Followers

Trip to Cambodia (Part 4)

tyra lee | 01:42 | 0Comments |
Views
sambungan dari trp to cambodia part 3, 

kami pergi ke tempat qurban pertama di Kampung Pray Pis. First time datang sini, aku rasa sebak, penduduk-penduduk dia kalau nak bandingkan dengan Malaysia jauh sangat. honestly lah, aku pernah gelakkan pekerja mak aku pasal pakaian dia. tapi kalau nak bandingkan pakaian pekerja mak aku dengan orang sini, sumpah tak tipu pekerja mak aku tu dah kira taraf 'orang kaya' bagi dorang. 




sampai aja kami kat sana, ktorang disambut dengan air kelapa. sedap air kelapa. aku pulak dah lama tak minum air kelapa.

kat bawah ni, ahli2 yang buat qurban tu. first time aku tengok orang buat qurban betul2 depan mata. dulu masa kecik2 aku pernah mabuk darah then sampai sekarang aku tak berani nak tengok orang buat qurban. tapi time ni aku tak mabuk darah pun. syaf and shahrul ckp cara diorang buat kasar, tak macam kat Malaysia. 

part yang sedih, aku tengok diorang ramai-ramai duduk bawah rumah, tak beralas apa pun, slumber aje. kitorang duduk kat kerusi, teratak yang diorang buat. yang buat aku lagi terasa bila aku tengok makcik2, nenek2 duduk kat bawah, pandang kitorang macam mengharapkan sesuatu. nak aje aku panggil diorang duduk atas, biar aku duduk kat bawah. 

Tapi kebanyakannya aku berdiri je kat belakang sebab aku rasa tak appropriate je nak jalan2 depan diorang. shock pun still rasa. 


masa kitorang bahagikan bantuan pakaian, masing-masing berebut nak dapatkan pakaian. 

kalau lah aku tahu macam ni susahnya diorang, aku punggah banyak2 baju2 aku yang tak pakai kasi dorang. personally aku kasi. (amboi kau.)


kawasan rumah diorang. cantik, kampung betul.

Masing-masing berebut nak dapatkan bantuan duit. setiap orang kitorang kasi 2000 riel. Aku budget2 ade lah dalam rm10 xpun rm5 sorang kan. sebab kasi dua keping 1000 riel kan. pastu diorang siap buat tangan macam india buat tu after dapat duit, cam bersyukur gila. tapi bila aku dah mahir tukar-tukar duit ni, baru aku tahu 1000 riel tu bersamaan dengan 80 sen Malaysia. so kitorang kasi diorang dalam RM1.60 seorang aje! 


ramai je budak budak yang berkaki ayam.



kat belakang tu, ada makcik or pakcik yang sama trip dengan ktorang blanje dorg ice-cream. kira macam orang ice-cream tu kasi je semua kat situ, pastu ktorang bayar . tak sampai beberapa minit dah licin dah dalam tangki dia. tengok la macamana kena serbu kat belakang tu ha.. kalau aku pun nak niaga camtu . tak sampai stgah jam dah licin.. haha

to be continue...
next part, pasal misi kemanusiaan & qurban kat kampung kedua.. 
www.tips-fb.com

0 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers