Followers

pengalaman dan pengajaran~ (sehari sebelum wedding day)

tyra lee | 07:20 | 0Comments |
Views

petang 13 december, aku still kat segamat sedangkan esoknya kakak aku kahwin and aku adalah pengapit sebab ada test penting. OPM533 . fuhh, killer subject. after test, aku mintak tolong haiqal hntarkan kat terminal. time tu pukul 4.30pm, 1 jam awal before bas aku bertolak (5.30pm). Time tu ada Haiqal, faiz, shamil and TMJ. 


utk membunuh masa, haiqal pi hntr potong sluar dulu, then park kat OS. yang klaka tu, paiz baru first time datang OS. sumpah lawak. after park, dorg beria2 ajak aku makan, diorang cakap, klau tanak makan, minum pun takpe. lagi lawak bila tmj cakap "kau tanya hati kau, kau nak ikut ktorang makan ke nak pergi sana" time tu aku tengok jam, lagi 20 minit before pukul 5.30pm. 

Aku ni lurus bendul jugak ek sebab aku tak pernah or jarang naik bas express bagai2 ni.. first time aku naik bas express time diploma, tu pun dengan kawan. ni pulak sensorang. mana nak berani. kalau driving sendiri berani gila.. kat tiket tulis kena tunggu awal 10 minit. 

so, aku pun cam teragak-agak nak follow diorang or nak pergi je terminal. bila aku berkira2, lagi 20 minit, tolak nak kena sampai 10 minit awal kt terminal, nak tunggu order lagi, nak siapkan lagi pasal ktorang ramai kan. so aku ambil keputusan utk tunggu je kat terminal. so tak follow diorang. tunggu punya tunggu, bas tak datang. 
http://ts4.mm.bing.net/th?id=H.4882708992100411&pid=15.1
Dari pukul 5.10pm, ke pukul 6.00pm, bas pun tak nampak. Erin yang bas pukul 6pm pun dah datang. aku ingat aku kena tinggal bas. pergi kaunter tanya, dia cakap bas lambat. dalam pukul 6.30 sampai. aku cam hangin jugak lah. lambat. Dah la lapar. erin pun dah bertolak ke melaka. aku yang datang awal bas pun tak nampak lagi. tunggu punya tunggu, pukul 7 pun still tak ada bas. pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 baru sampai. bayangkan, tunggu bas dari pukul 5 sampai nak dekat pukul 8.

ramai gila berbulu time tu. sorang perempuan tu, byk kali jugak naik turun kaunter. sumpah menyesal tak ikut haiqal and the gang. dah la lapar dari pagi tak makan. kalau aku mati kelaparan time tu, salahkan bas CEPAT EXPRESS yang super lembab!! 

dulu pernah naik bas dari kuantan ke segamat. ambil masa 5 jam wey. aku drive boleh sampai 2 jam je. nak patah pinggang aku kat dalam bas tu. dah la lama gila berhenti kat muadzam. Aku and Erin memang dah boikot dah bas ni. after ni, aku sanggup tak balik dari dapat service yang super bangang.
Now dah tahu pasal ape budak kelas aku ramai present pasal service bas. ni lah salah satu sebab dia. good job marketeers! 

Aku sampai2 kuantan, dalam pukul 11. nasib jugak aku tak sempat habis mainkan mp3 aku. kira driver ni bawak laju lah jugak. sampai2 kat terminal kuantan, angah tak dapat ambil pasal dia ada kat rumah tok kadi. kakak aku tgh nak nikah. 

Time tu, aku lepak dengan sorg makcik ni.. sumpah kesian. aku tak kenal pun. tapi dia baik. aku panggil dia makcik, tapi dia biasakan diri dia nenek. tak nampak tua sangat pun. pipi still cantik, pakaian pun kemas, kecik je orangnya. pakai spek. bawak banyak barang. aku tanya lah makcik nak pergi mana. dia cakap dia nak pergi rumah anak dia kat alor akar pasal anak dia suruh tolong jagakan cucu dia. tapi time dia sampai tu anak dia dah takde kat rumah. anak dia pergi temerloh.
Gambar hiasan
Macam kesiannya.. dia duduk situ dari pukul 6.00 petang! dari aku kat segamat tadi tu haa... so tak ada orang nak pick up dia. umur dia 70 tahun tapi ingatan dia superb! dia boleh cakap anak berapa org, cucu berapa org, longrat melaka still ada. dia cakap ada keturunan hang tuah. tak jauh atas dia. tapi cara dia cakap macam baba n nyonya cakap sikit. dia cakap, bas dari melaka takde nak ke pahang, so dia dari melaka pergi KL then dari KL dia naik bas ke kuantan.

gigihnya lah makcik ni. time tu aku perasan makcik ni macam sakit, aku tanya dia ok tak, dia cakap siang tadi dia jatuh time kat monorail. ada cina langgar dia dengan bag besar, langgar kaki dia. dia jatuh then guard yang tolong angkat dia. kesiannya T.T . tapi dia cakap boleh jalan lagi..

Banyak barang yang dia bawa tu buah2, bawa untuk anak cucu. tapi banyak jugak dia dah kasi orang dalam bas, pasal banyak kan. Ya Allah kesiannya.. nak nangis pun ada.. sampai sekarang aku still fikir, mana makcik tu sekarang, pergi mana, siapa pick up dia. dia siap bagi aku rambutan lagi.. besar gila buahnya. tak macam size rambutan biasa. and rasa dia super manis... sedap wey... 
gambar hiasan

time tu, abang aku, a'ji yang datang ambil aku. bila a'ji sampai, aku salam makcik tu and ckp terima kasih utk buah rambutan. berat jugak nak tinggalkan dia. Dalam kereta aku cite la kat a'ji pasal makcik tu, aku macam nak tolong htrkn dia ke kan, tapi sama jugak, rumah anak dia takde org. nak bawak balik rumah, rumah aku baru lepas banjir. 

a'ji comment la, ape la anak dia tu. kuantan-temerloh bukan lama pun, sejam lebih je. paling lama 2jam. takkan la tak boleh balik ambil mak dia. dari pukul 6 smpai pukul 11 wey, aku yang dari pkul 5 sampai 7 lebih pun nak mengamuk, nak nangis bagai, ni kan pulak makcik tu.. aku teringat makcik tu cakap "kalau tak pun, esok pagi pukul 8 pagi, makcik naik bas semula balik melaka" . takkan dia nak tidur terminal, takkan dia dah susah2 dtg sini pastu balik camtu je. Aku cerita kat ma and dady. ma cakap kenapa tak ajak je.. time orang susah, kita kene tolong..
What do you expect bila seorang mak bangun awal pagi, sanggup ambil 2x bas semata-mata nak datang rumah anak dia wey..

dengan bekalan buah2 untuk anak cucu, sumpah wey, time taip ni aku sebak gila. Aku confirm la, time dia nak bungkus kan buah2 tu, dia mesti fikir yang anak cucu dia gembira tengok dia bawak buah2, boleh makan sama2 ke pastu sekarang dia terpaksa bahagikan kat orang2..

Nak aje aku pergi balik kat tempat tu.. cari makcik tu, tapi apekan daya aku.~~. www.tips-fb.com

0 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers