Followers

Showing posts with label perbincangan. Show all posts
Showing posts with label perbincangan. Show all posts

Trip to Cambodia (Part 3)

Unknown | 21:01 | 2Comments |
Views
Pagi-pagi tu, kitorang breakfast kat hotel, makanan breakfast standard hotel tapi takde cereal. aku cari jugak cereal tapi takde. tapi dia ada roti perancis. sos dia best. pedas. baru rasa melayu sikit. tu pun aku tahu after aizad suggestkan. 

Pagi tu, kitorang pakai baju Misi Kemanusiaan yang warna turquoise. Actually aku yang suggestkan warna tu. sebab aku punya jacket varsity nampak nice dengan color tu. 
okay, gambar kabur sikit, tapi camni lah keadaan dalam bas, dengan warna baju pun dah seakan-akan warna bas. haha

kitorang jalan2 sampai lah kat batu 8. nama tempat tu sebab nak tengok masjid. and persatuaan kemboja tu.
Sampai2 aje kat sana, ktorang disambut oleh sekumpulan budak-budak. ada yang berbogel, ada yang tak terurus. masing-masing cuba nak dapatkan something dari kami. tapi Madam dah pesan, kalau nak kasi hati-hati sebab kalau kita dah kasi kat sorang, dia panggil pulak gang dia. dari dalam rumah pun sanggup keluar. habis lah korang.. sampai jadi macam ni..


Kesian jugak aku tengok, nak kasi kang kesian kat aku pulak. haha
Ni masjidnya.. cantik ooo..
yang kiri sekali tu bukan geng ktorang. dia masyarakat setempat. 
Persatuan Kebajikan dan pembangunan masyarakat kemboja.
aku tak masuk dalam pun . tapi yang lain masuk. katanya dia jual telekung, baju kurung, telekung dalam 10 dollar.

Gambar dari ell
Time ni ada ayah madam shahniza. sporting gila dia. tolong ambil gambar. 
Budak-budak kat sini macam dah diajar, bila ada pelawat, diorang datang kat kitorang. macam berharap kitorang bawak something untuk diorang. ada tu saja follow kita pergi mana-mana.
Ni kat kawasan luar masjid. area tepi-tepi tu. Aku memang suka tidur time ambil gambar. sebab tu tak boleh jadi model. mata kecik sangat. photographer aku si Alip otomen pun complaint. haha

ni keadaan masjid dari luar.. pergh, cantik kan.. besar plak tu.
 Baju ktorang. actually dapat sponsor baju ni. thanks abg ewan.
kat bawah ni ada lah sikit-sikit foto untuk kenangan. haha
 Gambar dari seberang jalan with Faralina.
kalau korang tengok gambar atas ni, perempuan tu drive kan.. kat sana pemandu belah kiri taw.
 Aizad and khairul. nak lintas jalan, sila buat tak tahu kalau ada hon. sebab bukan hon korang pun, diorang sambil jalan pun hon. haha
Shahrul and Priss. Time ni kitoran pergi beli air mineral. pastu aku jumpa dia jual minyak petrol dalam botol . betul2 tepi jalan. just guna botol 100plus camtu dia letak minyak byk-byk. kalau tak salah kat malaysia, kalau nak beli minyak dalam botol pun dia tak kasi. berani mati kat sini.. :D


to be continue...
next part, pasal misi kemanusiaan & qurban kat kampung pertama.. sedih oo.. :(

www.tips-fb.com

Doa Sebelum dan Sesudah Makan atau Minum

Unknown | 03:20 | 3Comments |
Views

DOA SEBELUM MAKAN & MINUM 01


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْماَ رَزَقْتَنَا
ALLOHUMMA BAARIK LANAA FIIMAA ROZAQTANAA
Ya Alloh berkahilah pada makanan yang telah Engkau rizkikan pada kami


وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
WA QINAA ADZAABAN NAAR
dan jagalah kami dari api neraka
بسم الله الرحمن الرحيم
BISMILLAAHIRRO_HMAANIRRO_HIIIM
Dengan menyebut Asma' Alloh yang Maha Pengasih lagi
رواه أبو داود
(HR Abu Dawud)
& Kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman 205



DOA SEBELUM MAKAN & MINUM 02


بسم الله, اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْماَ رَزَقْتَنَا
BISMILLAH, ALLOHUMMA BAARIK LANAA FIIMAA ROZAQTANAA
Dengan menyebut asma' Alloh, Ya Alloh berkahilah pada makanan yang telah Engkau rizkikan pada kami
(HR. Achmad no.1244)



DOA SEBELUM MAKAN & MINUM 03


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ,
ALLOHUMMA BAARIK LANAA FIIHI,
Ya Alloh berkahilah pada makanan kami


وَأَطْعِمْنَا خَيِرًا مِنْهُ.
WA ATH’IMNAA KHOIRON MINHU.
dan berilah kami makanan yang lebih baik darinya.
رواه الترمذي3377 وأبو داود 3242 وأحمد 1876 و 2438
(HR.At-Turumudzy no.3377, Abu Dawud no.3242 dan Ahmad no.1876 dan 2438)


DOA MINUM SUSU


اللَّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ, وَزِدْنَا مِنْهُ
ALLOHUMMA BAARIKLANAA FIIHI WAZIDNAA MINHU
Ya Alloh berkahilah minuman kami dan tambahkanlah kepada kami
رواه الترمذي3377 وأبو داود 3242 وأحمد 1876 و 2438
(HR.At-Turumudzy no.3377, Abu Dawud no.3242 dan Ahmad no.1876 dan 2438)


Do'a Minum Air Zam-Zam


اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَرِزْقًا وَاسِعًا, وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ.
ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN,
WARIZQON WAASI'AN,
WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN.

Ya Alloh Aku memohon padamu ilmu yang manfaat, rizqi yang luas, obat dari segala penyakit.
(رواه الحاكم)
(HR. Al-_Haakim)
Lihat kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman



LUPA BACA DOA MAKAN & MINUM


بسم الله أوَّلَهُ وَآخِرَهُ

BISMILLAAHI AWWALAHU WA AAKHIROHU
Dengan menyebut asma' Alloh pada permulaan dan akhiran
(HR. Abu Dawud dan At-Turmudzy)
& kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman 205


DOA SESUDAH MAKAN & MINUM


DOA SESUDAH MAKAN & MINUM 01
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أطْعَمَنَا وَسَقَانَا
AL_HAMDU LILLAHIL LADZII ATH'AMANAA WASAQOONAA
Segala puji bagi Alloh Yang telah memberi makan dan minum kepada kami
وَجَعَلَنَا مُسْلِمِينَ
WAJA’ALANAA MUSLIMIIN
dan Yang menjadikan kami sebagai orang-orang islam
.
رواه أبو داود3352 وابن ماجه3274 والترمذي
(HR. Abu Dawud no.3352, Ibnu Majah no.3274 dan At-Turmudzi)
& Kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman 212


DOA SESUDAH MAKAN & MINUM 02



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَطْعَمَ وَسَقَى
ALHAMDU LILLAHIL LADZII ATH'AMA WASAQOO
Segala puji bagi Alloh Dzat yang telah memberi makan, minum
وَسَوَّغَهُ, وَجَعَلَ لَهُ مَخْرَجًا
WASAWWAGHOHUU WAJA'ALA LAHUU MAKH-ROJAA
. dan kesegaran, serta menjadikan baginya kemudahan
رواه أبو داود3353 و النسائي
(HR. Abu Dawud no.3353 dan An-Nasa'i)
& Kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman 212

www.tips-fb.com

Balas dendam kat Cikgu Mastura .

Unknown | 07:37 | 7Comments |
Views

Seriusly aku tak suka kat cikgu mastura . cikgu nuzi yang pernah cubit lengan aku sampai seminggu lebam kes tak buat kerja sekolah pun aku tak benci macam aku benci dia . Aku student aliran sains tulen kat sekolah dulu .

Cikgu mastura selaku cikgu kelas aku , mengajar subject BM ( Bahasa Melayu) . Dia memang dah lama tak puas hati dengan aku kes aku selalu rosak kan record kelas . Yelah . kelas terbaik , kelas terpandai . terhebat . semua nya ter bagi dia . Aku pula ? apa yang tak kena dengan aku? aku kononnya pelajar bermasalah . selalu datang sekolah lambat . kadang2 tak datang terus . 


dalam kelas, jangan harap nak pandang aku . dia ada favorite student . yelah . student yang pandai2 . yang naik kan nama kelas . ada apa2 je , terus tanya budak pandai . Pernah suatu hari aku datang lambat, dia cakap " seumur hidup saya . saya tak pernah jumpa pelajar seteruk awak! " dengan muka tension dia tu . dengan kerut2 kat dahi tu . korang ingat aku tak sedih ? aku student . aku orang . aku pun ada hati . 


dia pernah concern pasal aku . boleh dikira concern lah jugak . walaupun DENGAN SERKAP JARANG! . apsal aku cakap serkap jarang? cuba kalau korang dituduh curi telur ayam makcik kantin . korang nak mengaku ke? memang tak lah . so kat sini aku bukan nak cerita pasal telur makcik kantin . mahupun cikgu tuduh aku curi telur . tapi dia panggil nak jumpa aku . kalau tak salah , time tu on the way balik kerumah .



dia tuduh aku tak datang sekolah sebab aku melencong ke lain . mak bapak aku hantar aku ke sekolah , tapi aku tak masuk sekolah . aku lepak2 kat luar sekolah . (sebab zaman aku tu, memang famous kes budak lompat pagar , lepak kat kedai makan luar sekolah) . then dia tuduh aku datang sekolah lambat pasal aku lepak kat kedai makan . aku cakap kat dia aku tak pernah pun lari dari sekolah walaupun sekolah memang tak boleh kejar aku . Aku cakap aku tak pergi sekolah, aku duduk rumah je . tapi dia keluarkan statement "tak payah tipu lah.. kawan-kawan awak dah cerita dah semuanya ." 

Panas hati tak? sampai sekarang aku ingat ayat tu . kawan mana pun aku tak taw . -,- 

sumpah demi Allah . aku tak pernah lari dari sekolah . kadang2 breakfast pn tak sempat. ni kan pulak nak lepak kat kedai makan . aku bukan saja-saja nak datang lambat . korang tak faham . cikgu pun tak faham . aku pindah rumah . rumah aku lebih kurang 15 km nak ke sekolah . 


rujuk map .

kalau nak pergi sekolah , 45 minit nak ke sejam awal dah kena bertolak dari rumah . bangun pukul 5 pagi . tu waktu biasa . tapi pagi , paham-paham la degan traffic jam nya . dah banyak kali aku kena merit . kadang2 aku buat kerja amal , kemas surau , tolong cikgu sebab nak demerit . nak2 aku dah tahun akhir . nak pindah sekolah pun tak boleh . nak spm kan .

 Aku tak datang sekolah sebab aku nak selamatkan merit demerit aku . bila pagi2, berebut bilik air . jam sangat lah cemburu . kalau salah sorg lambat, mungkin sampai kat sekolah nak dekat pukul 8 . sapa nak kasi kau masuk sekolah? bukan sekolah bapak aku. nak masuk kelas pun dengan muka tebal. cikgu yang mengajar subject first pandang dengan tak puas hati . macam aku mintak dyorang blanja kefsi bucket besar . huh!



tapi cikgu mastura tak faham . dia ingat aku ponteng kelas . ingat aku tak guna sangat . kalau aku tak guna , aku tak layak masuk kelas sains tulen lah cikgu . and... aku jugak down sebab awal-awal form 4 dulu , aku pernah mintak tukar dengan cikgu mastura . aku cakap aku tak boleh bawa subject sains . aku nak tukar kelas account . dia tak bagi . dia suruh aku stay . time tu , dia dengan cikgu roslina ( if im not mistaken) . masing2 tak bagi aku tukar kelas . now rasakan lah bila sains aku tak pernah dpt A. 

lepas habis sekolah , facebook cam still baru . aku add kwn2 , cikgu2 . aku pernah tegur cikgu kat fb. dia langsung tak balas. kawan klas aku yang baik dengan dia comment kat bawah post aku, elok je reply. xpe lah.. siapalah aku dimata cikgu .



Aku dah balas dendam dengan buktikan aku tak seteruk yang dia sangka. Aku berjaya sambung blajar ke university . aku berjaya habiskan diploma dengan keputusan yang cantik . aku jugak berjaya sambung blajar peringkat degree . dan aku janji , aku akan buktikan kat cikgu mastura yang aku tak seteruk yang dia sangka . dia cakap aku pelajar yang paling teruk dia pernah jumpa . dia tak tahu . dia adalah cikgu yang paling teruk aku pernah jumpa . aku tak teruk . tapi nasib aku tak berapa baik beberapa tahun lepas . 

keluarga aku ada krisis kewangan . aku sama-sama tolong berniaga . homework? bila masa aku nak sentuh. balik malam , esok pagi pagi nak bangun awal . 

Ada kawan bagitau aku pasal reaksi cikgu bila dapat tahu aku dapat sambung belajar peringkat diploma dulu . dia terkejut habis . (nampak sangat dia memang pandang rendah kat aku ) . tapi, Alhamdulillah ya Allah... kau beri aku peluang untuk 'balas dendam' ...

sekian.. 
www.tips-fb.com

Review | Green Apple Refreshing Hand Cream

Unknown | 06:00 | 2Comments |
Views

today was a lucky day for Sasa . For the first time , aku jejak kaki kat sasa . haha . sebelum ni aku cam tak teringin nak masuk . bukan sebab apa . sebab aku tak suka promoter promoter yang suka bersidai depan kedai . aku nak masuk pun cam malas . 

Then tadi , aku tergerak hati nak cari lips tint . tapi , lain aku cari , lain yang aku beli . haha
(biasalah tu.. tyra kan~~ -,-')

so, aku beli
Green Apple Refreshing Hand Cream

ape menatang tu?
Cream untuk tangan korang . nak kasi lembut2 sikit . moisturizing gitu . 
ma cakap tangan aku cam orang jantan . -,-'
sob . sob . sampainya hati ma..


comel kan? bentuk apple .

cream dia lembut and wangi.. bau green apple . 
sangat puas hati . rasa macam nak makan je . aum!

tengok harga dia . RM12.90 satu kan? 
cuba teka aku beli dua dapat berapa....
kalau betul, aku bagi korang satu.. haha










|
|















cop...cop.. aku tipu je . malas aku bagi korang . kalau nak beli la :D
so jawapan dia..
 aku beli dua , harga dia RM14.90 je .
Murah tak? murah tak?
tambah RM2, dapat dua :)
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

Reunion 5 saksama 2009'

Unknown | 13:59 | 2Comments |
Views



Gila penat... Harini . ada reunion . kat TC . also known as  Teluk Cempedak . Rushdan la semangat gila ajak.  dia lah mastermind semua ni . Aku pulak dah alang2 nak lepak2 dengan best friend aku si Pia , Aini dengan Farah . so join lah...

sampai sana dalam pukul 3 even time yang betul pukul 2 . biasalah , janji melayu kan . haha .
sampai sana, borak2 , lepak , makan kfc , buat cabutan bertuah , hadiah rushdan sponsor :D amik-amik gambar semua, jalan2 , borak lagi . gelak2 . Then berpisah .

Aku , Farah , Pia , Aini ngan lyn 1 kereta . so kitorang tak berhajat nak balik lagi . so, kitorang melencong ke ECM . ape tu ECM? tak taw ke? East Cost Mall lah . jalan, shopping . tu yang penat tu . hehehe.
Aku malas nak story lelebih , aku nak upload gambar .

sebenarnya byk lagi gambarnya . tapi pada aini . yelah , dia pakai iPhone . aku pakai blackberry . mana sama taraf . so xboleh bluetooth . nak whatasapp pun , dia takde line . haha


ketenangan (Peace)


Sofia , Tyra , Fazlin . Aku tetiba terasa comel sebab aku kat tengah2 . haha


Pandangan TC dari jambatan


The JAMBATAN


The ROCK


The RANDOM


The PAKCIK


The MODEL (haha)

The EXCITED

The DAINTY 

The WINSOME me!


The MOTION . (style sekarang memang ambil gambar ala-ala gerak ) haha


The BLOODLESS

The DARK SIDE OF ME.

The TRIO


The CHIC 


The BEAUTEOUS 


The ARTIFICIAL CHINESE . hehe


The MOCK MEETING


The PRESENT FROM RUSHDAN :)
as you can see, pia's expression. LOL

The DOT .
i got the bird statue .

The LAST STAND

The VOYAGE 

ME + MY BFF

XOXO

again~

Going back .

Reunion 5 saksama 2009' SMK PAYA BESAR KUANTAN
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers