Tersebut lah kisah . daddy cerita
bukan untuk menyakitkan hati sapa-sapa pun sebab ni kisah benar. just untuk renungan bersama . cerita ni daddy cerita
sempena hari bapa haritu . tapi ni dah lewat sangat-sangat dah ni . tapi, tak pe lah kan . sorry daddy .
cerita ni pasal keluarga Pakcik Ali (bukan nama betul) . dia kerja cam
niaga sate ikan. alah, guna beca camtu . dia ada 3 orang anak . Isteri pakcik ali ni berniaga . berniaga kecik2 cam kuih2 camtu lah . lepas tu, Isteri pakcik Ali ni,
buat pinjaman Mara . untuk besarkan bisness dia . tak ingat lah berapa ribu kan . okay, aku bagi contoh dalam rm20 ribu lah . eh, tak mahal ke? ke murah . entah la . aku tak ingat, daddy cakap .
masa lulus pinjaman tu, anak last pakcik Ali ni
baru lepas habis SPM . Pakcik Ali suruh anak dia kerja . tapi, isteri pakcik Ali tak bagi . dia suruh duduk rumah aje . yelah . duit
hutang dah banyak kan.. separuh duit tu, diorang guna untuk
renovate rumah. then, hari2 isteri Pakcik Ali ni bagi rm20 sehari kat anak dia ni . kononnye taknak anak dia ni bercampur dengan budak budak nakal .
Pakcik Ali pun dah tak berniaga sate ikan dah . sebab dia tiba-tiba
mengidap penyakit kulit . tak sedap pulak nak meniaga kalau orang nampak keadaan kulit dia macam tu . dia pun apply lah kerja security guard kat sekolah . sejak beberapa malam, daddy dapat tahu dari kawan-kawan, yang Pakcik Ali ni
tak balik rumah . tido kat mana2 je . then, dapat tahu yang anak dia ni dah jadi gila ! nak
bunuh Pakcik Ali.
Anak pakcik Ali ni sebenarnya dah jadi
penagih dadah. dia mintak duit dengan mak dia. tapi kalau bukit pun, ditarah hari-hari, surut jugak . ni kan pulak duit yang macam air tu . bila mak dia tak bagi , dia ugut Pakcik Ali . sebab nak duit rm30 sehari . tahu ajelah,
gaji security guard , rm berapa sangat lah kan . nak dijadikan kisah, bila duit dah tak ada, dia guna motor beca pakcik Ali then pergi mencuri besi kat area perumahan .
ada lah penduduk yang ternampak . then
call polis . bila polis kejar, dia tinggal kan beca - lari . Pakcik Ali nak pergi kerja, dah tak boleh sebab takde transport . motor tu dah ada kat balai polis . Pakcik Ali cuba nak discuss dengan polis sebab tu je harta yang dia ada . tapi,
silap dia jugak sebab letak nama beca tu atas nama anak dia . kalau nak beca tu .. kena bawak pemilik asal beca tu . kesian pakcik Ali.. sekarang ni, aku pun dah tak tahu macamane keadaan pakcik Ali ni...
Moral of the story.. jangan manjakan anak korang dengan duit . then, kita sebagai anak.. tolong.. tolong.. dan tolong hormat ibu bapa korang . takde diorang, takde lah kita sekarang .