Followers

boleh challenge daddy saya??

tyra lee | 13:43 | 1Comments |
Views
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

first of all, i would like to warn you to not read it if you're not interest to know about my daddy.  I have a great daddy and don't read it if you're not believe me.

acececeh... ngade plak aku bace kat atas tu. hikhikhik..

pengenalan!
memule aku nak bagitau ni.. aku ade sorang ma, sorang dady, xde tiri2, dua orang abang, dua orang kakak dan sekor hamster yang comey.


memule, meh aku kenal kan korang dengan daddy aku..

aku    : daddy.. org nak kenalkan daddy ngan kawan org ni...
dady  : hah? sape....
aku    : ok... ni ..... (nama korang)..
dady : oo.. kawan.. budak ni nampak cam beradap je..cool pulak tu.. nice to meet you (nama korang). : D

hehehe.. tak payah senyum. kat atas ni ilusi aku je.. mujur daddy aku nak cakap camtu. paling kurang pun dia tye asal mane. kalau pasal tempat, korang jangan nak berangan la nak taram dia. semua tempat dia tahu. pernah sampai ke tak tu wallahualam.. tapi seriusly aku tak tipu, daddy sangat cintakan pengetahuan.


dady cintakan ilmu. (tak macam aku)..=.=


according to daddy, (2010) masa dia kecil2 dulu, keluarganya orang susah. daddy tak duduk dengan parents dia. daddy duduk dengan nenek.  masa zaman sekolah dulu, dia selalu dapat tempat kedua.. kadang2 aje dapat tempat pertama.  ade satu peristiwa yang membuatkan dady rasa bangga dan bersemangat untuk terus belajar. iaitu~~


zaman dulu kan lain, bukan cam zaman kite ni. zaman daddy dulu, cikgu2 duduk satu kampung. petang2 tak de lah nak on9 macam kita ni. petang2 pergi bendang, tangkap ikan. daddy dulu kan orang susah, petang2 dia kena jaga lembu. oleh sebab dia cintakan ilmu, dia bawak buku sebagai teman. sambil duduk2, sebelah tangan pegang buku and sebelah tangan lagi pegang tali lembu.


kebetulan time tu, cikgu kelas dia ternampak. keesokan harinya, cikgu kelas dia pun panggil...

cikgu : zulkifli... datang kedepan..
zulkifli: (dengan muka suspen) ada ape cikgu?
cikgu: (sambil menyuruh dady berdiri atas kerusi).. ok kelas, berikan tepukan gemuruh pada pelajar contoh kelas kita.. !!
murid2 : tepuk ..tepuk ..
cikgu : saya rasa bertuah ada anak murid yang rajin macam zulkifli. semalam semasa saya sedang menangkap ikan~~ bla bla bla~~baca buku.. bla bla bla... jaga lembu~ bla bla bla... tak hairan lah menjadi pelajar cemerlang...
murid2: tepuk.. tepuk lagi.. 
zulkifli: (muka bangga).... :D

yang ni pun ilusi aku jugak. tapi betol, daddy crita macam tu, aku adjust dialog sikit je.. :)
oleh sebab peristiwa itu, dady rase makin bersemangat nak belajar. dady selalu curi masa utk belajar. dy pantang nampak buku. sampai sekarang dady masih cintakan buku. kat rumah aku sendiri ade library mini. kebanyakan buku, about hikayat, jurnal, pasal fakta, cerita ala2 discovery channel gitu, tak kurang jugak pasal jenaka2. boleh dikatakan semua ade la..pengalaman aku sendiri kan.. aku ni pun suka membaca jugak kadang2. (pengaruh dady) sebab mamy aku jarang membace. haha (syhh)..


dady selalu beli buku kat bundle. mmg banyak lah buku yang dia biasanya beli. paling kurang 5 buah skali beli. suatu hari tu, aku ade ternampak buku "berbasikal ke artik" cam best je kan. kononnye nak berlagak lah kan baca buku fakta. aku pun ape lagi. ambil la buat masuk bilik aku. buku tu lebih kurg cam diary salah sorg org yg sertai tu..2 hari baca, dah habis.. time nak pulangkan buku tu, macam biasa la, letak tempat asal.. time tu daddy tengah baca paper. daddy pun tanye..

dady: dah habis bace?
aku: dah...
dady: sedap?
aku: best.. dy singgah situ.. bla.. bla.. bla... naik bukit.. bla bla bla.. salji lagi.. bla..bla.. bla..
dady; singgah situ tu kat mane?
aku: err.. kat ape tah name tempat tu.. ala.. yg mel... mel.. tah la daddy, tak ingat dah mel ape..pelik jer name tempat.
dady; baru habis bace dah lupe. tu namenye baca tapi tak faham.

lepas tu, dady cerita balik pasal buku tu kat aku. mmg sama lah jalan cerita dia tu.  kagum betul. siap fakta tentang tempat, waktu, jalan ape yang dia lalu, semua ade.


sambungan yang tadi, finally dady berjaya dapat result yang cemerlang. tapi malangnye...


klu tak silap aku time dy nak masuk sekolah menengah dia kene tipu. sebab dady cakap peralihan darjah. mybe dari skolah rendah nak ke skolah menengah la kan. erm, bab ni sedih jugak lah sampai aku rasa aku ni teruk sebab aku ada peluang untuk belajar tapi tak manfaatkan sedangkan dady yang nak sangat belajar tapi tak dapat sambung. tapi maaf, aku tak dapat nak cerita lanjut sebab hal ini rumit sikit..biasa la, hal family. and sebab ni jugaklah yang menyebabkan  dady aku tak dapat sambung belajar.


Dia pindah pahang.. since dy anak sulung, dia kena tolong kerja sebagai penoreh getah dengan ayahnya, iaitu toki aku, untuk menyara adik-adiknye. kalau tak silap aku, semua hasil getah, memang semua toki yang pegang utk sara satu keluarga. kat sini korang dah boleh nampak pengorbanan dady aku pada keluarga. walaupun membesar dengan nenek.  dady aku sanggup berhenti belajar demi keluarga. korang pun tahu kan betapa dady cintakan ilmu? betapa dia nak belajar, betapa dia mempunyai semangat inkuiri. 


banyak benda daddy tahu buat. macam2 bidang dia tahu. walaupun tak belajar tinggi, dia kaya. kaya dengan ilmu. "tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad" daddy pandai baiki kereta, motor, basikal, van and macam2 lagi. dia boleh jadikan sebiji screw bertukar menjadi sebuah kereta. tak hairan lah dady ade lebih kurang 27 biji motosikal, 3 biji van, lebih dari 5 biji kereta. memang bukan kenderaan baru. tapi sekurang2nye semua boleh bergerak. jarang sangatlah rosak tepi jalan kan. korang mesti tak percaya. tak percaya pun tak kisah, try lah tanye orang2 dekat area rumah aku. semua orang kenal daddy coz.. dady memang peramah. tak sombong.

daddy pandai baiki rumah, rumah kedai yang mak aku berniaga tu pun daddy yang buat. SEMUA skali. daddy pandai masak, daddy pandai menjahit, dady pandai berniaga, daddy pandai buat pop corn.. lagi sedap dari pop corn kat mall tu.. hurm.. banyak sangat sampai aku tak boleh nak luahkan dengan kata2.  aku terlalu sanjungi dady sebab daddy banyak kongsi cerita dengan aku.. katanya, adik bradik aku yang lain tak macam aku. sebab aku banyak bertanya. banyak nak tahu. 

kadang2 bila aku rasa malas nak buat kerja, assignment or something like that, aku akan cuba bermuhasabah diri. aku bandingkan hidup aku dengan hidup daddy.  walaupun tak sama, sekurang-kurangnye aku akan sedar diri. aku tetiba teringat zaman aku nak spm. aku nak berterima kasih sangat kat daddy sebab daddy belikan aku buku bahasa melayu. aku tahu daddy suka sangat bahasa2 klasik, cam kiasan, simpulan bahasa, dan yang sewaktu dengannya.. semua ayat2 tu ada dalam kepala daddy. yang aku paling ingat...


(dalam kereta, on the way nak pergi sekolah)

aku : daddy.. ape maksud bagai melukut ditepi gantang?
daddy : bagai melukut di tepi gantang.. melukut tu ibaratkan macam daki or habuk. kalau gantang tu macam yang dady tunjuk kat rumah tu (daddy ade koleksi barang antik). biasanya orang buat timbang beras.  maksud kat sini, melukut tu ada ke, xde ke kat dalam gantang tu, tetap sama. adanya tak menambah, takdenye pun tak mengurangkan timbangan. lebih prefer kepada manusia. dia ade ke, tak ade ke, same aje.. faham?
aku : ooo....faham.. iera suka kalau daddy terang. kalau daddy terang, mesti dari A-Z. tak suka tanya orang lain. sebab dy tak terang cam daddy. 

yang aku paling tersentuh, time first aku masuk UiTM, beberapa hari lepas tu, daddy call. daddy cakap dia rindu aku. biasa kat rumah just aku, ma ngn daddy. biasa dalam kereta, ktorang borak2.. sekarang aku tak ade, tinggal ma ngn daddy aje. daddy cakap, sunyi.. aku sedih. first time aku duduk asrama. rasa rindu kat ma dengan daddy. daddy biasanya jarang luahkan perasaan. tapi ble dy cakap dia rindu aku, aku rasa nak nangis. :(  dulu dady pernah demam. dy call aku, dia cakap, dia sorang2. tak tahu nak cakap dengan sapa. aku just boleh doakan daddy cepat sihat and suh daddy makan ubat. hari2 daddy makan ubat. daddy ade penyakit darah tinggi. 5x seminggu pergi terapi.


daddy ada satu permintaan dari aku...aku tak tahu dia serius or tak. macam yang aku cakap tadi, daddy ada koleksi barangan antik kan. dia teringin nak bukak muzium mini. khas untuk generasi aku nanti. dy nak generasi akan datang kenal ape tu barang2 lama. setiap barang antik yang daddy ada, mesti ada kaitan dengan daddy. daddy cakap: 


"kalau daddy dah tak ada nanti..~ tugas iera lah tu...


rasa nak tercabut jantung aku dengar.. hem... 


boleh ke aku buat?? Ya Allah, berikan lah aku kekuatan menimba ilmu daripada daddy selagi dia masih hidup ya Allah... 


aku nak blajar pasal enjin2. daddy tak kasi. daddy cakap blajar masak lagi bagus. :(


hemmm... aku nak share sikit... daddy aku ade cakap... "DENGARLAH NASIHAT WALAUPUN DARIPADA SEORANG BANDUAN!"

nak tahu, tanya lah aku.. :D  last skali, aku nak cakap, sayangi lah bapa korang selagi dia masih hidup. jangan sakitkan hati dia. aku pun pernah buat daddy terasa kut. daddy, iera minta maaf.. :(


erm, ni nak nasihat sikit...jangan rapat dengan mak je.. ngn ayah pun kene jugak ok...


minta maaf kalau ada tersalah kata. saya budak baru belajar..

happy family.. i love both of them..

daddy ngn mmy


i love them..


www.tips-fb.com

1 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers