Harini ni aku sakit kaki lagi. kesnya time sabtu lepas aku pergi berkelah kat berkelah ( sebutan E tu macam sebutan emak.. bukan epal) kat Gambang. Boleh pulak la si kayu tu nak tumbang atas kaki kiri aku. betul2 atas lutut. Kelekuk ! bunyi nye.. time tu tak sakit lagi.. dah balik rumah.. ha kau..
Aku dapat lah hadiah lebam sebesar telur. aiyoo~ Esoknya . time aku tolong ma kat kedai, lutut sakit. dah macam orang tua. tak boleh nak bengkok2. aku banyak bagi beban pada kaki kanan. hasilnya. bengkak kat pergelangan kaki. dulu pun aku penah bengkak kat kaki sebab tendon aku. aku rasa salah satu faktor sebab berat aku dah naik . so kaki tak dapat tampung berat aku yang drastically naik.
aku pun pura-pura manja ngn ma~~ (ahaks!)
aku : ma.... adik sakit kaki la...
ma : kenapanye..... ( muka prihatin jek)
aku : pasal semalam la.. kena hempap kayu tu.. mmm...
ma : isi la ubat.. nanti teruk kang..
aku : dah.. sakit gak..adik rase sbb gemuk a.. kaki tak dapat tampung berat..
ma : HAHA.. makan banyak lagi..
aku : manede . ma banje la ubat kurus . nak kurus..
ma : ahhh.. layan ke awok...
aku : boley la . boley la . boley la.....~
tapi hampeh ! mane ma nak baginye . ubat kurus kan bahaya . pastu tadi, berita tv3 keluar pasal berita yang xtream ape tah namenye tu ada racun . and racun tu boleh mengakibatkan lumpuh dan gila. perghhhh... ! tak boleh bayang kan kalau aku lumpuh or jadi gila.. tak sanggup mak .
time tu daddy kat living room . aku ngan ma kat kitchen. daddy tengok berita tu sambil bebel-bebel pasal racun tu . aku pun terus cakap kat ma..
aku : dengar tu ma.. takyah nak kurus saangat la.. nak kurus buat ape... ish3.. ape la makcik Asmah ni..
ma : (sambil gelak) dia yang nak beli ubat kurus.. mintak2 orang blanja pulak tu.. tak malu...~~ Daddy!! budak ni kan...---- (tak sempat cakap ape2 kat daddy aku dah tekup mulut ma.. ) haha... ma gelak.. aku pun gelak sambil ma dari dapur berusaha nak pergi mengadu kat daddy. aku pulak jangan harap nak lepas ma. aku geletek2 ma . tarik tak bagi pergi kat daddy .
last-last ma mengalah.. yeahhhh! aku menang.. nasib baik la tak cakap kat daddy . tahu lah daddy tu . jap lagi bebel . kuat betul la bebel . kalah mak nenek (ayat ma) haha.
Follow @RarraLee
3 00 org doakan tyra sihat:
testing sekali.. LOL
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee@Cik Tyra Lee
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Leetesting reply
salam kenal. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra LeePost a Comment