Followers

mimpi hantu~ takutnye... (bahagian 1)

tyra lee | 21:09 | 0Comments |
Views

Cerita bermula aku tak ingat sangat. tapi kalau tak silap aku, aku time tu ramai-ramai beratus orang. macam perkhemahan dalam hutan.  aku berdiri sorang diri kat tepi pokok. aku tengok sekeliling aku. aku tak kenal sapa-sapa pun. semua orang pakai tudung labuh. macam budak sekolah agama.  aku sorang aje tak pakai tudung.  keadaan masa tu kelam je. mendung tapi tak nampak macam nak hujan.


Tiba-tiba, tak ada angin, tak ada ribut, pokok kat sebelah aku tumbang.  aku berlari sekuat hati.. semua budak2 tudung labuh pun lari sekuat hati macam kena kejar dengan harimau.  tengah-tengah berlari, tak ada lagi lokasi hutan. tapi still bising-bising dengan orang menjerit macam kena kejar dengan hantu.  aku tengok tempat aku berlari, simen. aik? pelik jugak aku.. tapi biasa lah kan, mimpi~~

tengah-tengah berlari, sekeliling aku penuh dengan budak2 btudung labuh. depan, belakang, kiri, kanan. tengah-tengah aku berlari, aku try jugak nak ushar muka sorang-sorang.. dapat tengok muka sorang pun kira jadi lah. tapi tak nampak pun. semua pakai tudung muncung kedepan.  disamping cuaca kelam camtu kan.. mane nak nampak.  aku dah bertambah tak sedap hati.  


aku pun tarik sorang budak tudung labuh kat depan aku.  tiba2 dia menjerit macam orang gila. berbulu tangan aku seram dengar dia menjerit. trus aku lepas. tiba-tiba dia bertukar jadi burung gagak . and terbang entah kemana. aku bertambah pelik . aku tengok keadaan dah bertambah reda, aku pun dah tak berlari, aku berjalan . aku ushar jugak kat depan.. nak jalan sampai mana ni.. tapi tak nampak penghujung jalan pun . sambil aku jalan, aku tengok kiri kanan, suasana still macam waktu maghrib. aku nampak dua orang tudung labuh pergi kat satu rumah kecik . macam surau . aku pun follow nak singgah jugak dah alang-alang maghrib kan..


aku follow blakang dua orang tudung labuh tu.. jalan yang ktorang lalu tu sempit . ada 1 lorong aje. kiri kanan semak. diaorang jalan lambat-lambat. aku nak potong sebab kaki aku dah rasa letih sangat ni. aku pun cuba nak pegang salah sorang daripada dyorang . tapi aku tetiba terfikir..

aku : "eh, kang aku pegang kang bertukar jadi burung gagak lagi kang macam mane.. ? "
aku pun redha je lah jalan lambat2 macam nenek pegang tongkat.  diam-diam aku cuba intai muka salah sorang dari tudung labuh tu. aku pandang belakang tudung labuh dia tu. nampak kesan lumpur. aku tengok kat belakang kepala dia. takde apa-apa. aku cuba tengok bahagian sisi muka dia time dia belok ke kiri. aku cuba amati muka budak bertudung labuh tu.. aku nampak hidung dia .. aku cuba cari mata dia.  tiba-tiba ! 

huarghhhh! mata dia merah sangat ! dia pusing kepala dia kearah aku.. aku menjerit macam orang gila ... huarrrggghhhhh!!! huarrggghhh!!! tiba-tiba dia pegang aku .. aku still jerit-jerit macam orang gila ... Panggg! aku kena lempang . pedihh....

 Astargfirullahalazim...... bawak mengucap dik... 

aku terpisat-pisat . betul ke ape yang aku dengar ni... la.. Islam rupenye... hantu Islam ke ape ni...rupanya dia manusia. dia suruh aku panggil dia kak may sorang lagi kak june (haha). muka diorang ketat je. sambil jalan nak ke surau, kak may cakap, dia jatuh kat lumpur sebenarnya. tu yang kotor sgt tu. kaki dia pun sakit, tak boleh jalan laju. mata dia pun terkena lumpur. tu yang merah . aku nak tanya lebih pasal semua ni. tapi aku tengok diorang macam sombong aje.. malas aku nak layan..

sampai aje kat surau tu, aku tengok sekeliling surau tu.. biasa-biasa aje . dalam surau ada dalam 2-3 orang duduk rehat-rehat . aku pun cari bilik air nak sucikan diri . tiba-tiba aku terpaku ! kaki aku menggeletar . aku ternampak.............( to be continue)



www.tips-fb.com

0 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers