Assalamualaikum orang kampung . haih lama bebenor tak update . disebabkan kemaluan aku terhadap osmet (housemate) aku . yelah, mane tak malu , dia dah la stalk blog aku . dah tu siap tanya aku pulak pasal entry aku tuh . kalau stalk diam-diam , takde lah aku segan nak meninggal ni . haha
seminggu yang lepas, aku nak update dah blog . tapi tetiba pulak nenek kucing aku nak bersalin , terpaksa lah aku tangguh . yelah, nyawa kucing lagi penting dari update blog kan . nasib jugak aku ni penyabar orangnya . kalau tak , mahu mahu saja aku tinggal kan nenek kucing tu bersendirian . amboi bermadah berhelah pulak ^.^
empat hari lepas, aku dah tekan suis wifi dah . baru jek nak login blogger , tetiba anak jiran ajak aku main batu seremban . aku cakap dah , batu seremban takde . batu kuantan mungkin ada . tapi dia degil ya ampun . so aku terpakse lah main batu kuantan ala2 batu seremban . aku harap dia tertipu lah dengan batu kuantan tu .
tiga hari lepas, aku dah rilex-rilex dah nak buat entry pasal lauk berbuka . tetiba pulak aku terlekat kat depan drama korea , puas jugak aku tarik-tarik tangan sendiri agar tak terpengaruh dengan kehenseman mamat-mamat korea tu. tapi ternyata usaha ku gagal . so tak berupdate lah entry lauk berbuka ku .
dua hari lepas , aku online tengah malam . konon konon nak curi-curi online lah . bukan main lagi aku online dalam gelap . pup! tetiba xboleh search . rupanya daddy tutup wifi -,-' aku pun mengambil keputusan untuk duduk bersila sambil cari jalan untuk bukak balik wifi yang ada dalam bilik daddy sampai tertido haa...
semalam , aku cuba nak online blog . aku bukak je lappy , aku taip fb , twitter and last skali blog . time bukak fb aku amik masa 5 minit. bukak twitter ambil 3 jam . nak bukak blog , aku dah malas . so aku pun tak update blog .
tadi aku bukak lappy , aku pun taip-taip . sedar-sedar dah sampai sini . okay , sebab tu aku berjaya publish entry ni.. kah3... terima kasih kerana gigih membaca :D
tepuk tangan "applause"
Follow @RarraLee
2 00 org doakan tyra sihat:
hahaha...boleh la lps nie publish entry mcm nie plak kat blog:P
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee@Anak pak cik Azhar :) jemput-jemput :D
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra LeePost a Comment