Followers

Pendaftaran aku ke Uitm Johor.

Unknown | 08:09 | 3Comments |
Views
*maaf entry tanpa gambar . 

salam satu negara . haha . aku tension betul la . dah la nangis siang tadi . haha . seriusly aku nangis . citer dia camni . pagi pagi tadi aku bertolak la dari rumah kat kontan . dalam pukul nam camtu . sampai pun dalam sembilan lebih . tapi masalah kat sini bukan pasal masa . korang tayah la beria nak faham sangat masa tu . haha

Aku dah la sorang sorang . seumur hidup tak pernah pergi johor . sedara mara takde , tetiba tercampak sensorang kat sini ! nak lagi tragic , sekor kawan pun aku takda . 

Problem aku start kat RUMAH SEWA

aku benci uitm johor sebab tak kasi aku duk asrama . kau gila first time nak hidup kat tempat baru , tetiba tak kasi tempat tinggal ? Aku macam patah kaki . (masa dapat surat tu lah ) . then aku usaha giler sampai aku jumpa rumah sewa . aku deal dengan senior yang aku pun tak pernah kenal . haha . Alhamdulillah dapat .

Happy lah aku..... :D

tapi ku sangka panas ke petang , rupanya hujan ditengahari . seperti yang dijanjikan , aku sampai depan rumah , then aku call pakcik (tuan rumah) . tiba-tiba, dia cakap "awak datang dengan kawan awk tu ke?" (refer to senior) . memang tak lah . senior tu tengah menghabiskan sisa2 cuti sem dia kat rumah . 

Then pakcik tu cakap semua kunci rumah pada senior . dia takde simpan tu . Rumah da la takde orang . semua cuti sem . takkan aku nak kerah senior datang johor pulak . aku text senior , dia pun tak tahu yang pakcik takde spare . appeda . 

Aku pun tergamam ! acane ni? 
Then pakcik tu suggest kan duk kat rumah sewa dia satu lagi . kat taman pelangi . rumah sewa aku tu taman bunga raya . aku masuk2 , still takde orang kat rumah . kesumbatan melanda . 

masalah dia ... bapak jauhhhhhhhhh.........
kampus tu dengan tmn bunga raya pun nak dekat 9km . 
ni dgn taman pelangi... 15km . 
dah la tak de transport . mm..
aku tumpang dulu kejap . seminggu .

setelah sejam daddy , ma , aku dan kaksue borak borak dengan pakcik . 
kitorang pun pergi shopping kat tangkak . 
lepas tu lagi balik semula rumah sewa tumpang . 
lepas tu , jumpa dengan housemate . Azu nama nya . tua setahun . dia suruh panggil kak . hik2 . owh , kakak azu stay sini jugak . jaga azu ke ape? 
emm, ptg sikit , sorg lagi masuk , bella namanya . 
okay la  . macam boleh ngam . tapi dia tak tido sini malam ni . dia balik johor . bella satu bilik dengan aku . 

lepas je ma , daddy, kaksue balik .. aku sedih . sedih yang keluar air mata punya . sedih yang tambah2 flashback sikit . yang color agak2 retro tu ...

aku nangis... kenapa aku pilih marketing... aku tanak pun... aku nangis kenapa aku dapat johor.. aku nangis.. kenapa rumah sewa jadi camni ... aku sedih sebab orang lain dah boleh kemas2 barang . aku? tengok jela yang mampu . dah la sorang sorang . seriusly aku takut . sebab esok tak tahu nak pergi dgn ape . dgn sapa .

malam tadik , pi makan dengan akak and kak azu . melintas jalan nak cari kedai makan . makan kedai mamak la... aku dah la tak berapa berkenan mamak punya masakan . tadi just makan roti cheese special . tu pun tak habis . emememe...

aku nak update lagi esok . sebab aku tengah tension . lagi pun , aku dah 3 kali tertido sebab nak taip entry ni . oleh sebab aku malas , harini aku tak melukis dan tak kasi korang gambar pun . 

tq to gula hati . sebab kasi semangat . :D
www.tips-fb.com

3 00 org doakan tyra sihat:

NURUL FILZAH said... [Reply love]

tangkak dh dekat ngn rumah kita. awat tak ckp.. kat johor mmg susah nk carik kak. kalau de pun sewanya mahal. Biasanya owner rumah org singapore. Try your best carik rumah sewa.

p/s: pelik benoih takde asrama :(

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Nur farahiza said... [Reply love]

jangan mengeluh ye , pasti ade hikmah kenape semua nie terjadie , just do it ok :)

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
hana hadi said... [Reply love]

xpa. mula2 je ni. sebulan nanti ok la.. tapi pelik la xduk asrama? sepatutnya yang baru masuk ni bg asrama

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers