Followers

Balas dendam kat Cikgu Mastura .

Unknown | 07:37 | 7Comments |
Views

Seriusly aku tak suka kat cikgu mastura . cikgu nuzi yang pernah cubit lengan aku sampai seminggu lebam kes tak buat kerja sekolah pun aku tak benci macam aku benci dia . Aku student aliran sains tulen kat sekolah dulu .

Cikgu mastura selaku cikgu kelas aku , mengajar subject BM ( Bahasa Melayu) . Dia memang dah lama tak puas hati dengan aku kes aku selalu rosak kan record kelas . Yelah . kelas terbaik , kelas terpandai . terhebat . semua nya ter bagi dia . Aku pula ? apa yang tak kena dengan aku? aku kononnya pelajar bermasalah . selalu datang sekolah lambat . kadang2 tak datang terus . 


dalam kelas, jangan harap nak pandang aku . dia ada favorite student . yelah . student yang pandai2 . yang naik kan nama kelas . ada apa2 je , terus tanya budak pandai . Pernah suatu hari aku datang lambat, dia cakap " seumur hidup saya . saya tak pernah jumpa pelajar seteruk awak! " dengan muka tension dia tu . dengan kerut2 kat dahi tu . korang ingat aku tak sedih ? aku student . aku orang . aku pun ada hati . 


dia pernah concern pasal aku . boleh dikira concern lah jugak . walaupun DENGAN SERKAP JARANG! . apsal aku cakap serkap jarang? cuba kalau korang dituduh curi telur ayam makcik kantin . korang nak mengaku ke? memang tak lah . so kat sini aku bukan nak cerita pasal telur makcik kantin . mahupun cikgu tuduh aku curi telur . tapi dia panggil nak jumpa aku . kalau tak salah , time tu on the way balik kerumah .



dia tuduh aku tak datang sekolah sebab aku melencong ke lain . mak bapak aku hantar aku ke sekolah , tapi aku tak masuk sekolah . aku lepak2 kat luar sekolah . (sebab zaman aku tu, memang famous kes budak lompat pagar , lepak kat kedai makan luar sekolah) . then dia tuduh aku datang sekolah lambat pasal aku lepak kat kedai makan . aku cakap kat dia aku tak pernah pun lari dari sekolah walaupun sekolah memang tak boleh kejar aku . Aku cakap aku tak pergi sekolah, aku duduk rumah je . tapi dia keluarkan statement "tak payah tipu lah.. kawan-kawan awak dah cerita dah semuanya ." 

Panas hati tak? sampai sekarang aku ingat ayat tu . kawan mana pun aku tak taw . -,- 

sumpah demi Allah . aku tak pernah lari dari sekolah . kadang2 breakfast pn tak sempat. ni kan pulak nak lepak kat kedai makan . aku bukan saja-saja nak datang lambat . korang tak faham . cikgu pun tak faham . aku pindah rumah . rumah aku lebih kurang 15 km nak ke sekolah . 


rujuk map .

kalau nak pergi sekolah , 45 minit nak ke sejam awal dah kena bertolak dari rumah . bangun pukul 5 pagi . tu waktu biasa . tapi pagi , paham-paham la degan traffic jam nya . dah banyak kali aku kena merit . kadang2 aku buat kerja amal , kemas surau , tolong cikgu sebab nak demerit . nak2 aku dah tahun akhir . nak pindah sekolah pun tak boleh . nak spm kan .

 Aku tak datang sekolah sebab aku nak selamatkan merit demerit aku . bila pagi2, berebut bilik air . jam sangat lah cemburu . kalau salah sorg lambat, mungkin sampai kat sekolah nak dekat pukul 8 . sapa nak kasi kau masuk sekolah? bukan sekolah bapak aku. nak masuk kelas pun dengan muka tebal. cikgu yang mengajar subject first pandang dengan tak puas hati . macam aku mintak dyorang blanja kefsi bucket besar . huh!



tapi cikgu mastura tak faham . dia ingat aku ponteng kelas . ingat aku tak guna sangat . kalau aku tak guna , aku tak layak masuk kelas sains tulen lah cikgu . and... aku jugak down sebab awal-awal form 4 dulu , aku pernah mintak tukar dengan cikgu mastura . aku cakap aku tak boleh bawa subject sains . aku nak tukar kelas account . dia tak bagi . dia suruh aku stay . time tu , dia dengan cikgu roslina ( if im not mistaken) . masing2 tak bagi aku tukar kelas . now rasakan lah bila sains aku tak pernah dpt A. 

lepas habis sekolah , facebook cam still baru . aku add kwn2 , cikgu2 . aku pernah tegur cikgu kat fb. dia langsung tak balas. kawan klas aku yang baik dengan dia comment kat bawah post aku, elok je reply. xpe lah.. siapalah aku dimata cikgu .



Aku dah balas dendam dengan buktikan aku tak seteruk yang dia sangka. Aku berjaya sambung blajar ke university . aku berjaya habiskan diploma dengan keputusan yang cantik . aku jugak berjaya sambung blajar peringkat degree . dan aku janji , aku akan buktikan kat cikgu mastura yang aku tak seteruk yang dia sangka . dia cakap aku pelajar yang paling teruk dia pernah jumpa . dia tak tahu . dia adalah cikgu yang paling teruk aku pernah jumpa . aku tak teruk . tapi nasib aku tak berapa baik beberapa tahun lepas . 

keluarga aku ada krisis kewangan . aku sama-sama tolong berniaga . homework? bila masa aku nak sentuh. balik malam , esok pagi pagi nak bangun awal . 

Ada kawan bagitau aku pasal reaksi cikgu bila dapat tahu aku dapat sambung belajar peringkat diploma dulu . dia terkejut habis . (nampak sangat dia memang pandang rendah kat aku ) . tapi, Alhamdulillah ya Allah... kau beri aku peluang untuk 'balas dendam' ...

sekian.. 
www.tips-fb.com

7 00 org doakan tyra sihat:

hana hadi said... [Reply love]

:)
hana suka entry ni.. penuh emosi. biasala kan budak2 sekolah. nakal2.

nasib cikgu mastura buat tyra mcm tu. dapat juga tyra buktikan yang tyra boleh berjaya. tyra dapat buat cikgu terkejut.

Cuba cikgu mastura layan tyra mcm budak2 lain. xdapat la tyra buat cikgu terkejut sbb cikgu tau tyra budak baik, pandai kan kan. jadi biasa ja lah kalau berjaya

tahniah krna berjaya membuktikan kat ckgu mastura

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

Yang penting sekarang Cik Tyra dah buktikan bahawa Cik Tyra merupakan pelajar terbaik yang pernah dia dapat kan...
Mesti dia menyesal coz pandang rendah pada Cik Tyra bah...
Lupakan la kisah sedih tu ^_^
Yang penting, Cik Tyra kena usaha lebih lagi untuk buktikan pada Cikgu Mastura yang Cik Tyra boleh berjaya ^_^
Chaiyo chaiyo Cik Tyra...

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Kasih Juju said... [Reply love]

kadang-kadang kebencian tu yang jadi pendorong. bukan ke arah yang negatif, tapi positif. tahniah cik tyra :)

juliajamaludin.blogspot.com

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Dhia adawiyah said... [Reply love]

wow .. ujian tu . yang penting . rileks dan sabar .. :)

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

ingatlah , akibat hendak membalas dendam lah awak sekarang dah berjaya.. Tahniah..awak hebat..

kaum cina berniaga sampai jadi kaya raya sebab mereka ada pendorong utk berjaya.. pendorong tu amatlah penting..

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
fauzrin said... [Reply love]

rilek.. huhuhu

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Diari Si Froggie said... [Reply love]

Aida setuju macam komen lana.. entry tyra nie penuh dengan emosi.. emosi nya meresap masuk dalam hati para pembaca :) cikgu melayu nie satu kelemahan dia tak semua lah cikgu melayu ada segelintir.. suka pilih kasih.. yang pandai dipandang yang bermasalah tak pandai ditinggalkan.. aida pun ada cikgu yang aida paling tak suka time sekolah menengah dan rendah dulu.. hehe. Tapi sekarang Tyra dah buktikan yang tyra semakin berjaya :)

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers