Followers

bala menimpa~

tyra lee | 07:09 | 0Comments |
Views



argghhh...

A: saya tak tahu ape dah jadi.. semuanye secara tiba-tiba..

B: TAK! semuanya salah awak.. awak yang bertanggungjawab atas semua ni. ni tentang masa depan awak, awak tahu tak?

A: eh, betul ke?

B: betul lah!! 

( hanya ilusi penulis.. haha)


sebenarnya.. bertarikh 25 september 2011, aku ade test CTU (cam subject agama ) lah kan. aku sampai tak tidur semalaman sebab nak study.. stiap helai buku text tu aku baca. memang dah khatam dah.  Korang tanye je pasal ape, semua boleh jawab. (time tu lah kan =.=) 


test aku tu start pukul 2:15 ptg.  pukul 1 lebih aku dah gerak dari bilik. biase la.. kan confident aje boleh jawab smua.  then aku duduk kat susur gajah sebab nak tunggu geng yg tak siap lg..


test aku tu kat DSG (dewan serba guna@dewan sejuk gile)  koya dengan sweater bulu2 lagi nak standby tkut sejuk.. tibe2, mber aku kluarkan barang2 nak bawak masuk DSG.. aku pun same.. TIBA-TIBA~~


-

-

-

-

-

-


-




*********************************************************************
aku: wey.. cemane ni...aku tak bawak slip exam..

kechik, nana, fiqah(aku pun tak ingat sape ckp) :  ko biar betul... serius ni?

aku: betul la~~ cemane ni.. (time tu jgk KP buat pengumuman sruh masuk dewan)

kechik: pergi balik amik.. cpt sikit.. berlari..

nana: pergi kat HEP je,, amik kat unit peperiksaan..

*********************************************************
aku tak tahu ape nak buat.. nak balik.. jauh oo... dah lah tadi dtg elok aje naik bas.. then aku pun masuk then ditemani kechik, ktorg tanye pengawas peperiksaan samada aku bleh masuk ke tak. pengawas tu cakap, tnye KP(ketua pengawas).. aku pun kluar.. time ni aku dah sorang2 dah.. semua budak kelas da masuk.  

aku:  saya tertinggal slip exam.. boleh masuk tak?

KP: tak boleh,, dah memang peraturan macamtu.. you must have it to take your exam..

aku: tapi.. dah tak sempat...~~

KP: sempat lagi.. you bleh balik ambil kejap or print baru..sempat lagi.. setengah jam lepas waktu exam baru tak boleh masuk..

*******************************************************
aku pun tinggal kan sweater bulu2 aku kat luar dewan.. aku bwk purse and aku jalan cepat2 pergi koop seberang jalan.  aku tanye kakak koop tu, bleh print tak. dy ckp bleh print..tp tak ade internet. aku pun baru teringat yang dalam beg aku ade broadband. aku pun cepat2 blik smula kat DSG, amik broadband.


sampai smula kat koop, tetibe ade tiga orang student tgh guna. aku mintak nak guna dulu. tapi tak jadi sbb mybe lmbt nak tgu install maxis broadband sgala bagai. aku pun berlari nak ke bangunan HEP dalam 1km (1 km cmpur dgn penipuan ).. kasut flat biru aku time tu plak susah nak lari. aku pun cabut kasut then lari pergi bangunan HEP.  orang pandang, aku dah tak heran. yang aku ingat sekarang aku nak slip exam.


sampai aku kat bangunan HEP, aku pun masuk dengan mengah2. aku tengok kat unit peperiksaan tu tutup. aku tanya pak guard kat situ.. dia cakap harini ahad. tutup. aku tergamam. then dia suruh pegi kat unit kaunseling. aku pun pergi situ.. tanye orang dalam tu, dia cakap bukan kat sini.. dia suruh aku pergi library..


aku lupa time tu pukul berapa, tapi sumpah aku rasa nak menangis..


aku berlari ke library.. sampai kat library, tetiba aku tengok pc rosak. nasib pakcik tu cakap pc no.2 boleh print.  lima kali aku print.. tetap tak boleh print.  aku dengan berpeluh.. berdebar.. menggeletar.. and many more lah..  then pakcik tu tgk2 mesin printer. rupe2nye.. dia tak tekan kertas tu.. aish!! geram betul.. =.=


aku pun login balik.. after that.. berlari semula ke DSG. tanggal kasut lagi..dah tak ade orang pun kat luar. aku  tak tahu berape lama aku lambat.. tapi mybe tak lama.. aku tengok orang sebelah dah jawab esei sampai page dua.. then aku nama pun tak tulis lagi!! aku rse cm hidup dah nak berakhir dah time tu.. gelap aje.  pengawas exam tu tenangkan aku.. dy cakap.. relax.. relax.. Ya Allah.. dugaan apa ni..


tapi aku redha.. dengan berpeluh-peluh, otak aku macam fresh.. mungkin Allah makbulkan doa aku. sebab malam exam tu aku berdoa yang aku nak tak rasa sejuk dalam dewan exam esok...


pape pun, aku nak ingatkan kat korang semua.. tolong la jangan tinggal exam slip.. nanti jadi macam aku.. sambil tu aku nak ingatkan diri aku sendiri jugak.. ^.^


www.tips-fb.com

0 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers