Followers

Isu Siswa Disaman Sebab ‘Sticker’ Azhar Idrus, UiTM Takkan Senyap Je?

Unknown | 09:54 | 5Comments |
Views

Isu Siswa Disaman Sebab 'Sticker' Azhar Idrus, UiTM Takkan Senyap Je?

Kali ini penulis ingin berkongsi sekeping gambar yang dimuat naik oleh sebuah blog dan dikatakan gambar tersebut telah mula tersebar di laman-laman sosial.
Gambar tersebut memaparkan sekeping saman yang dikenakan kepada seorang pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang atas kesalahan:
1. Tiada pelekat UiTM Sesi 2012
2. Mempunyai pelekat Ustaz Azhar Idrus
Memang menjadi kesalahan pelajar jika membawa kenderaan ke dalam kampus tanpa mendaftar dengan Unit Keselamatan dan tidak mendapatkan pelekat kenderaan yang sah.
Tetapi, yang menjadi kemusykilan penulis apabila mempunyai pelekat Ustaz Azhar Idrus turut menjadi satu kesalahan.
Adakah pihak universiti berkenaan telah mengeluarkan akta baru mengharamkan pelekat berkenaan?
Penulis tidak pernah pula ‘update’ berkenaan Akta 174 yang digunapakai oleh institusi berkenaan.
Malah, penulis merasakan tidakwajaran terhadap tindakan polis bantuan di IPTA berkenaan terhadap isu tersebut.
Selain itu, penulis merasakan lebih banyak perkara yang lebih serius yang harus dipandang oleh IPTA pada masa kini berbanding dengan isu pelekat berkenaan.
Anak muda biasanya cepat ‘naik angin’nya.
Maka, pastinya penuntut di IPTA berkenaan akan mula memandang serong dan mengecam pihak pengurusan institusi pengajian mereka.
Mungkin pihak bertanggungjawab yang berkaitan dengan perkara itu harus lebih serius dalam memperkembangkan ilmu kepada penuntut dan tidak ‘mencela’ penuntut institusi mereka dengan cara-cara begitu.
Jangan sampai wujudnya golongan pelajar yang membenci tempat mereka menuntut ilmu.
Lagi satu, jika apa yang berlaku ini cuma satu fitnah, UiTM kenalah bagi penjelasan dan reaksi segera, ini tidak, benda dah jadi ‘viral’ di internet pun tidak ada mana-mana wakil daripada mereka yang mahu ke hadapan untuk membetulkan keadaan.
Memang ada satu dua benda yang jadi persoalan dalam ‘carbon copy’ saman seperti yang tertera, tapi kalau UiTM sendiri pun ambil sikap tak ambil endah, penulis lagilah…ADA AKU KISAH?
Oleh HK-47

www.tips-fb.com

5 00 org doakan tyra sihat:

MeMohamad said... [Reply love]

berbuat kebaikan itu memang ada penentangnya seperti zaman nabi allah.

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
♥ sitifarhana ♥ said... [Reply love]

eh,takkan la letak sticker ust ahar pon jadi hal..musykil2..

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

@pospey betul tu.. tak patut betul..

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

@pospey betul tu.. tak patut betul..

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

@♥ sitifarhana ♥ dia jeles kut tak de sticker tu. haha]

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers