Followers

ke ALONE nan

Unknown | 23:34 | 1Comments |
Views
Nama aku Tyra.. 

ya , manusia yang tak kisah to be alone .  like my father said... "be a seed . wherever its goes, it will sprout up" 


Alhamdulillah la, aku senang berkawan. aku tak kisah nak berkawan dengan siapa-siapa. even kau takde hidung, kau tak sempurna.. I will..... be your friend. 


But still... harini..




aku rasa alone. tak pernah sepanjang aku hidup kat bumi segamat ni, even aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah, sorang-sorang pergi makan, sorang-sorang pergi kelas, tak pernah sekali pun aku rasa alone camni. 


but today, aku ada kelas pukul 8 pagi . pastu aku ada meeting pasal Misi kemanusiaan kat kemboja. 
pukul 2 pulak aku ada presentation. jarak setiap tempat macam langit dengan bumi woo (hyperbola) . 

After kelas e-com pagi pukul 8 tu, aku nak pergi print rubrics kat blok I. kawan-kawan aku si Abu, Erin and Adib dah balik. biasanya aku tumpang dorang balik rumah. Tapi harini konon2 aku nak stay kat UiTM. nak study slide presentation bagai. harini pulak aku tak drive kereta sendiri, aku tumpang merra.  Then thanks to jue sebab terangkan slide presentation utk aku before aku present. 


Malangnya time aku nak print rubric, pendrive aku terkena virus shortcut.




Aku tanya abang tempat print tu , tapi dia takde virus shortcut remover yang uitm dah provide kan tu. Aku pun terpaksa jalan jauh2 dari blok I, nak ke blok Admin. sampai2 kat blok Admin, aku terpaksa beratur panjang.. dah la dua orang perempuan depan aku bukan main lembab. why on earth they still alive? urgghhh... 





kau orang boleh faham tak perasaan aku bila kau tengah kejar masa nak print something2 tetiba kau tengok depan, pandang screen desktop tu, nmpak cursor tekan ape tah pastu ade popup window pasal accept ke reject . tekan jelah 'enter' ni tak , dia gerak2 kan cursor tu nak cari mana cursor, then tersalah2 klik accept tu. pstu bukak document lain, edit2, borak2.. aku tengok kat belakang aku ada 5-6 orang tunggu desktop tu jugak. then aku sound "dik.. boleh tak cepat sikit" . 


I dont know the exact age she is but still aku hormat kelembaban dia tu. haha

Since abang kat block Admin cakap dia ada virus shortcut remover, aku try delete2 virus, malangnya, habis fail aku rosak. semua hilang.  

Aku dah mati akal.. kat belakang beratur panjang! fail kosong. just ada 1 folder yg mana assignment yg aku kena hantar online. tayah print pun. tapi sebab nak cover malu aku punya fail dah kosong, aku pun print out that one. RM2.20 melayang~~


Aku tengok jam dah pukul 10 lebih. pendrive aku kosong! pukul 12 nak pergi meeting. pukul 2 nak present. meeting confirm panjang. aku rubric tak print lagi.. omg :(


Aku hantar text, whatsapp, bbm, wechat, semua alternative yang ada, kat kawan2 yang aku rasa berpotensi nak tolong and aku tak tahu whether dia still ada kt uitm ke tak. yang aku tahu mmg dah balik, mmg tak la aku nak text kan.. 

Tapi hampa.....

No one helped me. no one gimme positive feedback. yang paling aku terasa, bila kawan yang aku tolong time dia susah, dia tak tolong balik. aku whatsapp minta tolong, dia tanya kenapa, aku cakap masalah aku, then dia tak reply. i saw he/she's 'online' . but its okay.. dont be regret ya 'real friend' . i will 'HELP' you in future... hahaha (evil laugh!)

aku tunggu van, tapi nasib tak menyebelahi aku.. satu van pun tak ada. ada bas without pemandu. mungkin dah mati kot. satu jam aku tunggu kat depan kampus dengan bustop penuh dengan budak diploma nak balik cuti raya. dalam hati doa2 supaya tak nangis. sedih kot. just tears still in my eyes. waiting to dropping from my eyes. 

After one hour..

Bas pun gerak, aku jalan kaki dari hentian luar sampai rumah . pergh.. tough day. main2 handphone. bajet2 tengah text orang sebab semorang pandang aku lain macam. yelah, aku bukan main lagi bersiap harini sebab ada presentation pasal contact lens. nasib lah ada twitter, boleh jugak teman aku yang sedih. banyak jugak aku tweet time kat bustop tadi.. 


ramai jugak retweet. tapi dorang bukan tahu masalah aku pun. 



tadek orang nak tolong pun. sedih kan hidup aku... aku ingat aku ramai kawan . tapi bila aku susah, memang, aku sebenarnya tade kawan . Tapi aku bersyukur sangat ada erin, dia kasi support kat aku .  dari first tadi, sampai aku sampai rumah . bagi suggestion . aku tak salah dia tak boleh amik aku. dia tade transport, tapi dia punya concern tu buat aku rasa aku still ada someone . Thank you . 



Aku berdebar-debar sangat pasal aku takut presentation aku teruk . tak prepare, tak cukup masa . Ada beberapa orang kawan yang kasi aku kata-kata semangat . classmate . yang paling tak boleh lupa, time aku tengah sedih2 nak nagis, berdebar, faiz yang bagi aku, jenis in his own world, yang time tu dalam kelas, dia bagi ayat "Lek.. kau cakap camni.. jangan takot jangan gentar Allah bersamaku" 

automatically, aku gelak and aku tak rasa sedih dah. serious talk! so korang boleh cuba . 



Sampai rumah, jue, mus and iffa text, called cakap pasal buang virus . siap kasi nbr phone wani, org yang boleh buang virus. macam buang saka lah pulak. haha . Aku bbm abu mintak tolong print rubrics, sebab aku dah fobia nak print kat uitm. ni semua salah printer aku tak kua color . asal eh? nasib abu tolong,, 

sampai rumah , aku dah lencun peluh, mandi2 tukar baju, buat backup semua, bertolak pergi meeting pukul 12.10. aku drive kereta. jarak rumah ke kampus 10minit. aku sampai bilik meeting dah stgh jam lambat. 

debar present lagi..

debar misi kemanusiaan lagi...

habis je meeting, aku jalan laju2 dari blok I ke Blok karyawan . gila tinggi. jauh. nasib tak berpeluh je. lastly, aku present dengan berdebar2, tak prepared tapi madam cakap markah aku ok.. thats all.. dugaan hari ini.. :)


With erin, after the presentation.. ILOVEYOUERIN. :) FRIENDFOREVER..



okay ni selingan.. ahahaha...



www.tips-fb.com

1 00 org doakan tyra sihat:

Unknown said... [Reply love]

huhu
tragis nye kisah
ada hikmah2

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers