Followers

Hari pertama yang penting .

Unknown | 11:07 | 0Comments |
Views
Hari khamis , 14 march 2013 . semua budak2 marketing ada AGM . pukul doblas camtu . aku punya lah semangat pergi awal . time tu tade orang lagi kat dewan , aku dengan syida je . aku pun ape lagi.. bergambar lah cerita dia. haha . 


tak lama pastu , sorang demi sorang masuk dewan . ktorang macam blur jugak pasal tak kenal orang . kebetulan , Aini dengan Ayu (housemate/senior) jadi AJK mesyuarat tu . ktorang sempat la hai-hai bye-bye .  first tu , nampak aini lead . sebab dia MC . 

beberapa minit lepas tu , aku main-main handphone . tgk update . yelah , dyorang tengah nak lantik exco baru untuk tahun ni . suasana dah mula riuh dengan orang mencadangkan nama . ada la dalam 4 orang nama yang tercalon . syida pun tanya aku .

syida : kita nak sokong sapa ni?
aku : entah.. kita tengok dulu dyorang bagi ucapan camne . nampak cam berkaliber tu kita sokong la.. :D
syida :oke . oke .


Dalam syok-syok aku main handphone , ada lebih lima kali aku dengar orang belakang dewan sebut satu nama . fatira! ... fatira!... aku dengar camtu . eh , takkan aku kot... 

fatira part 2 ! jerit suara tu lagi . 

aku dah tak sedap hati . syida dah start siku-siku aku sambil cakap "kau la.. kau la.." aku pun blur-blur sambil pusing belakang , rupanya .. si housemate aku , Ayu yang suggestkan aku . hambek kau ! . 
aku dengar blur2 tak tahu nak buat apa. abang YDP duk ulang-ulang nama aku . aku pun keluar dari barisan , berdiri macam patung . 

then , aku kene kedepan pentas . cuak? tayah cakap beb . aku tengah layan twitter kot tadi . sampai depan ,  YDP suruh semua kenal kan diri . semua part 4 part 5. and aku sorang part 2 . aku super junior kot . baru seminggu masuk UiTM Segamat ni ha..

pastu dia suruh semua kenalkan diri kat pentas . aku pun tanya aini , apa yang nak kena bagitahu . 
Nama , Part berapa , then pengalaman . 

Pengalaman? aku mane ade pengalaman wei.. 


masa terus berlalu . senior-senior dah siap buat tugas dyorang . aku ? risau gila . aku tak risau pasal apa aku nak cakap kejap lagi . tapi aku risau dengan sahsiah rupa diri aku . dengan kemeja singkat , t-shirt kat dalam , casual gila kot . orang lain dengan baju masuk dalam , smart lah kan . 

sampai turn aku , aku bagi ucapan..

"Assalamualaikum , nama saya Nurul Fahtira binti Zulkifli . Part two . Sebelum ni saya dari kampus Jengka . Ni first time saya kat sini . terima kasih pada senior saya, ayu.. (sambil tunjuk kat ayu.. pastu semua tepuk-tepuk dengan gemuruh) . 
Saya belum ada pengalaman lagi sebelum ni . tapi insyaAllah kalau diberi peluang , saya akan buat yang terbaik . terima kasih.. (sambil orang tepuk-tepuk lagi )

Masa aku cakap "akan buat yang terbaik" , dua orang lecturer yang menilai , tengah tulis-tulis tu berhenti then angkat kepala pandang aku . terkejut jugak aku . wah.. impress lah tu . kah3 . 

tiba-tiba , macam tak cukup AJK , so .. dyorang mintak tambah lagi AJK . so ada la lagi dua orang AJK part two join . ellina dengan Priss . yeahh . Ellina tu satu kelas dengan aku yang MKT420 . kelas marketing . aku memang suka pun dia . cara dia present . 

dah siap kenal kan diri semua , kitorang tunggu kat luar . kat luar , semua macam ape je . bising-bising sebab kena pilih . aku diam je sebab shock lagi . cakap kejap2 dengan ellina dengan priss . lama lepas tu , ktorang masuk balik . dyorang kira-kira undi . and aku terkejut sangat sebab nama aku dapat undian tertinggi untuk perempuan . 


maknanya aku jadi setiausaha satu . ellina jadi setiausaha dua . terkejut beruk aku . tak sangka jugak ramai orang undi aku . Alhamdulillah ya Allah . 

orang ketiga penting dalam organisasi besar memang sangat mencabar . Masa perbincangan , entah macamana aku boleh terlepas cakap , bagi aku multimedia and tukar dgn ellina jadi setiausaha satu . mmg lah aku dah berpengalaman dalam bidang multimedia . tapi aku sepatutnya sahut cabaran untuk jadi s/u . tapi aku silap cakap . 

apa kan daya . terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya . :) 

malam tu , kami ada meeting . pasal family day hujung minggu depan . ktorang meeting pukul 9 malam . aku pinjam kereta merra since dia ade sticker . boleh parking dalam . aku takde sticker . so tak boleh parking dalam . 

aku kan rabun malam . terlepas simpang pulak malam tu. dammit~
balik pukul 11 lebih .. penat nak mati . 

esoknya pergi kelas , budak-budak kelas sebut S/U , S/U ...

segan giler..

yang paling tak boleh lupa , time aku nak keluar ke pentas tu , famy cakap " aku sokong kau" . pastu adib whatsapp "huyooo..huyooo.." . ayu cakap "jawatan ni bagus untuk markah KI"

apa-apa pun , terima kasih semua ,aku appreciated sangat . siapalah aku tanpa korang . I love u all .
www.tips-fb.com

0 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers