Aku harap ini bukan dejavu.. bukan juga nyata.. aku harap ini mimpi semata-mata... cerita bermula apabila aku habis menguruskan satu majlis semi-formal disalah sebuah hotel disekitar bandar kuantan.
semasa menunggu majlis habis, aku mengajak rakan-rakanku dalam 3-4 orang berbual di luar hotel. kami berjalan sambil bergurau-gurau. sedang aku berjalan di depan salah satu bilik mesyuarat, tiba-tiba..
"Bulk!!
alamak!
************************
aku terlanggar seseorang...
oh! sorry.. kataku ringkas....
tiada jawapan daripadanya.. aku pelik...
aku segera mengangkat mukaku kearahnya...
aku : er... err... errrr.... [sambil memandang kearah wajah seorang lelaki yang mungkin ku kenal.]
lelaki muda itu berbaju kemeja hijau, berambut rapi dan becermin mata memandangku.
dia juga hilang kata-kata.
aku : zzz..... zzack?
dada aku berdegup kencang. aku dalam percaya dan tidak. aku tenung wajahnya. adakah dia pemuda yang ku kenal itu? zack.. bekas kekasihku dulu. Cinta pertamaku. seorang yang berimej nakal, kelakar, seorang yang penuh gaya, jiwanya hanya untuk enjoy, kini berpakaian kemas lagak seorang pengurus.
Dalam keadaan itu, semakin ramai orang yang keluar daripada bilik mesyuarat itu.. mungkin perbincangan mereka sudah selesai. ketika itu, ramai yang memandang kami dan dia bersuara...
dia : erm..encik zack sambil menghulurkan tangan...
aku tergamam. rakan-rakanku telah memberikan isyarat bahawa ingin menungguku diluar hotel dan aku hanya mengangguk.. aku juga ingin segera beredar kerana merasakan suasana menjadi kurang selesa dengan perasaan yang tidak keruan ini. tetapi tiba-tiba sepasang suami isteri berhenti diantara perbincangan kami dan dengan sepantas kilat zack menarik tanganku dan memperkenalkan aku kepada mereka....
zack : ****, ni isteri zack...
aku tergamam. berderau darah aku mendengar kata-kata zack.. aku bagaikan boneka. aku menyalami tangan wanita yang dalam lingkungan 50-an itu tanpa disuruh. dan berdiri seperti batu. tiba-tiba zack bersuara kepadaku..
zack : kenal tak siapa ni?
aku : err...sambil menggeleng kepala lambat-lambat.
zack : ni.. mak dengan ayah zack...
aku lagi lah terkejut... aku ingin menerangkan kepada mereka yang aku bukan isteri zack.. tetapi ayah zack yang berwajah bengis terus memotong...dengan nada yang agak tinggi..ayah zack memberikan nasihat..
ayah zack : dah jumpa ni,alhamdulillah lah.. ayah tak nak gaduh-gaduh lagi.. duduk elok-elok.. jangan berpisah lagi.. ayah dah tua.. masing-masing tolong jaga hubungan masing-masing.. bla..bla..bla...
aku dalam tergamam tanpa disangka mengalirkan air mata. mungkin kerana terkejut dengan adengan yang tak disangka ini. sudahlah aku tiada kena-mengena dengan mereka. ramai orang disitu memandang kami. aku berasa malu.
aku terus menangis.. teruk juga aku menagis. zack membawa ku ke taman berdekatan untuk menenangkan aku. katanya, ayahnya mempunyai penyakit. jangan ambil hati. Dalam esakkan ku, dia mengeluarkan dua keping kad kepada ku.. kedua-duanya telah lama dan dakwatnya sudah kembang.
zack : dah lama zack simpan kad ni.. ingat tak ni kad yang tyra pernah bagi zack dulu..(sambil menunjukkan salah satu kad kepadaku) dan yang ni kad yang zack tak sempat bagi pada tyra.. minta maaf, zack tinggalkan tyra. zack bawa kad ni kemana sahaja zack pergi. zack dah nekad.. kalau ada jdoh.. kte boleh jumpa lagi.. aku terus menangis teresak-esak. perasaan terharu juga menebal dalam diri. rasa dihargai..
suasana sepi...
************************
zack : em..tyra.......
aku : hum....
zack : sudi tak tyra jadi isteri zack..
aku : ha?
zack : dah lama zack cari tyra.. tunggu tyra...dah bertahun...
aku : ??? sambil tersedu-sedu..
aku dah ada pegantinya.. aku lagi cintakannya..aku lagi sayangkannya.. Muhammad Zul Afiq Kamarudin.. mmg la cinta pertama memang sukar dilupakan.. tapi, aku dah lupakan kisah kami...aku nak bina kisah baru dengan cinta baru.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...
****************************
tuuutttt.. tuuuutttt.....
tuuutttt... tuuutttt......tttttttuuuuuttttttttt......
handphone aku tiba-tiba berbunyi.. aku mencapai handphone ku yang tertera jam 6:00 pagi..
eh? mimpi ke??
aku terus bangun dan mendapati aku betul-betul menangis.. aku mula terfikir.. kenapa aku mimpi orang yang dah pergi.......
jiwa aku tak tenteram.. setelah mandi, aku terus menceritakan tentang mimpiku kepada afiq...
*************************
aku : bla..bla.. bla... (ringkasan diatas)...
afiq : kalau awak ditakdirkan untuk dia.. saya redha... awak syg lagi kat dia lah tu.. sebab tu awk menangis sbb dia..
aku : (tahan nak nangis....)tapi saya sayang awak....
afiq : hehe.. jgn risau lah.. biasa lah tu mimpi... sya pun pernah mimpi kawin dgn awk jugak...
aku : ^_^ oh, yeke.. harap2 mimpi awak tu jadi kenyataan... saya taknak mimpi saya ni jadi kenyataan..
*************************
p/s : segala cerita dalam blog ini hak milik tyra uyura... semua yang diatas ni adalah mimpi dan juga ditokok tambah sendiri oleh beliau untuk keselesaan korang membacanya.. sory la kalau ending dy cam biasa2 aje.. nak kejar masa ni.. ade job.. :D