Followers

Malang yang berbau~

tyra lee | 19:29 | 0Comments |
Views
Minggu ni aku dapat banyak sangat masalah. Ujian yang Allah bagi . Tapi alhamdulillah insyaAllah ada hikmah disebaliknya. 

Memula aku punya phone blackberry rosak. asyik hang, then restart, kadang2 tanak hidup terus. then aku format. nasib keluarkan memory card. just contact and certain file yang hilang. sakit sikit lah nak call org.


Hari sabtu. Lappy aku tak boleh on. ape lah masalah dia aku pun tak tahu. asyik restart2, file corrupt lah ape lah. aku dah sedih giler, assignment berlambak, nak kene buat design kad jemputan lagi kan. Then aku tanya Alip, sebab dia kan pandai bab2 komputer. Then dia suruh kasi dia buat.



Esoknya berjam2 jugak lah nak siapkan lappy aku, macam2 cara dia guna at last kena format. All my assignment gone! report, slide, hmm.. kene buat baru, pakai rangka2 yang still ada kt email. haih~ nasib design utk kad jemputan, dia tolong buatkn.


then, dua2 rumah aku kat kuantan kene banjir and my parents kena duduk kat pusat pemindahan. sedihnya. yang paling sedih, aku tak ada duit and parents aku tak boleh transfer duit pasal bandar kuantan 50% tenggelam. barang2 tayah cakap lah~



kena tipu kat bank islam. Aku teman jue pergi claim cheque dia. sambil tu aku pergi ATM nak check tkut2 parents ada transfer duit kan. dah pergi kt jue, then si pekerja kat situ tanya aku dah buat kad baru ke, aku ckp dah. then yang buat banking kat phone tu. aku ckp belum. jue ckp free, aku pun buat la. jue pun buat balik pasal nak renew dia punya.



tiba2 kena bayar RM10 . damn! kalau aku tahu aku tak buat lagi. dah la takde duit ni. aish, sakit pulak hati ni. apsal org bank tu tak warn padahal dengar je conversation ktorg.



kemuncak dugaan aku bila kereta aku rosak! tengah aku tunggu kat dalam bank Islam tu tadi, aku tinggalkan erin and syida dalam kereta. tiba2 dalam pukul 4.25pm (7minit kmudian) erin call, cakap kereta aku meletop. Aku pun ape lagi, berlari keluar bank, pergi kat kereta. jauh sikit aku park kereta dari bank pasal tak ade parking. 

Sampai kat kereta, kereta aku berasap. air dari bonet kereta keluar2. Aku ingat daddy pesan, kalau nak bukak depan tu, tunggu dia sejuk dulu kalau tak dia meletop tak pun air panas naik kat muka. Aku pun ajak syida and erin pergi bank dulu sementara aku and jue settle ktorang punya sim card. Sambil2 tu erin dgn syida dah bebel2 pasal orang datang kat kereta nak tengok ape yang meletop, dia tak boleh keluar kereta lah, ape lah kan. 

Aku pun rilex jela. pastu dyorang bebel kat aku lagi pasal aku cam tak risau. kalau orang lain dah gelabah. haih~ nak gelabah apsal, aku pun tak tahu problem dia. haha. 
Nak call daddy tak boleh, sebab aku tak ada credit. credit still ada rm3 tapi maxis gila sebab ada tarikh luput after seminggu. -,- sebelum ni takde pun. dah topup tu, Aku call daddy. tapi tak dapat. takde batery kut. byk kali call tak dapat. Aku check kereta, hos aircond tercabut. aku check hos dia tak pecah tapi ats engine penuh air color karat. aku pun call abu. dia dalam kelas (kelas yang aku skip ) then dia cakap dia tak boleh datang tp adib ada kat rumah so dia suruh aku mintak tlg adib. 

Aku pun call adib and cerita sikit2 pasal keadaan kereta tu. then aku tunggu dia datang. sambil2 tu, aku call angah aku, tapi handphne dia rosak. jatuh dalam air banjir. Aku call mak aku, tapi tak dapat. maybe takde batery kot. kan kat pusat pemindahan banjir. 

Then aku call kaksue, finally dapat! tak sia2 hafal nbr phone family. kan handphone kene format haritu. Call kaksue, then dapat cakap dengan Angah. Daddy takde. cte camtu camni, Angah ckp, pasang balik hos dia then isi air. Aku pun ape lagi, kerah la budak2 ni pi beli air. tapi diorang cerdik sikit dari aku. cari air paip. hahaha. 

tidak lama kemudian, hero pun sampai, si Adib. dia tengok2, baiki hos tu, sumpah ketat sampai kene pakai player. nasib kereta aku lengkap. masuk air bagai, explain-explain pasal kereta pastu tetiba abang proton datang. dia cite2 pasal kereta. pasal cuci yang depan tu pasal air karat kan, then nak suggest kat aku tpt kawan dia, rm70 camtu. aku tolak la baik2. yelah, tengah kering kot. 

Dah settle semua, aku punya temperature kereta pun okay, Adib cakap aku punya tayar takde angin. plus aku bawak 3 makhluk Allah bersama dengan barang2 penuh kat bonet. diorang ni mangsa banjir. haha konon2 nak pindah kolej kat UiTM tapi tak dapat. haha

Aku tak tahu nak pam tayar then mintak adib pam kan. Adib bawak pergi Petronas. jauh~~ pastu sampai2 sana tak boleh pam pasal ade banyak kereta park kat depan pam tu. tak sampai wire ke kereta aku. then, ktorang u-turn balik, pergi ke Petron depan CIMB. 

Sampai sana, tiba2 angin makin berkurang. bukan makin bertambah. makin lama makin berkurang. Adib dah guna macam2 cara tukar tu, tukar ni, tapi still tak masuk. sampai tayar aku leper betul. Time tu nampak la berpeluh si adib ha, kesian pulak aku dah susahkan dia. then dia pulak yang mintak maaf kat aku. dia cakap tadi boleh jalan skrg langsung tak boleh. 

Dia pegi tanya abang yang kerja situ, dua orang try, dua2 tak berjaya. rupanya pam angin dia rosak. punya lah tak guna. dyorang suggest pergi kat shell depan tu, tapi hancur lah tayar aku nak golek dengan keberatan kereta tahap gaban. 

Then Adib suggest, cabut tayar then bawak tayar pergi pam kat shell depan sana. Tapi dia takde jet kereta, abu pinjam pasal tayar kereta abu pecah beberapa hari lepas. kebetulan time tu, irfan nak datang sebab nak ambil barang dari jue, so adib pinjam jet irfan padahal aku pun ade. lagi besar. haha.

dyorang pun bertungkus lumus nak buka nat tayar tapi tak berjaya. pakai spanar T pun tak boleh. then aku teringat daddy pernah bagi aku something utk buka tayar. tapi masalah dia, aku letak kat dalam bag. bukan dalam kereta. and time tu, aku tak pakai bag tu. alahai~ kene gelak dgn Adib.

dyorang pun dah berpeluh2 dah nak bukakkan tayar kereta. at last, adib hantar aku balik rumah, ambil yang daddy kasi tu, baru lah boleh buka tayar. Adib suggest, dia pergi pam tayar tu sat then tinggal jela kereta xde tayar kejap. tapi irfan cakap, pasang je tayar spare, bawak kereta pergi sana. dah siap pasang tayar spare, rupa2nya tayar spare aku pun takde angin. choi!

aish kereta baru beli second hand, takde ape yang aku tahu. rindu kereta season aku. ish.

then adib teruskan niat dia hantar tayar aku pergi pam. seriusly jauh nak u-turn bagai2 tu, serba salah gila kat dia. irfan time tu nak tanggalkan balik tayar kereta aku. tiba2 satu kereta lagi sampai, dekat 5 orang keluar. Abu, haiqal, shamil, zakwan, dengan Halim. sumpah terharu wey, rasa macam ape je. then abu tolong settle kan pasal irfan ade test malam tu. lagipun time tu dah dekat pukul 7 dah. test pukul 8. gila lah. dia cakap dia tak baca pun. aku doakan dia boleh jawab, lulus. tu je..
dak2 reramai datang boleh buat klaka2. erin, syida and jue kepenatan. yelah, dari pagi dengan aku, tetiba tersadai macam tu pulak. dah siap semua tu, aku ktorang pun balik... fuh, penat betul sampai tertidur terus.
with erin. 

www.tips-fb.com

0 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers