Rasanya dah ramai blogger tahu pasal ni. Tapi aku tetap nak tulis entry mengenai cara untuk menarik minat pembaca ke blog kita.
Alangkah bahagianya kalau kita mempunyai pembaca setia yang sentiasa datang mengunjungi blog kita untuk membaca entry terbaru. Sekurang-kurangnya dapat juga menambah semangat kita untuk menulis blog.
Lebih menyeronokkan lagi bila ada pembaca yang bertanya akan entry terbaru jika kita tidak update blog. Setidak-tidaknya ada juga yang prihatin kalau tak de perubahan entry pada blog.
Tapi camno untuk kita menarik minat pembaca untuk kembali datang ke blog kita?. Bagi yang baru menceburi dunia blog ini boleh mengikuti beberapa tips yang ada diantara blogger tak mengendahkan perkara-perkara ini kerana menganggap ianya remeh.
Penulisan melambangkan identiti seseorang itu. Setiap orang mempunyai teknik penulisan tersendiri. Tetapi apa yang ingin disentuh disini ialah jangan sesekali kita menggunakan bahasa SMS ataupun bahasa rojak didalam penulisan kita contohnya seperti “syg x dpt join, sry, me tak think so ”. Penulisan seperti ini melambangkan sikap tidak serius dan menunjukkan yang kita malas. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah menggunakan bahasa SMS dan bahasa rojak ini. Tetapi untuk mengelakkan perkara ini berlaku semak dahulu sebelum kita pos sesuatu entry.
Amat penting untuk kita supaya mengatur perenggan supaya tidak terlalu panjang. Perenggan yang terlalu panjang boleh membuatkan pembaca berasa bosan. Cuba jadi lebih kreatif dengan mengatur perenggan entry anda. Selain itu dengan menyelitkan sedikit gambar diantara perenggan juga dapat merehatkan seketika mata pembaca.
Pastikan warna tulisan entry anda tidak terlalu menerupai dengan warna background blog anda. Jika pemilihan warna tulisan yang tidak betul dapat menyiksa mata pembaca. Warna tulisan hitam dan background putih merupakan kombinasi yang terbaik. Jangan sesekali menggunakan pelbagai warna dalam tulisan.
Jika kita dapat memperbaiki blog kita dari segi penulisan sedikit sebanyak dapat menarik minat pembaca untuk datang lagi ke blog kita.
p/s: aku agak skema dalam entry ini :PFollow @RarraLee
2 00 org doakan tyra sihat:
singgah sini tgk entri ni .then follow u.. nice blog. :)
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee@Green Amila thanks my dear :)
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra LeePost a Comment