Followers

sakitnye foot binding!!

Unknown | 05:40 | 2Comments |
Views


argh!! tahu tak pasal tradisi org cina dulu-dulu? biasa dengar tak pasal "bound feet" ataupun kaki dibalut? sakit wo.. tengok pun sakit, ni kan plak kalau kaki kte yang kena camtu..



bound feet
Bagi jejaka-jejaka China satu masa dulu, kaki yang kecil tu teramatlah seksi. Dan kebanyakkan yang suka tu pulak ialah LELAKI KAYA ORANG BERADA RUMAH ATAS BUKIT MANDI SWIMMING POOL AMBOI.


Semakin kecil kaki, semakin tinggi hantaran. Kaki yang paling sempurna bersaiz 7 sentimeter (3 inci) diberi nama Teratai Emas. Bila kanak-kanak perempuan mencapai umur 3 atau 4 tahun, terus mak diorang bantai balut kaki anak-anak diorang.




Tulang kanak-kanak tersebut akan patah. Mereka tak boleh berjalan mahupun bermain! Proses ini selalunya akan dilakukan oleh ibu mereka atau ahli keluarga perempuan yang lebih tua.


Tapi, bagi golongan yang lebih kaya, mereka akan mengupah Tukang Balut Kaki Professional. Golongan mahir ini akan membalut kaki kanak-kanak tersebut tanpa belas kasihan. Selepas kaki mereka dibalut, mereka tidak boleh berehat. Mereka akan dipaksa berdiri dan berjalan untuk menekan tulang mereka bagi mendapatkan saiz yang diinginkan!


X-ray kaki mereka. Bengkok habis!


Tukang Balut tidak akan mempedulikan raungan dan tangisan mereka. Tapi, kanak-kanak tersebut akan mendapat kaki yang PALING IDEAL bila dewasa. Bila mereka dewasa, kaki mereka akan patah berulang ulang kali. Tambahan pulak kalau tengah remaja, tulang mereka lembut. Tapi, bila meningkat tua, tulang mereka akan lebih kuat dan tidak akan patah. Namun begitu, mereka akan selalu jatuh dan mengakibatkan tulang pinggul dan tulang peha patah!


Seorang perempuan tua di China yang masih hidup dengan kaki kecil.



Kenapa lelaki China suka perempuan berkaki begini?


Pada Zaman Dinasti Qing, terdapat 48 garis panduan seksual untuk bermain dengan kaki perempuan yang berbalut begini. Suami mereka juga teruja melihat mereka berjalan dengan berhati-hati dengan gaya yang kemas. Walaupun begitu, kebanyakkan suami mereka tidak pernah dan tidak mahu langsung melihat kaki mereka. Well, kalau tak pakai kasut buruk gila kot.


Kasut khas.


Tapi, mereka suka melihat isteri mereka memakai kasut yang comel comel tu. Perempuan yang berkaki begini tidak akan melakukan kerja rumah. Kerja membasuh mengemas memasak semuanya akan dilakukan oleh orang gaji. That's why dorang akan selalu berkahwin dengan orang kaya.


A lady with her bound feet.


Selain itu, wanita yang berkaki begini tidak dapat keluar rumah dalam jarak yang jauh kecuali didukung. Mereka cuma boleh berjalan dengan satu dua langkah dan itu sangat menyakitkan. Mereka berjalan menggunakan lutut. Takkan nak jalan pi uptown seret lutut kot? Duduk rumah baik-baik. Jadi, mereka dianggap suci. Ini juga menggambarkan penguasaan lelaki terhadap isteri mereka. Kerana sudah tentulah wanita ini akan bergantung penuh terhadap keluarga mereka.


Walau bagaimanapun, tradisi begini telah diharamkan di China. Lebih lanjut di sini.

kredit to: superman's girlfriend..


OLEH ITU MARI HARGAI KAKI KITA !
Walaupun saiznya sama seperti skrin netbook. T_T

www.tips-fb.com

2 00 org doakan tyra sihat:

Unknown said... [Reply love]

hahaha gile apa dorang ni T.T
kaki riya size empat , patut lahir zaman dorang ni confirm kawen anak raja ;D haha

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

haha.. tapi tak best zaman dulu mane ade blog.. hha

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers