kenapa aku cakap camtu? sebab... jenis aku, aku akan google dulu tempat yang aku nak pergi. tak kira lah lawatan kilang ke, negara ke, aku akan google, aku memang sangat sangat tak suka pergi dengan takde ilmu apa2.
okay, tanak panjang-panjang, aku start dengan hari first.
(hari pertama,jumaat. 1 may 2015)
Pukul 11 pagi berkumpul kat dataran UiTM. tapi aku menyampah betul dengan pengurusan bas, ada ke patut janji pukul 12, tapi dia tunda pukul 3 petang. aku at first dah rasa macam malas nak pergi semula. dah la sorang2 time tu.
tapi sebabkan afiq kesayangan aku motivate suruh pergi, disamping aktiviti2 yang nampak macam best, aku cekalkan hati pergi jugak. hahaha
dalam bas, aku duduk dengan dyla. borak2 sikit, lebihnya tidur jek. haha. sampai homestay rawa lenggeng dalam pukul 6.15 pm. ktorang disambut dengan kompang, bunga manggar, pakaian tradisi minang kabau. fuhh time tu rasa dihargai sangat. excited weyy macam raja sehari. acecehh..
Dah siap pendaftaran, Pengerusi Homestay iaitu Puan Saadiah mengalu2kan kedatangan semua dan explain sejarah homestay secara ringkas sebab dah petang kan, janjinya ktorang sampai pukul 3 tapi sebabkan masalah bas, ktorang sampai lambat. Masa pembahagian anak angkat, aku dengan lagi 8 orang(aku, dyla, nab, farah, anun, AJ, ida, ana) dapat ayah angkat iaitu Haji Husin.
Pendaftaran
depan: aku and dyla.
belakang: Nab and farah
Haji husin suruh panggil babah. Babah sporting sangatt..
tu babah
bergambar dulu dekat kawasan kuda
Dah siap minum2, ktorang balik rumah babah, jumpa mama. rumah best, bersih, ada aircond, 1 bilik siap dgn toilet. babah dengan mama pun baik sangat. Malam lepas solat, mama masak lomak cili api, masing2 makan malu malu lagi. haha
pukul 9 malam, ktorang kena berkumpul kat homestay, sebab malam ni ada persembahan tarian piring, tarian endang, zapin, dan banyakk lagi tarian yang dorang persembahkan . yang paling tak boleh blah, time dorang menari sambil pijak kaca piring. semua penonton jerit. hahaha. lepas habis persembahan, budak2 tarian ni, dia tarik2 penonton untuk menari sama. aku pun ditarik jugak. aku pun tarik dyla sekali. haa berkampung lah ktorang ramai2 kat depan tu. hahaha
pon..pon.. selingan selfie.
Tarian piring
Tarian endang. kalau korang perasan, kat depan tu ada kaca-kaca pecah.
havoc gila. dari budak2 tu pakai apa tu macam tanduk kat kepala sampai semua dah bukak, dari lagu tradisional tukar jadi lagu bollywood, kpop, clubbing, semua masuk. ktorang dah macam battle dari dak dak Uitm dengan dak dak tarian. drag drag masa sampai habis pukul 12 lebih. babah cakap, biasa budak budak tarian tu tak gembira macamtu pun, biasa lepas habis tarian tu habis lah.. harini mungkin sebab ktorang layan, memang silap lah ajak budak marketeers, lastnya pengarah homestay pun tak tahan, join buat chicken dance sekali dengan ktorang.. memang sportingggg! terbaik.
last untuk hari ini
(hari kedua, 2 may 2015)
hari kedua punya aktiviti tough sikit tapi paling menarik. ktorang semua kena bangun pagi sebab harini ktorang nak daki broga hill. lepas subuh ktorang dah kena keluar rumah, paling last sampai kat homestay dari rumah ibu bapa angkat adalah pukul 6.15am. aku tak ingat aku sampai kat kaki broga pukul berapa, tapi aku bangga jugak dengan diri aku sebab berjaya naik sampai ke puncak. top 5 jugak lah. bukan satu puncak tapi tiga tiga puncak aku naik. siap daki atas batu kat puncak yang ketiga tu.
selfie sorang sebab time ni sorang-sorang tak ada kawan.
ini pun.
dah sampai kat atas barulah jumpa Dyla.
Kalau tak salah, Nab ada semput. tapi dia berjaya jugak sampai... good jobbb!
time naik tu aku sorang2, adalah jugak budak uitm lain tapi tak kenal. aku penat aku berhenti. aku dah okay, aku sambung balik. puncak kedua dan ketiga aku daki dengan farah, dyla, afiq, syafiq, tah siapa lagi.. ramai sangat. time turun pulak, aku dengan pojie je. fun lah jugak. pojie boleh cakap aku macam spring, toing toing turun bukit. haha tu thanks kat ibu afiq, kasi kasut sukan. mmg selesa sngat pakai, tak licin langsung walaupun tanah licin and ramai tergelincir.
ni si pojie. Thanks teman time turun
dah siap daki, ktorang balik homestay untuk makan. makanan sini memang win. semua sedap. gemuk tu tayah cakap lah. dah siap makan, ktorang di briefing oleh Aqil Azwan. utk slot kuda. fuhh aku dah lama teringin nak naik kuda, finally aku dapat jugak. aku adalah orang ke 3 naik kuda time tu. nama kuda tu Marco. fuhh tak puas pulak rasa. seriously aku jatuh cinta betul dengan kuda. Nab lagi lah tak boleh blah, terus tanya berapa harga kuda. macam nak beli pulak. hahaha
masa dia briefing pasal kuda, siap demo jumping dengan memanah atas kuda lagi. time tu aku dah "omaigoddd... omaigoodddd..." hensem teruk. hahahaha.
dah habis tu, ktorang pun balik rumah babah dengan mama. bau peluh tayah citer la. dengan peluh daki broga lagi, dengan naik kuda lagi, mengantuk lagi.. tapi balik tu sempat lah tidur kejap. pukul 2.30pm berkumpul semula kat homestay sebab ada taklimat pasal "keusahawanan koperasi IPT" banyak lah ilmu yang aku dapat.
maap lar, entry ni aku rasa banyak pulak selfie aku.
dalam pukul 4 petang, ktorang belajar menganyam rotan. aku suka. and aku punya bakul tu cantik. hehehhe.
masing2 mulakan misi menganyam
ni starting anyaman aku.
ni dah naik sikit. maigod, comel sangat. tips dia, jangan bagi rotan patah. tu je.
muka-muka bahagia
lelaki ke, perempuan ke, semua kena. bakul zack cantik. kemas gila.
dah nak penghujung rotan dah.
lepas tu lipatkan macam karipap.
farah dan bakul telur ayamnya. haha
perbezaan size atas tu aku punya, bawah tu dak farah punya.
kakak berjaya buat dua bakul. okay, siapa nak beli >.<
malam pulak, persembahan pelajar. macam2 persembahan ada. kelakar ada, hambar ada. aku punya persembahan tak dengar sangat. mybe sebab jauh kut. Apa2 pun fun giler...
salah satu scene persembahan
group aku
last sebelum balik, menyanyi ramai2 lagu kau ilhamku dengan happy birthday to bobby. kira sebab malam last kan. esok dah balik dah..
(hari ketiga, 3 may 2015)
Harini boleh bangun lewat sikit sebab pukul 8 baru berkumpul kat homestay.
then ktorang diajar cara untuk memanah. aku diberi pujian kot. sebab cara pegang tali dengan anak panah tu betul. hehehe tak sia2 buat survey.
lepas aktiviti memanah, ktorang main petanque . tapi tak best sikit sebab kalah mati. bukan semua pandai main and kira tak merasa sangat.
dalam pukul 12, semua balik semula kat rumah keluarga angkat. untuk mandi, berkemas, solat semualah. ktorang pun lunch kat rumah mama.
pukul 2.30pm, berkumpul kat dewan D'Rimba untuk perkongsian pengalaman pelajar praktikal SKM. utk majlis penutup pulak, ayah capiq yang rasmi, Pengarah Koperasi N.9. dalam pukul 5 camtu kte bertolak balik ke UiTMJ.
cekodok gelumang.besttttt
Follow @RarraLee
0 00 org doakan tyra sihat:
Post a Comment