddy: (gelak) tu pun tak tahu...Parok nisan pado puluk ni .... maksud dia salah laku . Buat benda tak betul . 
CT : (still lagi blurr) .. 

Orang zaman dulu, makan pulut, lepas tu guna gula nisan buat lauk/cicah. 
sepatutnya orang biasa makan , makan pulut pastu ambik nisan sikit, 
yang salahnya, makan pulut sikit, tapi ambik nisan banyak .

sama jugak cam makan nasi .
sepatutnya org biasa makan, ambil kuah letak kat nasi..
yg salahnya , letak nasi dalam kuah .
paham dok lagi? ? hha

okeh, berbalik pada cerita kat atas tadi, kereta kancil tu parok nisan pado puluk sebab dia dah la bawak lembab , duk la lane kiri~ 

sekian.. :D

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers