tips ni untuk yang baru nak berjinak2 dengan lelaki je okay.. yang dah ade pasangan jangan nak gatai.. babap kang. hehe.. eh, tapi yang tak single pun boleh. dengan niat "sahaja aku...." eh2.. merepek.. dengan niat nak baikkan hubungan korang lah kan..
pertama
adjust espresi muka. sentiasa tersenyum. senyum kat sini bukan maksudnye senyum je 24 jam. orang marah pun kite senyum. tapi senyum tu maksudnye tak sombong lah. orang tegur kita senyum okay. :) pernah tak dengar orang cakap, negatif or positif orang tu boleh nampak dari raut wajah? so... buat la muka positif okay.. camne nak buat? korang kan cerdik.. sesuaikan lah.
kedua
pandai masak. kalau korang tak percaya, mana2 yang korang baca, mesti ni lah salah satu teknik nak pikat lelaki, pandai masak. bak kata boipren aku, nak jaga hati suami, jaga perut dy dulu.. hehehe... korang kene blajar masak dulu taw. alah. best taw masak. aku pun dah pandai masak tau . tak payah nak malas sangat lah kan. :)
ketiga
berpewatakan menarik. okay, cuba korang bandingkan. tu pun kalau korang perasan lah kan. antara orang cantik/hensem tapi pakai pakaian yang selekeh dengan orang yang tak lawa/tak hensem tapi pakai pakaian yang cantik2 n smart. kalau aku lah, aku pilih yang tak smart tp dress up smart. haha. nampak tak demand 2. tp betul. korang kena lah perwatakan menarik. bukan dari segi luaran je taw. dalaman sekali ye. kalau takot dia tak suka, tanya lah dia "okay tak saya pakai camni? pelik tak...?"
keempat
jujur dan sentiasa merendah diri. kawan2 dinasihatkan jujur ye. biar pun benda tu teruk, sekurang-kurangnya dia tahu dari mulut korang sendiri daripada dengar daripada mulut orang lain. korang pun jangan nak berlagak tak tentu pasal. baju i mahal lah, anak dato ke, ape ke. kalau tak, free2 je korang kena rejectt.. tak suka kan kene reject.. ha.. camtu lah.
kelima
lakukan ape yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka. okay. dah korang tahu dia tak suka makan durian. yang korang pegi makan dalam kereta dia tu pehal. memang dia serik lah. hakhak.. korang kenal lah dia dulu. korek2 ape yang dia suka and ape yang dia tak suka. tu pun kalau korang nak lama2 lah dengan dia kan... :)
keenam
mempunyai sikap yang baik dan lemah lembut. lemah lembut ye kawan2.. bukan lembab. lelaki tak suka orang lembab. korang kan pintar. mesti boleh bezakan camne lembab dan lembut kan. kalau aku, aku ganas. roccckkk!! sebab terlebih lembut sangat pun rasa rimas jugak. ikut kretiviti masing2 ye.. :)
ketujuh
pikat hati mak dia. ha.. kalau korang nak lemah lembut, time ni la.. depan mak mertua. hehe. ye lah, kang tetibe korang jadi ganas depan mak mertua, memang dapat sakit jantung lah orang tu kan. haha. kalau korang berjaya pikat hati mak mertua, kira lulus lah tu kan.
kelapan
bijak menyesuaikan diri. yang ni memang susah sikit sebenarnya, sebab berkaitan dengan ramai orang. contoh dengan kawan2 dia, saudara-mara dia and orang2 kat sekeliling dia. lagi parah kalau korang ni jenis pendiam and tak pandai berborak. nasib jugak lah aku ni banyak cakap. eehehe..
kesembilan
jangan terlalu mengongkong. masing2 dah besar kan. tak kan nak mengongkong cam budak sekolah lagi. (eh, ade budak skolah kat sini tak? maap2..) masing2 kena percaya lah kat pasangan masing2. jangan dia nak pergi toilet pun korang nak kawal. lain lah korang keje kat tempat toilet tu. haaha
kesepuluh
gunakan bahasa tubuh. faham tak bahasa tubuh? camno nak cakap ye. contoh cam korang nampak cam nak kene ushar tu, korang pun cam berminat. jangan lah buat sombong. buat lah cam syum balik ke (tips pertama), ape2 je lah, kire korang kasi dia green light untuk trus ushar korang lah kan.
itu sahaja 10 tips pikat lelaki dari saya. sekian terima kasih.
semoga masing2 mendapat pertolongan dari-Nya.. amin..