aku baru lepas tengok cerita flat 3A .. memang lah orang cakap cerita dah nak basi baru nak tengok... tp takpe lah. not bad what. em, before this i have heard all about flat 3A .. ade yang cakap best, mengarut, xseram and what so ever .. bagi aku .. erm .. personally lah kan .. SEEERRRAAAAMMM WEY! byk jugak aku tutup muka sbb sometimes scene dy macam aku dah agak akan kluar hantu tu. kakak aku pun nak jerit tapi cover malu depan aku. haha.
yang aku tak boleh blah, hantu budak tu nyanyi.. kurg hajar betul.. terngiang2 lah pulak..hehehe..
bace ni!
Sinopsis Flat 3A:- Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?
kalau nak tahu lg, tgk la sendiri.. :)
Follow @RarraLee
0 00 org doakan tyra sihat:
Post a Comment