Followers

Kitab daddy | Asal Usul Musang King

tyra lee | 09:12 | 3Comments |
Views
Pagi tadi , before pergi kedai ma , aku borak-borak dengan daddy pasal durian yang angah beri kat aku semalam . sempat lah aku buat balik dua biji ke rumah kasi ma and daddy merasa . walaupun drive kira-kira pukul 12 malam . sambil disapa makhluk yang tidak berkaki di jalan yang separa siap .


aku tabah beb! haha . dah la drive sorang sorang . sekali imbas je . pandang kali kedua dah hilang . oh, iklan kejap . berbalik pada musang king . apa musang king tu . korang tak taw? ish . ish . ish . meh aku tambah kan pengetahuan korang supaya dapat lah jugak saham aku kat akhirat nanti kan . haha . Musang king tu sejenis durian ...ni ha..


Nampak tak isi durian tu . ni lah durian yang paling mahal kat Malaysia . dengan harga Rm15.00 sekilo . sekilo kau . bukan sebiji . ada yang mencecah rm60 sebiji . semua bergantung pada berat buah lah . 

Aku : daddy, sedap ork buah durian semalam . Angah cakap tu durian musang king . (padahal aku bukan kenal pun jenis2 durian ni.. haha)
Daddy :  Musang king memang lah sedap . buah takde biji.. biji kecik . tapi isi tebal . 

Daddy pun start terus cerita dia . Asalnya, pengasas yang mula-mula hasilkan musang king ni orang kelantan . (kata daddy dengan penuh bangga . dia orang kelantan kan . haha) orang yang hasilkan musang king ni nama dia Awang Butir . sebab ape? sebab kat bahagian dahi dia ada biji-biji . mybe kutil kut . orang kelantan panggil butir . Awang ni asalnya orang Gua Musang . 

Awang ni mula-mula dia makan durian kat tempat dia, asyik dapat biji je . isi buah tu sikit . tapi sedap kalau tak salah .  Then durian dekat Thailand pulak Isi tebal tapi tak sedap (mungkin ada unsur tokok tambah kat sini sebab aku terlalai reply tweet time ni . haha ). Awang pun try buat balik benih tu , tapi tak boleh hidup kat Malaysia . dia pun kacuk kan durian dia dengan durian thailand ni . 



Bila ada orang rasa , mula lah tersebar kesedapan musang king ni . Musang king pun diambil nama sempena nama tempat tu gua musang . king tu pulak melambangkan raja buah . Kata daddy, ada orang cina datang beli buah then ambil baka, Dia jual secara besar2 . nama awang butir terus tenggelam disebalik nama besar yang baru tu . Wallahualam . Just sharing :D salah, sila betulkan .
www.tips-fb.com

3 00 org doakan tyra sihat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

saya sayang awak

Daisypath Anniversary tickers