Bismillahirrahmanirrahim~
Entry kali ni macam muhasabah diri lah . Walaupun tak de adik, tapi CT still jugak nak berpesan . tak kira lah pangkat adik ke, pangkat abang/kakak ke, datuk, sadin, eh silap.. datin~~ apa-apa sahaja.
Tajuk harini 'MAKANAN'

so, kaitan nye dengan tajuk kat atas tu, CT selalu lah dapat makanan best2 . yelah , CT anak last. and sorg aje kat rumah . makan pun bertiga, ma ngan daddy, makan sikit2 macam org baru kawin . tak laju cam kita . Apa-apa CT nak , mesti dapat . kadang2 tu , kalau pergi pasaraya , main suka hati ambik aje . tengok lebih kurang cam 'nampak cam best jek' pap! pap! dah ade dalam troli . senang hidup kau jah..~~

Dah balik pasaraya , try tu , try ni .. kalau suka , habis la... yang tak suka? simpan dalam peti ais . kadang2 sampai expired . sebab? sebab tade orang makan la... ma ngan daddy nak makan? tak jamah la diorang...
sampailah suatu hari , pergi ziarah rumah kawan lama . kawan zaman sekolah rendah dulu . nak balik dah . tapi mader dia cakap , 'jom la lunch dulu, mader dah masak ni' nak tolak , tak best la pulak . mader dah masak kan . keluarga member CT ni , takde lah kaya sangat or miskin sangat . sama jer cam CT . 5 orang adik beradik jgk . tapi beza nya , dia sulung .
Time nak makan tu , makan sekali dengan mader , member tu and 2 orang adik dia . sedapp weh lauk.. ada udang masak merah menu utama . siap tersusun cantik kat atas meja makan bulat , mm...dah lama tak makan udang masak merah . tetiba teringat udang masak merah ma . dengan udang besar , merah , sedap... perghh.. cair dalam mulut..~~
Sebagai tetamu tehormat , dyorang bagi CT amik dulu . time tu segan jugak , tapi mader suruh jugak . CT pun ambil . baru je nak ambil sudu tu, dengar adik yang nama Lily tanya mader . dengan suara yang manja2 camtu , 'mader, boleh ambil berapa ekor udang? nak empat ekor boleh tak?? boleh la mader~~' aku tiba-tiba sentap! empat ekor udang?? CT tengok dalam pinggan, lebih dari empat ni.. aish.. tak kan sebab CT dyorang pulak kena kurangkan~ CT tengok mader , mader pandang lain time tu . tapi CT nampak muka mader cam dah lain.
CT pun share dgn Lily lauk udang tu.
takkan diorang catu makanan kot...?tapi macam tak mustahil jek..kalau empat ekor udang , maknanya~ biasa mesti dyorang dapat makan paling banyak pun 3 sebelum ni..

macam2 bermain kat kepala .
still terngiang-ngiang suara Lily. suara dengan penuh harapan .
nak empat ekor boleh tak? boleh la mader~
CT selalu membazir makan . kadang-kadang makanan
yang masak , tak habis buang je .
konon alasan esok takde sape jugak nak makan .
hurm.. Ya Allah..
ampunkan dosa aku..
sebab tak bersyukur~
Lepas kejadian tu , dah tak bazir dah . kalau pergi pasaraya pun , tengok betul-betul dulu.


untuk semua, jangan membazir ek . time nak membazir tu , ingat orang yang susah , yang tak dapat makanan macam kita . ingat ni okay! sekian...
(ini adalah churp-churp)

3 00 org doakan tyra sihat:
Walaupun kita bongsu ke kak long or angah.. umur 18thun je tanggungjawab anak pada mereka berdua.. :) Kita yang balas jasa mereka.. Itu la namenya anak.. :)Kalau kita masih mengharapkan mak ayah lg, maka nya tanggungjawab kita pada mereka tak cukup. :)
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee@Cik FieinsyaAllah.. :)
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra Lee@Muhammad Zizi Hafizzie betul tu..
Terima Kasih kerana komen pada artikel ini ^by Cik Tyra LeePost a Comment