Followers

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Review | Green Apple Refreshing Hand Cream

Unknown | 06:00 | 2Comments |
Views

today was a lucky day for Sasa . For the first time , aku jejak kaki kat sasa . haha . sebelum ni aku cam tak teringin nak masuk . bukan sebab apa . sebab aku tak suka promoter promoter yang suka bersidai depan kedai . aku nak masuk pun cam malas . 

Then tadi , aku tergerak hati nak cari lips tint . tapi , lain aku cari , lain yang aku beli . haha
(biasalah tu.. tyra kan~~ -,-')

so, aku beli
Green Apple Refreshing Hand Cream

ape menatang tu?
Cream untuk tangan korang . nak kasi lembut2 sikit . moisturizing gitu . 
ma cakap tangan aku cam orang jantan . -,-'
sob . sob . sampainya hati ma..


comel kan? bentuk apple .

cream dia lembut and wangi.. bau green apple . 
sangat puas hati . rasa macam nak makan je . aum!

tengok harga dia . RM12.90 satu kan? 
cuba teka aku beli dua dapat berapa....
kalau betul, aku bagi korang satu.. haha










|
|















cop...cop.. aku tipu je . malas aku bagi korang . kalau nak beli la :D
so jawapan dia..
 aku beli dua , harga dia RM14.90 je .
Murah tak? murah tak?
tambah RM2, dapat dua :)
Tyra Lee (Author)
About Guest Author:
Assalamualaikum. I'm the only author for this blog. Cik adik, cik kakak, cik abang tak kan baca je . apa pendapat korang plak? comment la sikit. Dont worry, aku open minded :D.
www.tips-fb.com

Aku kene Ketumbit

Unknown | 18:31 | 4Comments |
Views
korang, aku kene ketumbit lah.. first time kene . so, tak tahu pun macam mana ketumbit ni . masuk harini dah tiga hari dah kene . masa first time tu, aku rasa gatal-gatal . aku garu lah atas kelopak mata . lama2 dia merah2 then mata aku asyik berair . kat hujung kelopak tu naik cam jerawat pulak . 

aku ingat sakit mata. tanya ma and daddy, dyorang cakap ketumbit .aku ingat nak pergi klinik . Tapi macam biasa, search kat internet dulu procedure dia . biasanya doktor buat ape . so, aku bersedia sikit kan.
images3 Mitos : Mata Ketumbit Kerana Mengintai...Realitinya?
Bila aku baca, aku rasa.. better pergi farmasi beli ubat antibiotik je . sebab kalau jumpa doktor pun sama je . membazir je . ada jugak yang aku baca, guna cara tradisional . sapu air liur masa bgun tdo . sebelum gosok gigi , sapu dengan bawang putih . and banyak lagi .

so, aku nak share sikit kat korang . kalau korang tak nak baca pun tak pe . sebab ketumbit ni bukan sakit mata . tapi keradangan pada kelopak mata disebabkan oleh jangkitan kuman . biasanya bakteria ni membiak kat akar bulu mata dulu sebelum buat masalah kat kelopak mata . 


Bagaimana Ketumbit Boleh Terjadi? | Sesiapa yang ada ketumbit pada mata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat buruk iaitu mengintai orang. Benarkah begitu? Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Ketumbit berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria “Staphylococcus aureus”. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria.
Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat dan menyebabkan penghasilan ketumbit ialah :
  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis – Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak. Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-Simptom Ketumbit

  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Bengkak di sekeliling kelopak mata
  • Sakit
  • Kelopak mata menjadi merah
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Mata berair
  • Gatal-gatal di kawasan bisul
  • Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
  • Sensitif kepada cahaya yang cerah
Ketumbit selalu berlaku pada hujung atau pangkal mata kiri atau kanan. Buat permulaan anda akan terasa radang mata, pedeh miang dan gatal di tempat yang tumbuh ketumbit. Jika dibiarkan, ketumbit akan membesar dan menghalang pandangan serta membuatkan sekeliling mata bengkak.

Rawatan Tradisional Ketumbit

Ambil sepanjang 20 atau  30 sentimeter benang hitam. Jadikan 2 lembar dan lilit di jari tangan kanan atau kiri. Kalau ketumbit tumbuh di mata kiri, ikat di jari manis tangan kanan. Begitulah sebaliknya, dan selawat setiap lilitan. Lakukan 3 tiga kali lilit dan ikat simpul mati. Biarkan lilitan itu di jari anda hingga mata terasa reda dan pulih seperti sediakala.
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers