Followers

Pantang larang keturunan aku.

Unknown | 22:28 | 17Comments |
Views
Y.D.P Agong Negara

Daddy pernah bagitau pasal keturunan daddy.
keturunan kami tak boleh makan ikan kekacang.

Syed Hussein Jamadil Kubra, moyang kepada moyang kepada moyang daddy pernah bersumpah.
dia haramkan makan ikan kacang sebab ikan tu pernah selamatkan nyawa dia dulu.

*********************************
"Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya."
http://kingofjembal.blogspot.com/2010/03/larangan-makan-rebung-buluh-dan-ikan.html
*********************************

*pasal rebung, daddy cakap tak boleh makan rebung buluh betung. 

Asalnya kami berketurunan Raja Jembal. iaitu raja kelantan. tapi nama aku dah tak ada raja or tengku or wan or nik , che and yang sama waktu dengan nya. rasanya, semua keturunan jatuh belah perempuan sebelum daddy. 

ada keturunan kami yang makan ikan kacang mendapat tulah. gatal-gatal kulit, kulit pecah-pecah berdarah, demam yang boleh mengakibatkan kematian, muntah-muntah berdarah, dan banyak lagi.

Aku ada jugak teringat masa daddy cerita,
Masa mak aku bersalin kan kakak sulung aku, nak masuk 1 hari mak bidan tunggu mak aku nak bersalin. tapi masih susah nak bersalin . mak bidan penat menunggu, tertidur . dalam tidur tu, mak bidan tu bermimpi ada lelaki berjubah putih, rentap rantai emas bidan tu. bidan tu pun terjaga. 

Bidan tu terkejut then tanya mak pasal salah silah keluarga. mak cakap, tak ada apa-apa pantang larang. pastu, tanya daddy. daddy pun cakap tak ada. bidan tu macam pelik . sebab dia dapat alamat . lama daddy fikir, then daddy teringat masa daddy kecik-kecik dulu (daddy anak sulung) , masa wan (mak daddy) bersalin kan adik daddy, tempat nak bersalin tu, di lapikkan dengan kain kuning . 

daddy terus bagitaw bidan tu. hampar aja kain kuning, Alhamdulillah ma terus bersalin . masa kakak aku bersalin pun sama . wallahualam.. semua kuasa Allah SWT. 

p/s:
Pada keturunan Raja Jembal, jangan makan ikan kekacang atau dalam dialek kelantan "jange make ike kace" . sila tanya orang yang lagi tua dari anda . supaya tak jadi tulah sedangkan anda sendiri pun tak tahu pasal ni . 

Pengalaman menarik dari keturunan yang sama.

www.tips-fb.com

17 00 org doakan tyra sihat:

Anonymous said... [Reply love]

as salam..betul2...sensetif nama ikan 2...ayah saya pn dh pesan jgn makn ikan 2...ntyy gatal2,pnyakit kulit..hehe...lgi 1 burung tekukur..xblh makan bahaya...dh tahu,baik elakkn..hehe

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
aina.sal said... [Reply love]

1st time sy jpe blog ni tu pun sje2 search sal ikan ni sbb ktrunan km pun xley mkn ikn ni..

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Tengku Aqilah said... [Reply love]

hye , sy jgak dtg dri ktrunan yg sma, rja jembal :)

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
MC Bong said... [Reply love]

mengikut kata datuk saya ... keturunan keluarga sy x boleh makan ikan kacang ....

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Afif Al-Jukayyi said... [Reply love]

Salam.admin keturunan ke berapa?
Tujuh keturunan xboleh makan kan?
0179420109

Unknown said... [Reply love]

Admin sendiri pun tak tahu keturunan keberapa . hehe

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Raja Syakirah Raja Omar said... [Reply love]

Assalam. wahh.baru perasan dikreditkan. haha. thanks btw =)

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

@Raja Syakirah Raja Omar wasalam.. hehe.. menarik kisah tu.. :D

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

salam.. saya pun sama..nenek dan emak memang selalu pesan jangan makan ikan kacang dan rebung buluh betung..
famili saya bila nak bersalin pun pakai kain kuning...

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

keturunan,firstly saya x thu keturunan mane sebab atuk rahsiakan dari kami,tpi ayah saya bgitau atuk pesan xboleh makan 2 jenis burung iaitu burung ketitir dan burung tekukur,tahu la kenapa tapi yang pasti ayh bgitau 2 pantang larang keturunan y perlu dipatuhi dan diperturunkan sampai bila-bila.pernah terjadi nak dijadikan cerita pakcik saya telah makan burung ketitir kerana terlupa pantang larang itu,kesannya badan dia gatal-gatal.

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
mohd ariffudin said... [Reply love]

Saya pun sama la kite

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
mohd ariffudin said... [Reply love]

Saya pun sama

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
mohd ariffudin said... [Reply love]

Sama la kite

Aku pun

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers