Followers

Showing posts with label daddy cool. Show all posts
Showing posts with label daddy cool. Show all posts

Salam takziah

Unknown | 06:20 | 1Comments |
Views

Takziah to my lovely friend . 
Nur Zarifah Sarah binti Mohd Za'ba
aka
Sarah Za'ba

his father caught by lung infection .
I'm sorry sarah . lambat dapat tahu about daddy . 
tiba-tiba rasa kehilangan jugak . 
even i met your father in a short period tapi...

rasa rapat jugak . 
hmm..
daddy's jokes . his smile . calm and warm . 

i still remember when he guess my name . 
" tyra kan? " 

then , his jokes about the frog . 
Dear God , 
tempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang beriman . 
amin..


564824_363975146972603_336389977_n.jpg (960×720)
sarah, sorry for the photo . i took frm yr fb.
www.tips-fb.com

Pendaftaran aku ke Uitm Johor.

Unknown | 08:09 | 3Comments |
Views
*maaf entry tanpa gambar . 

salam satu negara . haha . aku tension betul la . dah la nangis siang tadi . haha . seriusly aku nangis . citer dia camni . pagi pagi tadi aku bertolak la dari rumah kat kontan . dalam pukul nam camtu . sampai pun dalam sembilan lebih . tapi masalah kat sini bukan pasal masa . korang tayah la beria nak faham sangat masa tu . haha

Aku dah la sorang sorang . seumur hidup tak pernah pergi johor . sedara mara takde , tetiba tercampak sensorang kat sini ! nak lagi tragic , sekor kawan pun aku takda . 

Problem aku start kat RUMAH SEWA

aku benci uitm johor sebab tak kasi aku duk asrama . kau gila first time nak hidup kat tempat baru , tetiba tak kasi tempat tinggal ? Aku macam patah kaki . (masa dapat surat tu lah ) . then aku usaha giler sampai aku jumpa rumah sewa . aku deal dengan senior yang aku pun tak pernah kenal . haha . Alhamdulillah dapat .

Happy lah aku..... :D

tapi ku sangka panas ke petang , rupanya hujan ditengahari . seperti yang dijanjikan , aku sampai depan rumah , then aku call pakcik (tuan rumah) . tiba-tiba, dia cakap "awak datang dengan kawan awk tu ke?" (refer to senior) . memang tak lah . senior tu tengah menghabiskan sisa2 cuti sem dia kat rumah . 

Then pakcik tu cakap semua kunci rumah pada senior . dia takde simpan tu . Rumah da la takde orang . semua cuti sem . takkan aku nak kerah senior datang johor pulak . aku text senior , dia pun tak tahu yang pakcik takde spare . appeda . 

Aku pun tergamam ! acane ni? 
Then pakcik tu suggest kan duk kat rumah sewa dia satu lagi . kat taman pelangi . rumah sewa aku tu taman bunga raya . aku masuk2 , still takde orang kat rumah . kesumbatan melanda . 

masalah dia ... bapak jauhhhhhhhhh.........
kampus tu dengan tmn bunga raya pun nak dekat 9km . 
ni dgn taman pelangi... 15km . 
dah la tak de transport . mm..
aku tumpang dulu kejap . seminggu .

setelah sejam daddy , ma , aku dan kaksue borak borak dengan pakcik . 
kitorang pun pergi shopping kat tangkak . 
lepas tu lagi balik semula rumah sewa tumpang . 
lepas tu , jumpa dengan housemate . Azu nama nya . tua setahun . dia suruh panggil kak . hik2 . owh , kakak azu stay sini jugak . jaga azu ke ape? 
emm, ptg sikit , sorg lagi masuk , bella namanya . 
okay la  . macam boleh ngam . tapi dia tak tido sini malam ni . dia balik johor . bella satu bilik dengan aku . 

lepas je ma , daddy, kaksue balik .. aku sedih . sedih yang keluar air mata punya . sedih yang tambah2 flashback sikit . yang color agak2 retro tu ...

aku nangis... kenapa aku pilih marketing... aku tanak pun... aku nangis kenapa aku dapat johor.. aku nangis.. kenapa rumah sewa jadi camni ... aku sedih sebab orang lain dah boleh kemas2 barang . aku? tengok jela yang mampu . dah la sorang sorang . seriusly aku takut . sebab esok tak tahu nak pergi dgn ape . dgn sapa .

malam tadik , pi makan dengan akak and kak azu . melintas jalan nak cari kedai makan . makan kedai mamak la... aku dah la tak berapa berkenan mamak punya masakan . tadi just makan roti cheese special . tu pun tak habis . emememe...

aku nak update lagi esok . sebab aku tengah tension . lagi pun , aku dah 3 kali tertido sebab nak taip entry ni . oleh sebab aku malas , harini aku tak melukis dan tak kasi korang gambar pun . 

tq to gula hati . sebab kasi semangat . :D
www.tips-fb.com

DUIT SYILING LAMA MALAYSIA

Unknown | 21:17 | 11Comments |
Views
HOHO..
Siapa penah tengok duit syiling lama ni? 
Aku tak pernah tengok. 
and first time aku tengok, aku cam....
"wow"

tak sangka betul ada duit camni.
ada jugak lah aku bandingkan dengan duit syiling kita sekarang..
honestly aku suka lagi duit dulu. rekaan dia lawa kot.
pastu pastu nampak cam mahal je.

Kat bawah ni aku tunjuk lah beberapa keping syiling lama je.
kalau korang nak tengok yang lagi banyak gila bapak,
klik pokmikuantan.blogspot.com

(DEPAN)

(BELAKANG)

info:
syiling RM 5.00
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Malaysia
Keluaran tahun 1971

(DEPAN)

(BELAKANG)

info:
Syiling RM 1.00
Tun Hussein Onn
Keluaran tahun 1985


Yang buat aku teruja,
ada dalam koleksi tu, tahun keluaran dia,
mak aku pun tak lahir lagi...
haha..
www.tips-fb.com

Pantang larang keturunan aku.

Unknown | 22:28 | 17Comments |
Views
Y.D.P Agong Negara

Daddy pernah bagitau pasal keturunan daddy.
keturunan kami tak boleh makan ikan kekacang.


Syed Hussein Jamadil Kubra, moyang kepada moyang kepada moyang daddy pernah bersumpah.
dia haramkan makan ikan kacang sebab ikan tu pernah selamatkan nyawa dia dulu.

*********************************
"Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya."
http://kingofjembal.blogspot.com/2010/03/larangan-makan-rebung-buluh-dan-ikan.html
*********************************

*pasal rebung, daddy cakap tak boleh makan rebung buluh betung. 

Asalnya kami berketurunan Raja Jembal. iaitu raja kelantan. tapi nama aku dah tak ada raja or tengku or wan or nik , che and yang sama waktu dengan nya. rasanya, semua keturunan jatuh belah perempuan sebelum daddy. 

ada keturunan kami yang makan ikan kacang mendapat tulah. gatal-gatal kulit, kulit pecah-pecah berdarah, demam yang boleh mengakibatkan kematian, muntah-muntah berdarah, dan banyak lagi.



Aku ada jugak teringat masa daddy cerita,
Masa mak aku bersalin kan kakak sulung aku, nak masuk 1 hari mak bidan tunggu mak aku nak bersalin. tapi masih susah nak bersalin . mak bidan penat menunggu, tertidur . dalam tidur tu, mak bidan tu bermimpi ada lelaki berjubah putih, rentap rantai emas bidan tu. bidan tu pun terjaga. 

Bidan tu terkejut then tanya mak pasal salah silah keluarga. mak cakap, tak ada apa-apa pantang larang. pastu, tanya daddy. daddy pun cakap tak ada. bidan tu macam pelik . sebab dia dapat alamat . lama daddy fikir, then daddy teringat masa daddy kecik-kecik dulu (daddy anak sulung) , masa wan (mak daddy) bersalin kan adik daddy, tempat nak bersalin tu, di lapikkan dengan kain kuning . 

daddy terus bagitaw bidan tu. hampar aja kain kuning, Alhamdulillah ma terus bersalin . masa kakak aku bersalin pun sama . wallahualam.. semua kuasa Allah SWT. 

p/s:
Pada keturunan Raja Jembal, jangan makan ikan kekacang atau dalam dialek kelantan "jange make ike kace" . sila tanya orang yang lagi tua dari anda . supaya tak jadi tulah sedangkan anda sendiri pun tak tahu pasal ni . 

Pengalaman menarik dari keturunan yang sama.


www.tips-fb.com

Kitab daddy | Anak yang tak kenang jasa bapa !

Unknown | 01:02 | 3Comments |
Views
tumblr_m65vvkUrxM1qg39ewo1_500.gif (499×340)
Tersebut lah kisah . daddy cerita bukan untuk menyakitkan hati sapa-sapa pun sebab ni kisah benar. just untuk renungan bersama . cerita ni daddy cerita sempena hari bapa haritu . tapi ni dah lewat sangat-sangat dah ni . tapi, tak pe lah kan . sorry daddy .

cerita ni pasal keluarga Pakcik Ali (bukan nama betul) . dia kerja cam niaga sate ikan. alah, guna beca camtu . dia ada 3 orang anak . Isteri pakcik ali ni berniaga . berniaga kecik2 cam kuih2 camtu lah . lepas tu, Isteri pakcik Ali ni, buat pinjaman Mara . untuk besarkan bisness dia . tak ingat lah berapa ribu kan . okay, aku bagi contoh dalam rm20 ribu lah . eh, tak mahal ke? ke murah . entah la . aku tak ingat, daddy cakap .

images (275×183)

masa lulus pinjaman tu, anak last pakcik Ali ni baru lepas habis SPM . Pakcik Ali suruh anak dia kerja . tapi, isteri pakcik Ali tak bagi . dia suruh duduk rumah aje . yelah . duit hutang dah banyak kan.. separuh duit tu, diorang guna untuk renovate rumah. then, hari2 isteri Pakcik Ali ni bagi rm20 sehari kat anak dia ni . kononnye taknak anak dia ni bercampur dengan budak budak nakal .

Pakcik Ali pun  dah tak berniaga sate ikan dah . sebab dia tiba-tiba mengidap penyakit kulit . tak sedap pulak nak meniaga kalau orang nampak keadaan kulit dia macam tu . dia pun apply lah kerja security guard kat sekolah . sejak beberapa malam, daddy dapat tahu dari kawan-kawan, yang Pakcik Ali ni tak balik rumah . tido kat mana2 je . then, dapat tahu yang anak dia ni dah jadi gila ! nak bunuh Pakcik Ali.


Anak pakcik Ali ni sebenarnya dah jadi penagih dadah. dia mintak duit dengan mak dia. tapi kalau bukit pun, ditarah hari-hari, surut jugak . ni kan pulak duit yang macam air tu . bila mak dia tak bagi , dia ugut Pakcik Ali . sebab nak duit rm30 sehari . tahu ajelah, gaji security guard , rm berapa sangat lah kan . nak dijadikan kisah,  bila duit dah tak ada, dia guna motor beca pakcik Ali then pergi mencuri besi kat area perumahan .

ada lah penduduk yang ternampak . then call polis . bila polis kejar, dia tinggal kan beca - lari . Pakcik Ali nak pergi kerja, dah tak boleh sebab takde transport . motor tu dah ada kat balai polis . Pakcik Ali cuba nak discuss dengan polis sebab tu je harta yang dia ada . tapi, silap dia jugak sebab letak nama beca tu atas nama anak dia . kalau nak beca tu .. kena bawak pemilik asal beca tu . kesian pakcik Ali.. sekarang ni, aku pun dah tak tahu macamane keadaan pakcik Ali ni...

Moral of the story.. jangan manjakan anak korang dengan duit . then, kita sebagai anak.. tolong.. tolong.. dan tolong hormat ibu bapa korang . takde diorang, takde lah kita sekarang .

www.tips-fb.com

kitab daddy | sebab sebenar anak dara xleh mkn leher ayam.

Unknown | 05:58 | 4Comments |
Views
sejak akhir2 ni sllu buat entry srius. hrini nk buat entry sempoy sikit.. hehe..

pagi tadi ktorang pergi beli nasi. aku pun oder nasi minyak . kat sesetengah tempat tade jual nasi minyak . byk kali dah aku terkena. bila aku oder, dia ckp tunggu orang kahwin. xpe lah . mybe dia ingat aku perli dyorang kot. hehe .

tak kisah pun. pastu time nak pilih lauk untuk nasi minyak aku tu tadi, tokey kedai nak kasi aku leher ayam . daddy pun ckp camni . eh, orang zaman dulu2 tak bagi anak dara makan leher ayam . nanti time bersanding , kepala terteleng jek . pastu tokey kedai tu tambah . aah la.. betul tu . dulu time kite mude2 dulu, nenek marah betul kalau makan leher ayam . pastu dia nak cancel kasi aku leher ayam . eh2.. mane boleh...~~

pastu daddy gelak . daddy cakap.. tu semua tipu aje . orang tua zaman dulu sebenarnya buat macam2 cerita sebab nak takutkan anak kecik . contoh cam jgn duduk atas bantal . nanti tumbuh bisul . padahal, bantal tu bantal dia tido . so, taknak lah budak2 duduk atas bantal dia .

macam cerita leher ayam ni , jangan makan leher ayam . nanti bersanding kepala terteleng . padahal , dulu kalau nak dapat lauk ayam , macam susah je . kalau dapat pun macam terhad . anak-anak ramai . mak-mak dengan tok pun buat lah cerita camtu . so, anak2 yang tak kawin lagi ni pun tak berani nak makan leher ayam . untung2, budak2 ni , kalau terjumpa leher ayam , budak2 ni bagi kat mak2 or tok2 dyorang .

haa... camtu lah lebih kurang ceritanya.. emm.. banyak lagi cerita dari kitab daddy ni.. macam2 tajuk ada.. tapi belum ada masa nak update.. :)

www.tips-fb.com

Cerita dari Kitab daddy~ (parok nisan pado puluk)

Unknown | 12:54 | 2Comments |
Views
Bismillahirrahmanirrahim~

kitab daddy : Parok nisan pado puluk (versi kelantan )
terjemahan : (dalam konteks ayat) habis nisan dari pulut.
maksud : salah laku~ (buat kerja terbalik)

eh2, ade ke yg kerut kening tu? apa kaitan nye pulut dengan salah laku ek? camni.. Pagi tadi , tgh on the way nak pergi kedai, adalah kancil sebuah ni.. bawak kereta bapak la lembab . tapi duduk lane kanan . daddy pun cam bengang je . 
images (242×209)

daddy: macamane la bawak kerete. ni... parok nisan pado puluk ni..
CT : parok nisan pado puluk tu ape daddy?
daddy: (gelak) tu pun tak tahu...Parok nisan pado puluk ni .... maksud dia salah laku . Buat benda tak betul . 
CT : (still lagi blurr) .. 

Orang zaman dulu, makan pulut, lepas tu guna gula nisan buat lauk/cicah. 
sepatutnya orang biasa makan , makan pulut pastu ambik nisan sikit, 
yang salahnya, makan pulut sikit, tapi ambik nisan banyak .

sama jugak cam makan nasi .
sepatutnya org biasa makan, ambil kuah letak kat nasi..
yg salahnya , letak nasi dalam kuah .
paham dok lagi? ? hha

okeh, berbalik pada cerita kat atas tadi, kereta kancil tu parok nisan pado puluk sebab dia dah la bawak lembab , duk la lane kiri~ 

sekian.. :D

www.tips-fb.com

Surprise.dari.kami.untuk.ma. . :D

Unknown | 08:30 | 6Comments |
Views

Harini nak buat entry bergambar khas buat ma, 

Datin Asmah binti Awang

we love you ma... :)

kami hadiahkan 3 kuntum bunga ros merah pada ma. and its mean..
I.LOVE.YOU
budak kecik tu hantar hadiah pada nenek dia..
tiga kuntum untuk ma..
pinjam kejap.. buat bergambar..
kecik kan lagi mata.. 
bergurau-gurau dulu.
ma bercerita pasal cara daddy bawak ma kat ktorang.
suka sangat dia bercerita ha..
prepare barang makan . simple dimple aje . 
daddy nak bagi bunga kat ma.

bergambar sat..
Daddy pun join sekali nak surprise kan ma tw.
bergaya ala-ala menang pertandingan..

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers