Hello semua,kali ini aku nak share sikit cara nak pakai blusher mengikut bentuk muka. Bagi aku, cara pakai blusher yg betul, sgt2 lah perlu sebab nanti, adalah yang nampak macam badut pulak kan.. hehe..
Jenis dan warna kulit merupakan faktor penting yang perlu dilihat sebelum memilih blusher yang bersesuaian.Bagi wanita berkulit putih, penggunaan warna merah jambuatau warna senada akan menjadikan wajah lebih segar. Manakala warna seperti coklat muda, oren atau perang, sesuai untuk wanita berkulit sawo matang agar penampilan nampak lebih eksotik dan menarik.
Di sini,aku sertakan beberapa jenis blusher untuk pengetahuan korg semua dan juga cara solekan mengikut bentuk wajah =))
Jenis Jenis Blusher;
1. Padat : Serbuk warna daripada blusher jenis padat ini akan menghasilkan warna yang lebih menyerlah.Jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak
2. Krim : Memiliki tekstur lebih basah dan kurang padat. warna yang dihasilkan bersatu secara alami dengan warna kulit. Namun jenis krim ini tidak sesuai digunakan pada kulit berminyak kerana akan menimbulkan kesan lebih berminyak
3. Gel : Warna bagi jenis gel ini tidak terlalu menyerlah dan sesuai digunakan setiap masa bagi menampilkan solekan yag lebih natural.Jenis ini sesuai untuk wanita berkulit kering
4. Balls : Bentuknya menyerupai bebola kecil cara menggunakannya adalah memutarkan berus di atas blusher jenis berbola ini.Serbuk yang melekat di berus kemudiannya akan disapukan pada pipi.ia sesuai untuk semua jenis kulit
Solekan mengikut bentuk wajah;
Bujur : Sapukan blusher pada bahagian tulang pipi dengan gerakan sedikit melengkung atau tambahkan sedikit blusher di atas tulang hidung bagi menimbulkan kesan yang lebih glamor
Bulat : Lakukan teknik shading di bahagian rahang dengan menggunakan blusher sedikit lebih gelap daripada warna kulit agar wajah kelihatan lebih bujur.Kemudian sapukan blusher dengan warna yang lebih terang pada puncak pipi ke arah telinga dengan gerakan ke atas
Lonjong : Bagi wanita yang memilki wajah lonjong,gunakan blusher tepat pada tulang pipi dengan gesekan mendatar.Gunakan warna yang lebih terang agar perhatian akan tertumpu pada bahagian pipi,ia mampu menutup wajah yang kelihatan memanjang
Persegi : Untuk menyamarkan potongan rahang,sapukan blusher dengan warna yang lebih gelap dari dagu dan pipi sehingga ke telinga
Hati : pilih blusher dengan warna sedikit gelap dan sapukan pada bahagian sekitar dagu dan bawah rahang
Jadi,yang mana satu bentuk wajah korang semua? em.. muka aku? muka aku bulat2...Hehe.. Tapi Alhamdulillah =))
Di harapkan dengan tips ini,dapat membantu korang untuk memilih blusher dan memakai blusher dengan betul.
Selamat mencuba ^,^
2 00 org doakan tyra sihat:
waah, pocket buleh belajar nih :)
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Leetang pemutih ketiak tu pocket perlu gak ker? heheh
pocket :
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Leeperlu !!
hehehe
Post a Comment