Followers

Bintang Muda Ajiboy Yang Comel , Rykarl Iskandar

Unknown | 18:31 | 2Comments |
Views

  

UMURNYA baru mencecah tujuh tahun tapi keletah dan lagaknya jauh lebih dewasa. Setiap soalan dijawab dengan mudah hinggakan ada teman media terkesima dengan jawapannya yang sempurna dan bijak.

Mungkin jika dilihat pada usia dan jawapan setiap soalan diberi, pelakon cilik Rykarl Iskandar yang memegang watak utama filem Ajiboy, boleh dikategorikan aktor cilik ‘genius’. Masakan tidak, dia tidak memerlukan bantuan ibu bapa atau orang dewasa lain untuk menjawab soalan.

Jauh berbeza dengan kebanyakan pelakon cilik yang masih perlukan bantuan orang lain menjawab soalan media mahupun membaca skrip lakonan. Malah, Rykarl dengan ceria bertanya, “tak nak tanya pasal ‘chemistry’ (keserasian) saya dengan Angah?” Semua mata bagai terpegun tatkala perkataan ‘chemistry’ terpacul daripada mulutnya.

Apabila diusik mengenai hubungan rapatnya dengan seorang lagi pelakon cilik, Mia Sara, dengan wajah malu, dia hanya menunduk dan berbisik, “Mana ada ‘girlfriend’, tak sunat lagi!” sehingga suasana di situ sekali lagi penuh dengan deraian ketawa.

Kata Rykarl, dia anggap Angah macam ayah sendiri dan suka buat lawak hingga membuat dirinya sering ketawa.

“Pengarah (Ismail Bob Hashim) pun baik ketika penggambaran. Chemistry dengan pelakon lain semua OK! Saya boleh baca skrip, tapi lambat sikitlah. Kalau saya baca, mungkin esok pun tak habis lagi. Ayah yang tolong bacakan skrip untuk saya.

“Kalau boleh, saya teringin pegang watak orang miskin sebab mencabar,” katanya yang pernah muncul dalam drama Bertaut Kasih, Jangan Ambil Padang Kami dan Cinta Buat Emelda.

Untuk layar perak, Ajiboy adalah yang pertama dan selepas ini bakal muncul dalam filem Balistik dan Kisah Paling Gangster.

Pelajar Sekolah Rendah Islam Seri Pintar Al-Amin, Bandar Sunway itu ditemui pada acara tayangan khas filem terbaru Ajiboy yang turut menampilkan Angah Raja Lawak (RL), Epy RL, Zalif Sidek dan Adiba Yunus. Filem ini berada di pawagam sejak Khamis lalu.

Mengenai cita-cita, Rykal tanpa berselindung mengakui mahu menjadi seperti David Teo, penerbit yang bertanggungjawab membawanya ke layar lebar.

“Saya nak jadi macam uncle David sebab dia banyak duit dan boleh tolong orang lain,” katanya ringkas memecah ketawa tetamu lain yang hadir pada malam itu.


Dalam asyik berbual pasal minatnya, Rykal ditanya mengenai pelajaran. Apatah lagi kebanyakan kanak-kanak sebayanya patut menumpukan pelajaran. Malah, menjadi perkara lazim bagi ibu bapa untuk memberi sepenuh perhatian dalam pelajaran anak.

“Cikgu saya faham dan beri galakan sebab dia tahu minat saya. Saya akan memberitahu cikgu terlebih dulu jika ada penggambaran yang panjang dan saya terpaksa mengambil cuti. Berlakon tak harus jadi penghalang saya untuk belajar seperti kawan lain.

“Peperiksaan baru-baru ini pun saya dapat nombor 10 daripada 38 pelajar lain. Saya dah boleh baca muqadam dan semua surah lazim, tapi saya suka berlakon sebab boleh jadi orang lain,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu bersyukur sebab ibu bapa menyokong pembabitannya dalam dunia lakonan. Walaupun masih kecil, dia sentiasa ditemani mereka, malah adiknya turut bersama jika ada masa.

Filem Ajiboy arahan Ismail ‘Bob’ Hashim mengisahkan Ajiboy lakonan Rykal yang nakal tapi bijak. Di usia muda, dia membantu ayahnya, Fauzan (lakonan Angah) mengurus taman tema dan diberi tanggungjawab mengurus pusat itu ketika ketiadaan ayahnya.

Ajiboy juga berusaha merapatkan hubungan ayahnya dengan Nisa, pengurus peribadi ayahnya supaya Nisa dapat menjadi pengganti ibunya yang meninggal dunia akibat kanser.

Satu hari, pejabat mereka dimasuki Mat Saja (Zalif Sidek) dan Cumi (Epy RL) yang mahu mencuri duit hasil kutipan tiket. Pelbagai kejadian lucu dan menarik berlaku hinggalah kedua-dua mereka berjaya ditangkap pengawal keselamatan dan Fauzan.

Filem ini dikategorikan sebagai filem keluarga sempena musim cuti sekolah yang ringan dengan suntikan komedi yang hampir sempurna. Malah, tidak dinafikan ia mampu menggeletek hati penonton kanak-kanak dan mampu diterima golongan dewasa.

Karya Ismail kali ini memberi perspektif berbeza kepada karya sebelum ini yang mempunyai turun naik tersendiri. Mungkin Ajiboy belum mampu setaraf filem kanak-kanak lain seperti Home Alone, Spy Kid atau Baby’s Day Out, tapi ia jauh lebih baik daripada beberapa filem tempatan sebelum ini yang pernah tampil genre sama. Apatah lagi menampilkan aktor kanak-kanak sebagai teraju utama.

SUMBER : METRO

p/s : kakak aku minat gila budak ni.. 
www.tips-fb.com

2 00 org doakan tyra sihat:

Eiqa Almond said... [Reply love]

Comel laa Ajiboy niee. >,<
Pandai dia berkata-kata..

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Unknown said... [Reply love]

Wilma suka tengok Rykarl nie...
Comel jak...
Ada peluang Wilma nak tengok Ajiboy nie :-)

Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers